pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Thursday, September 10, 2009

erti sahabat~

susah nak jumpa sahabat yang sanggup berkongsi segalanya,bukan berkongsi suka semata-mata tetapi juga duka...alangkah beruntungnya sesorang itu andainya dia telah menjumpai seseorang yang layak digelar sahabat..

apa erti sahabat sebenarnya...??

perlukah dia itu seorang yang kaya?cantik?kelakar?berani? atau pandai mengambil hati....? andainya seseorang itu pernah membuat kita sedih, tidak layakkah  dia untuk menerima gelaran sahabat...?? 

bayangkan~

anda keseorangan,terasa seperti rakan2 sekeliling tidak menyayangi anda..sehinggalah anda berjumpa dengan sahabat baru yang anda rasakan cukup serasi..anda pergi ke mana sahaja dengan dia,bak kata orang dia lah sahabat sehidup semati..tiada 2,tiada 3..bahkan dia juga sanggup tinggalkan sahabat yang dia ada,untuk bersahabat dengan anda,menemani anda,berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama..sehinggalah pada suatu ketika,mungkin hanya disebabkan perkara yang kecil telah menyebabkan kamu bergaduh,akhirnya anda rasakan yang dia bukanlah lagi sahabat sehidup semati anda..

apa yang anda perlu lakukan..patutkah anda meninggalkan nya begitu sahaja dan mencari lagi sahabat baru sepertimana yang pernah anda lakukan dulu..? ataupun teruskan bersahabat dengannya,menerima setiap kekurangannya seperti mana anda menerima kelebihannya dengan senang hati..?

seandainya anda memilih untuk meninggalkan nya, anda belum layak digelar sahabat..ini kerana anda bersahabat dengannya bukan ikhlas kerana Allah tetapi semata2 kerana anda inginkan seseorang yang memenuhi segala syarat yang telah anda tetapkan untuk menjadi sahabat anda..tetapi,setelah dia melanggar syarat itu,anda rasakan dia sudah tidak layak untuk bersahabat dengan anda..bukankah pentingkan diri namanya..??

tetapi seandainya anda memilih untuk terus bersahabat dengannya,andalah sahabat sejati.. sahabat yang sedia menerima baik mahupun buruk sahabatnya yang lain barulah benar2 layak digelar sahabat..seandainya dia melakukan kesilapan,maka tegurlah..sahabat itu adalah orang yang berani menegur kesilapan kamu,bukanlah orang yang membiarkan kamu terus membuat silap...

maka,fikirkanlah..

jika anda berada dalam situasi di atas,pilihan yang manakah anda akan buat..adakah anda memilih untuk menjadi sahabat dalam erti kata yang sebenarnya atau sekadar sahabat untuk seketika cuma..

selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakn sahabat yang telah dicari... [ Saidina Ali r.a ]

** terima kasih buat sahabatku yang sentiasa menerima kelemahan diri ini, yang sedia menegur kesilapan diri ini dan yang  setia menemani diri ini..tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatn walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu istimewa dalam doa saudaranya yang lain..

2 comments:

The lady said...

asam garam kehidupan qilaa...

qila~ said...

2 la,idop ni kn cm roda~