pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Thursday, May 19, 2011

Cerita kawan baek.

Bismillahirrahmanirrahim.


post kali ni berkisar hey si gadis yang manis berbaju oren diatas.


Yo ingat tak bila Yo minta pendapat angah nak namakan arnab-arnab Yo dulu? Dari Bismut, Demath sampai lah Kelat semuanya cadangan angah. Yo terima ja walaupun sebelum tu akan ada pertikaian kenapa nama tu yang angah pilih dan angah akan terangkan satu persatu sebabnya.


Bismut : Nama salah satu unsur kimia yang terdapat dalam jadual berkala unsur. Angah suka gila sebut Bismut sebab bunyi macam biskut, macam comel. Kan? Tak sangka Yo setuju guna nama ni.


Demath : Yo minta pendapat nak bagi nama dia dari subjek Matematik Tambahan pulak dah, so angah cadangkan Demath, gabungan Add dan Math. Mula-mula bunyi macam buruk, Yo sendiri cakap tapi pakai jugak kan.


Kelat : Arnab ni susah betul nak bagi nama dia sebab masa tu kita baru kehilangan Bismut,huhu..
So sebab warna dia putih coklat, angah cadangkan nama dia Kelat. Tak sangka Yo terima jugak.


Yo ingat tak mesej yang Yo hantar kat angah tiba-tiba berbunyi macam ni " Saya bintang, saya berwarna hijau. Sila beri nama saya " Angah betul betul confused masa tu apekah yang Yo merepek ni,hehe.. Rupa-rupanya Yo minta pendapat angah nak bagi nama kata bantal hijau bentuk bintang yang Yo baru beli tu. Eh sejak bila Yo suka bagi nama kat barang-barang Yo macam yang angah suka buat? Oh btw angah balas mesej Yo dengan bagi cadangan " namakan dia Binji " 


" Pelik jaaa " balas Yo macam biasa. Tapi tak sangka masa angah balik rumah haritu, masa kita tengah berborak tiba-tiba Yo cakap " jap aku nak pergi amek Binji. "  Wow! tak sangka. Yo terima juga cadangan angah yang itu. Seriously terharu :')


Sebenarnya banyak sangat kenangan dengan Yo since kita dibesarkan sama-sama, lahir dari 1 perut ibu yang sama kan tapi tak mampu angah nak coretkan semua disini. Ingat tak bab baju raya tu? Yo cakap jangan bagitau ibu,hahaha.. Takpe angah tak kesah, janji semua happy. Ingat tak apam comel yang Yo buat tu? Angah buat ayat sedey kat fb " 1st time nampak makanan rasa nak nangis " dan esoknya Yo, ayah dan ibu datang Melaka bawa angah pergi makan dan bagi bekal apam comel tu untuk angah rasa sedangkan esok dah last paper angah. Dah nak balik rumah pun. Masa tu lagi la bertambah-tambah terharu. Bahagia sangat dapat family macam ni. Alhamdulillah. Sebenarnya angah buat ayat sedey sebab time tu memang tengah lapar yang teramat,hehe..


Yo ingat lagi tak angah beria-ia suruh Yo daftar kelas tuisyen dengan Encik Wahid? Yela sebab dia memang betul-betul bagus. Banyak tolong angah. Setiap hari angah 'promote' suruh Yo belajar Matematik Tambahan dengan dia dan ya akhirnya Yo pergi juga. Sekarang, angah bangga sangat sebab angah tahu cita-cita Yo satu hari nanti nak jadi cikgu Matematik kan? Yessss! Angah betul-betul bangga. Bab ping-pong tak usah cerita la angah tahu Yo memang terer so just skip that part oke,haha..


Terima kasih kat Yo sebab merealisasikan impian ayah nak tengok anak dia bersekolah di Maahad. Terima kasih sebab Yo bagi result SPM yang gempak sebagai hadiah buat ibu dan ayah. Terima kasih sebab jaga Ahmad Afiq sepanjang angah dan along takde kat rumah. Terima kasih kerana memberi segala apa yang angah tak mampu beri pada ibu dan ayah setakat ni. Angah tahu Yo anak yang baek. Hmm walaupun kadang kala suka cakap " ayah ni nak maraaaah ja. Ibu ni nak maraaaah ja " dengan nada poyo tapi tu lah Yo, adik angah yang slumber, kepoh, pelupa, kuat tido n macam-macam lagi la. Ingat sis, marah tu tanda sayang :)


Oh lupa nak bagitau, tujuan angah menulis 'esei' ni semata-semata sebab angah nak ucapkan selamat menempuh alam baru. Tak perlu lagi berkaen coklat berbaju dan tudung peach, bertugas kat perpustakaan Maahad setiap kali waktu rehat. Memilih jalan untuk ke matrik berbanding asasi UIA bukan perkara yang mudah sebab tak ramai yang sokong kan? Tapi percayalah angah tetap ada dibelakang Yo dan angah berani jamin yang pengalaman angah belajar di Kolej Matrikulasi Johor tiga tahun lepas boleh dikatakan satu pengalaman yang sangat sangat sangat indah, sangat berharga.


Pendek kata best gilaa la belajar kat Matrik Johor dan angah berharap Yo pun berjaya mencipta kenangan terindah sendiri sepanjang berada kat situ. Emm bab maen mercun tu angah rasa tak perlu ikut la,haha.. So Yo tak perlu risau, tak perlu ambil peduli dengan apa yang kawan-kawan Yo kata pasal matrik. Biarlah mereka nak pergi ke Jepun, Ireland, German, India atau apa sekalipun rezeki tu tetap di tangan Allah s.w.t. Dia adalah sebaek-baek perancang. Tu Yo mesti ingat. Belajar rajin-rajin, capai target anda, ingat Allah ingat ibu ayah InsyaAllah boleh.


Nanti masa angah praktikal duduk rumah, Yo pulak keluar rumah. Pergi minggu depan kan, cepat betul. Sedih bakal kehilangan teman becerita meluah rasa,hehe.. Boleh kata Yo salah seorang kawan terbaek yang angah pernah ada tau. Sila teruja, terharu dan menangis sekarang. Ha nanti bila dah tua, boleh la Yo bacakan 'esei' angah ni dekat anak-anak Yo dan bagitau kat dorang 


" Yup! Semua yang Mak Ngah korang tulis ni kisah benar belaka "


Hahahaha.. Bakal merindui kamu Cik Yo! Jumpa esok 

5 comments:

bedah said...

'bab maen mercun tu angah rasa tak perlu ikut la'

hahahaha. gonna miss u qla :)

qila~ said...

bkn ape bed, dia ckp nnt nk maen mercun mcm yg korg maen dlu laa.. ade ka patut :p

hehehehe already miz u la bed :)

عين said...

terharu bc post ni...mcm mn la klu yo yg bc...

farah 0 said...

comel la name2 arnab kamu.. hehe..

qila~ said...

kak ain : dia dah bce dah :')

farah : bajet lebih kan? hehe...