pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Saturday, October 9, 2010

deactive akaun facebook!

salam semua :)


terkedu seketika bila terbaca di blog seorang sahabat tentang mengapa dia deactivekan akaun facebooknya. leka itu adalah perkara utama. tapi yang lebih penting adalah kerana dia tak sanggup melihat perubahan rakan² nya di facebook. rakan sekolah rendah dan menengah dia yang telah banyak berubah. membuka aurat disana sini, memaparkan gambar masing² tanpa ada rasa malu dihati kerana menjadi tontonan ramai manusia yang pasti ada segelintir darinya memiliki hati dan fikiran yang jahat. masalahnya ialah dia tak mampu berbuat apa². nak menegur takut mereka terasa. yela,tak semua dapat menerima teguran dengan baek kan.. 


betol! kadang² kita sendiri seperti menyokong pula bila memuji kecantikan dan kecomelan mereka dalam gambar tersebut. aduh.. ape jalan yang terbaek? nasihat,nasihat dan nasihat! jangan pernah letih. jangan pernah putus asa. teringat soalan dari seorang rakan lelaki sekolah rendah saya yang betol² nak tahu mengapa saya tidak meletakkan gambar di facebook. pening nak menyusun ayat, saya suruh saja dia baca artikel di iluvislam.com berkaitan muslimah dan gambar. akhirnya dia faham. semoga dia sebarkan perkara tersebut pada rakan² nya yang laen. InsyaAllah.. 


itu saja yang saya mampu lakukan. nak ambil tindakan drastik macam sahabat tadi yang teros men'deactivekan akaun facebooknya saya susah sikit. sebab memang itu jela ruang yang saya ada untuk berkomunikasi dengan rakan² lama,cikgu sekolah dan saudara-mara dengan pantas,hehe.. ada juga individu yang saya kenal deactivekan akaun facebook dia sebab tak nak orang tahu perkembangan diri dia sekarang. oh walaupun alasan tu memang pelik tapi kamu telah buat pilihan yang sangat bijak lagi tepat! saya sokong dari jaoh ;) 


ape yang penting niat. kalau berfacebook sekadar untuk berseronok,fikirkanlah semula. banyak yang mampu anda lakukan menggunakan facebook dan kesannya pasti positive andai cara dan tujuannya juga positive.. tepuk dada tanya diri kita..



keadaan seperti ni saya akan pastikan tidak berlaku pada anak saya nanti.. 

oh tidak! bukan untuk bersikap tidak adil,tapi banyak keburukan daripada kebaikan..

 apabila zaman semakin maju ia semakin menakutkan saya  =.=''


“ Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran,
maka hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan tangannya,
jika tidak mampu hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan lisannya,
jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya,
dan itulah keimanan yang paling lemah ” (HR. Muslim ) 

3 comments:

MUSLIM 24 JAM™ said...

Assalamualaikum, qila~

Sekadar perkongsian, dalam Islam, ulama' telah mengeluarkan beberapa Qawaid Fiqqiyyah dalam perkara2 muassarah (kontemporari), dan fokus utama kita adalah berkenaan Facebook.

Facebook, seperti yang sedia maklum adalah datang dari Yahudi, ada yang mendakwa bahawa setiap penggunaannya menyumbang kpd kehancuran Palestine, dan Facebook ini juga sekaligus mampu membawa kelalaian manusia pada ALLAH !

Tetapi, Qawaid Fiqqiyah yang dikeluarkan ulama' ada menetapkan : "Keburukan melebihi kebaikan, maka hukumnya tertolak (tidak boleh)". Ini diambil dari Surah Al-Baqarah, ayat 219 berkenaan penghujahan arak : " Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya".

Dalam soal facebook, kita sendiri menilai antara 2 perkara :
1. Adakah tidak ada langsung manfaat untuk dakwah sehingga penggunaan nya tertolak?
2. Adakah Islam tidak menerima sistem yang datang dari orang bukan Islam?

Jawapan :
1. Facebook masih ada ruang lingkup dakwah, cumanya ia bergantung kepada penggunaannya. Sama juga seperti penggunaan blog, sekiranya blog bertujuan untuk menabur fitnah, maka blog juga haram. mengapa tidak facebook?

2. Nabi sendiri pernah mengaplikasikan sistem bukan Islam dalam menyebarkan dakwah. Merujuk Fiqh Sirah Ramadhan Al-Buti :
a. Nabi SAW pernah mengaplikasikan sistem himayah (sisteem perlindungan dari gangster kabilah) untuk memasuki mekah tatkala orng musyrik menyekat kemasukan Nabi SAW.
b. Nabi terima cadangan Salman Al-Farisi untuk menggali parit dalam peperangan khandaq. Parsi bukan lagi negara Islam pada waktu itu.

Sekadar perkongsian :)

the Prayer for Allah ~ صلاة الله said...

like!

qila~ said...

muslim 24 jam : terima kasih ats perkongsiannya :) alhamdulillah dpt ilmu lagii~

kak ain : cam facebook lak,ade like,hehe..