pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, October 3, 2010

pengajaran dari cekodok pisang.

salam semua... lama tak singgah sini. alih² buat post yang tajuknye tak glamer langsung,haha.. nasihat pakar : kalau anda sedang lapar,tak sesuai baca post ni sekarang. kalau tak lapar,sila teroskan. selamat membaca kawan² :))


ini cekodok pisang. sejak akhir² ni, saya sangat suka buat cekodok pisang. bukan segala macam jenis kek yang glamer² namanye tu,bukan. hanya cekodok pisang! semuanya bermula time bulan puasa aritu, saya n housemate pegi buat solat tarawikh kat satu surau ni. pastu wajib la lepas solat ade moreh kan? nak dijadikan cerita satu malam ni, makanan yang dihidangkan ialah cekodok pisang. boleh dikatakan saya sorang ja yang menghadap cekodok tu. oke,memang buruk pon perangai,hehe.. tapi semua orang taknak makan, saya apelagi. ibu cakap rezeki jangan ditolak. fevret kot,tambah pulak pekena dengan teh O panas. fuuh! *tetibe rasa lapar*


pointnya sekarang,cekodok pisang tu sangat² lembut. sedap,lazat,sume lengkap. mulai dari malam tu la,teros semangat saya nak belajar buat cekodok pisang membara,haha.. siyes! korang jangan ingat masak cekodok ni mudah. em mudah tu memang,tapi nak dapat yang sedap macam yang saya makan malam tu,maaf cakap la. saya tak pernah lagi rasa cekodok selembut tu. cekodok ibu pon kalah,hehe.. *sorry ibu,walaupun cekodok pisang ibu kalah tapi nasi lemak tetap yang terbaekk,hehe..*

start ja cuti raya aritu,bermula la operasi saya dalam pencarian untuk menghasilkan cekodok pisang macam yang saya makan time moreh tu. tambah pulak family saya memang suka makan cekodok pisang,so setiap kali ibu nak buat,saya akan tawarkan diri. dari proses melumatkan pisang,mengadun,menggoreng,semua saya buat. bersemangat sungguh la. tapi hampa. sampai sekarang saya tak berjaya hasilkan cekodok pisang sesedap cekodok pisang time moreh tu,huhu.. ape rahsia orang yang buat tu ek?

cekodok pisang sangat² mengajar saya erti sabar n sikap tak mudah putus asa. bunyi macam kelakar *ke memang kelakar?* tapi ye! itulah hakikatnya. sampai sekarang saya masih berusaha untuk menghasilkan cekodok pisang yang dimakan macam time moreh tu. kampung sungguh minah ni,cekodok pisang pon nak kecoh,haha.. laen la brownies cake ke,cheesecake ke kan. eh eh,kalau anda rasa anda terer masak kek² tu semua,anda cuba masakkan cekodok pisang untuk saya. bagi saya rasa. kalau sama best macam cekodok pisang time moreh tu,saya tabik la. anda memang terer memasak. tapi kalau gagal?maaf. anda bukanlah sehebat mana pon. macam saya ;p

kadang² benda yang mudah ni kita pandang sebelah mata ja. hakikatnya,yang mudah itu yang menyebabkan kita banyak salah. kita cuai. betol tak?? fikir² kan la :)

** sorry coz post kali ni tak berinformasi sangat >.<
** post yang terhasil bila tekak rasa rindu nak makan cekodok pisang,hehe..
** esok mau masak cekodok pisang 4 breakfast la.. 

No comments: