pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Tuesday, October 26, 2010

bila lapar saya akan merepek,bila merepek saya akan lapar.

salam semua.. oke,satu paper suda selamat jalan romeo,semoga keputusannya seperti yang diharapkan. semoga Allah permudahkan,amin.. walaupun pastinya ramai yang bengang sikit dengan soalan APV, eh bengang sikit ka bengang banyak?haha.. tapi takpe, what is past is past. teruskan usaha untuk paper seterusnya :) 


satu ja soalan nak tanya dan soalan ni takde kena mengena dengan subjek accounting,hehe.. adekah aqila seorang yang kuat makan? sila jawab dengan jujur. saya tak marah,kecik ati ja,haha.. takdela sebenarnya nak tanya, adakah korang perasan bahawa kebanyakkan restoran fast food menggunakan warna merah sebagai warna tema mereka? contoh! KFC, McDonald’s, Pizza Hut, Burger King, Domino’s Pizza dan banyak lagi. haa,perasan tak? oke tak perasan takpe cikgu tak marah..


tahukah korang, menurut kajian warna ke atas psikologi manusia, warna merah dipercayai mampu membuat kita rasa lapar! ya ya.. sekarang korang boleh salahkan warna merah yang buat korang lapar asyik nak makan ja, sedangkan nafsu makan korang memang tinggi sebenarnya,haha.. oke,gurau ja jangan tacing.. emm tak tahu la kajian ni dari mana tapi bila difikir-fikirkan semula macam betol.. terpulanglah pada korang nak percaya atau tidak,hee..
. . before n after . .

oke,salah satu contoh terdekat sebab baru makan semalam. sundae fevret, sape belanja confirm tak tolak. tapi ni belanja diri sendiri ja, paie pon bayar sendiri jugak,haha.. lepas abes exam biase la perut dah mintak diisi sebab guna tenaga tuu jawab soalan, perah-perah otak lagi.. padahal masa tengah jawab pon perut da berkeroncong,wah! tapi before makan sundae, pi makan nasi goreng usa dulu.. nafsu nafsu,huu.. ha,lupa pulak nak bagitahu.. sebagai langkah berjaga-jaga untuk elakkan setiap kali korang jalan-jalan, nampak warna merah ja teros lapar, adalah dengan memakai spec itam,haha.. so bila korang jalan-jalan nampak sume gelap ja kan?? merah pon tak merah sangat.. bernas tak idea ni? ;p tapi saya memang tak pernah buat la,apekah kan.. macam bajet lak,hehe..

oke,sudah la tu.. tadi target nak start study lepas taip post ni tapi disebabkan sekarang ni tengah lapar, saya menukar target tersebut.. saya akan mula study lepas lunch. eh eh,arini turn sape masak ha?? lapar ni... oke qila cukuplah merepek. merepek akan membuatkan anda rasa lebih lapar.. ni kajian saya sendiri,haha.. oke sudah! pi study sekarang, bajet gap 4 hari tu banyak sangat la! aqila pon memarahi dirinya sendiri..

sekian...

p/s : makan bila lapar berhenti sebelum kenyang ya kawan-kawan ;)

3 comments:

useriyana said...

haaa ptotlaa aku asik mkn jek.
sala wane merah upe nya..haha.
still xdpt time knytaan yus mkn byk.

gud luck qila :)

phateen89 said...

ptut la aq byk makan...aq kn ske warna merah...dr kecik da idop dgn warna merah...haishhh....

qila~ said...

dah kata dah,tengok! semua nak slah kn wrna merah,haha..