pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, September 23, 2009

20 sudah~

23 September 1989...

ibu kata ceq lahir dekat rumah ja,pukul 7.30 pagi hari jumaat..tak sempat dah nak bawak ibu g klinik or hospital coz ceq dah tak sabaq sangat nak keluaq,hehe..sian ibu kene marah dengan nurse desa tu kan,tapi takpe bukan salah ibu mengandung,anakmu ini yang tak sabaq nak melihat dunia =P

23 September 2009...

genap 20 tahun umoq ceq,cepat betoi masa berlalu..Alhamdulillah bersyukur sangat2 kepada Allah kerana ceq sudah diberi kesempatan 20 tahun untuk hidup..ayah sendiri pun tak sangka anak keduanya ni da masuk angka 2,hehe..awatnya,angah nampak macam kanak2 ribena lagi ke ayah..??

emm..seiring dengan pertambahan usia ceq ni nampaknya tanggungjawab sebagai anak kepada kedua orang tuanya,tanggungjawab seorang pelajar terhadap pelajarannya,tanggungjawab seorang hamba terhadap Tuhannya pun turut bertambah..

akan ceq berusaha dengan lebih gigih untuk menjalankan tanggunggjawab yang diamanahkan itu sebaik mungkin,InsyaAllah..

Ya Allah, panjangkanlah usiaku, 
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya...

Ya Allah, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu..

Ya Allah,Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat abadi...

amin~~

 ** thanks wat membe2 yang anta mesej wish besday,ingat gak korang kat ceq ni,hehehe..yang teradvance wishnye tue pun,thanks sesangat utk adiahnye ..kamu memang comey,hehe...

special thanks wat ayah n ibu coz susah2 besarkan angah..especially wat ibu,thanks sangat2 coz mengandung n melahirkan angah....sayang kamu sangat..!!

5 comments:

gewd-gurL said...

qila.. hepi belated bufday..
sori lupa nak wish.
;)
hehe

picairin said...

epi beday...^,^

qila~ said...

una~ thanks ek,xpe jnji igt,hehe..

pka~ thanks (",)v

ain's said...

hapy belated bufday qila...
lupe gak nk wish. sibuk raya bufday kwn pun terlupe nk wish. hehe

qila~ said...

ain~ thanks,xpe..=P