pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Thursday, May 5, 2011

perang dah tamat?

Assalamualaikum semua..

Sudah hampir seminggu saya ketagih dengan lagu kat bawah ni. Dok maen banyak kali pun tak muak. Entah, suka sangat mungkin disebabkan lirik yang bermakna. Di adun pula dengan melodi yang sangat cool. Oh yea, saya memang suka slow rap, eh ada ka slow rap?  ;)  Maksud saya lagu-lagu Malique, part rapping nya saya faham, dan saya akan cuba ikut kadang-kadang. Bila berjaya, eh eh coolnya saya! hehehe.. Sila teruskan baca post ni sampai habis sambil layan lagu ni dan kalau sudi jawablah soalan saya kat bawah tu. Terima kasih!



Lirik Lagu Malique ft. Rabbani - Perang Dah Tamat

[Tun Dr. Mahathir - Intro]
The world now lives in fear.
We are afraid of everything.


[Rabbani - Korus]
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

[Malique]
Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

[Ulang Korus]

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[Ulang Korus]

[Rabbani - Bridge]
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

[Malique]
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat

Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

[Ulang Korus 2X]

[Tun Dr. Mahathir - Outro]
War must therefore be made illegal.

Lirik yang sangat-sangat bermakna kan? Tak sangka pula tengah dok layan lagu ni, dunia dikejutkan dengan berita kematian Osama Bin Laden. Kebetulan sungguh, entahkan sahih atau tidak wallahua'lam.. Kalau ya, part ini

Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

nampaknya harus dilupakan sahaja untuk ia menjadi kenyataan,huhu.. So buat masa ini biar saya menunggu masa "perang" saya dulu yang hampir tamat. Semoga ianya berkesudahan dengan penamat yang kemas, cantik dan manis, ameen..

Oh ya, mari ramai-ramai kita mendoakan kesejahteraan seluruh umat Islam dimana saja mereka berada terutamanya buat mereka-mereka yang berada dibumi yang sedang bergolak, bermandikan hujan bom dan darah. InsyaAllah suatu hari nanti, perang akan tamat 

Err best kan lagu ni, siapa setuju dengan saya? Oh anda memang comeel,heee..

p/s : ops! post ini tiada kaitan dengan politik..

3 comments:

yusrianna said...

saya setuju!so saya comey la yek.haha..
btw anda ditag di belog sy.lau rajin joinlah contest tu ek.hehe.

Miera Said said...

waahh,memang best !
thumbs up! ^^

qila~ said...

yus : haha..stuju smate nk dptkn title comel :p

miera : kan kan? oke gud,anda comeel jugak,hehe..