pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, October 20, 2010

benda nak jadi qila..

konon nak balik Melaka pukul 3.30 tadi. ibu dah hantar kat bus stand,actually bukan la bus stand sangat coz tempat tunggu bas tu kat tepi jalan ja. tunggu punya tunggu bas tak sampai jugak. 30 minit suda. sabar-sabar. pujuk diri sendiri. dah la sorang-sorang,ada mamat mane ntah tak kenal pon kaco,eehh..ada yang makan kasut nanti! pastu datang pulak pakcik ajak berbual. ikut dari cerita pakcik tu,anak dia nak spm taon ni. semoga berjaya dengan cemerlang la ye anaknya.. terharu kot dapat ayah camtu coz dari air muka dia saya boleh baca yang dia sangat-sangat bangga dengan anak dia tu. belom campur lagi dari cerita-cerita yang dia sampaikan kat saya. sweet! lepas pakcik tu abes cerita,saya tengok jam ditangan. eh dah 1 jam ni. tak boleh jadi... tepon ibu cakap bas tak sampai pon lagi,kunun mengadu la kan. muka memang dah masam semacam. start dari kena kacau,sampai la 1 jam kemudian kena wat muka camtu,bayangkan! penat,geram,sakit hati. penat sebab kena berdiri sambil dukung beg yang berat penuh dengan ilmu. tu takpe la kan. geram sebab kena kacau. yang ni tak boleh takpe. sakit hati sebab bas tak sampai-sampai lagi. ni lagii la.. pakej,3 in 1.. lepas tu ibu mesej mintak number kat tiket bas tu. rupa-rupanya bas tu rosak. haaaish,macam la tak biasa kan bas tu rosak. benda nak jadi nak wat camne,tapi tak boleh ke sesiapa bagitau.. adik,bas teeet ni rosak la,dalam 2 jam baru sampai. tak boleh ke?? last-last ibu cakap dia datang amek. nasib! time tu rasa nak menangis da. nak marah mesti la tak kan. nak marah kat sape? pokok?? tak bersalah kot.. benda nak jadi,benda nak jadiii..so keputusan telah dibuat,saya akan balik malam esok,dihantar oleh ibu dan ayah. muktamad! ha tengook.. bukan niat nak menyusahkan tapi tau dah,dari niat tak nak tu la akhirnya terr susah kan jugak,huu.. benda nak jadii.. malam ni perlu stay up untuk study coz sehari suntuk tadi sibuk packing nak balik ja sampai study pun ala gitu-gitu.. menyesal tak bawak balik nota maf,kalo tak dah stay kat Muar sampai sabtu ja,kan senang.. lepas ibu amek,terus gi sekolah yo n afiq,jemput dorang balik. tiba-tiba nampak abc. teros beli,bismillah,minumm.. sejuuk jap hati yang panass ni. lupe nak istighfar,mane tak panass jee sepanjang-panjang tadi kan qila kaan.. astaghfirullahala'zim~


p/s : oh,bukan mengada tapi saya memang tak suka menunggu,jadi saya takkan biarkan diri ini ditunggu ;)


p/s p/s : singgah facebook jap,tetiba ternampak video ni.. klik~ ketawa suda! comeeel ammat,haha.. oke,saya suda cool. kejap ja pon marah-marah tadi ;p


p/s p/s p/skonon balik Melaka nak lepas rindu kat incik blog n cik Acer,last-last lepas rindu sambil marah jela ye kat sini,kat Muar,kat cik Acer orang laen.. cerita pon merepek dan tak berinformasi..bahasa kasar? maaf maaf maaf  T_T

4 comments:

shahniz said...

haha.. sememangnya sedang menulis dlm keadaan emosional nampak..

oh! bahaya ank gadis tunggu bus sorang2, lain kali ajk laa mak teman skali yee..

qila~ said...

haha..m'biarkan emosi mguasai diri,terok betol kan!

ibu kena p keja,takpela..kne blaja berdikari..

Anonymous said...

berdikari tu mmg btol tapi safety kena pikir gak:)

qila~ said...

yep..tgh fikir la ni.. ;p