pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Thursday, May 12, 2011

surat 'layang' buat teman.

Assalamualaikum pembuka bicara.


Kehadapan teman-teman yang aku cintai, sayangi dan kasihi sekalian..


Memilih teman sama ertinya dengan memilih masa depan.
Memilih teman sama ertinya dengan memilih perilaku.
Memilih teman juga sama ertinya dengan memilih kualiti ilmu.


Oleh itu dikesempatan ini ingin ku hulurkan salam kemaafan andai masih ada lubang-lubang kosong yang belum aku penuhi dalam usaha untuk menjadi masa depan, perilaku dan kualiti ilmu mu sepanjang 3 tahun perkenalan kita ini.


Teman tiada yang sempurna, itu membuatkan kamu semua istimewa dengan cara masing-masing. Terima kasih kerana hadir menyinggah dalam diari hidup aku. Akan ku pahatkan dalam hati kuat-kuat segala kenangan manis dan akan ku jentikkan jauh-jauh segala kenangan pahit sepanjang kita bersama dan ku harapkan kamu pun melakukan perkara yang sama tau tau.. 


Oke nak guna ayat tak skema sket boleh? Eh boleh sangat, sila-sila. Qila memang suka tanya sendiri jawab pon sendiri,haha..


Aku tahu kadang-kadang aku poyo, kadang-kadang aku emo, kadang-kadang aku serabut, kadang-kadang aku cakap lepas, kadang-kadang aku pendiam (eh?), kadang-kadang aku membosankan tapi seberapa banyak kadang-kadang tu pon korang still sudi berkawan dengan aku kan. Makanya terima kasihlah sebab sudi menerima kehadiran aku yang tak berapa nak hadir sangat kadang-kadang kan dalam hidup korang semua ni, hehehe.. Korang antara teman dan insan-insan yang teerrbaek dan 'meriah' pernah aku jumpa tau. Sila bangga sekejap. 1saat 2saat 3 saat oke dah cukup ;p


Terima kasih sekali lagi ya kerabat BACC6A dan terima kasih yang terutama kepada Allah pemilik dan pemberi segala rasa sayang dan cinta. Alhamdulillah. Semoga ukhwah kita berkekalan hingga akhir hayat..


Kita jumpa March tahun depan, InsyaAllah semoga diizinkanNya :)


pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas..


p/s : ek eleh pantun kanak-kanak ja. biasalah tak sedar diri lagi yang umur tu sudah 22 (erk!)


Ingatan tulus ikhlas    

3 comments:

farah 0 said...

nk bg pantun gak..

berjalan ke hutan bersama sapi
sama bernyanyi dan bersenang hati
susah senang sama dihadapi
itulah dia duhai si teman sejati

P.A.I.E said...

perlu balas ke??
haha..

nothing much to say..
thanks for being my freinds~

qila~ said...

igt nk bls pantun td :p

sama la,thanks sbb sudi jd teman gado aku,hehe..