ini ada satu cerita,pasal sorang budak yang nak beraya.. suda di janji dengan rakan2 nya untuk pergi bersama,menaiki basikal yang dimilikinya..perjalanan yang jauh bagai tidak dirasa,yang dia tahu hanya lah gembira semata2..mana tak nya,walau penat terasa,hati senang kerana bahagia,dapat duet raye..setelah beberapa lama,rasenye sudah tiba masanya untuk pulang semula..nanti takut ibu ayah risaukan anaknya,kena marah pula akibatnya..dalam perjalanan pulang,adanya rakan2 bersama..berkayuh perlahan sambil melayan angin sepoi2 bahasa..tiba2 seorang rakan b'suara,nak cepat katanya,jadi dimohon pinjam basikal si budak tadi untuk seketika..entah mengapa si budak tadi tersangat baik hatinya,dengan rela memberikan basikalnya untuk di tunggangi rakan yang mengejar masa..tinggal lah dia berjalan kaki pulang ke rumah,tanpa ada yang menemaninya.. tak lupa dia berdoa di setiap langkahnya..sampai lah di suatu ketika,ada insan yang tidak dikenali menawarkan pertolongan untuk menumpangkannya..tertanya2 juga di buatnya,betul ke..tapi mengapa??akhirnya dengan meletakkan sepenuh keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Esa,dia pun menerima tawaran itu tanpa rasa curiga..hanya lah mengambil masa sekejap cuma,tibalah dia dengan selamatnya..bersyukur di dalam hati tak terkira,kepada insan baik hati,berterima kasih dia tak lupa..
** ini adalah pengalaman si penulis di zaman muda belia nya,setiap kali raya pasti tak pernah lupa,haha..
banyak pengajaran yang boleh ditimba,antaranya :
1) jangan excited sangat sampai lupe diri wktu beraya~
2) tolong la sahabat yang sedang dalam kesusahan,tapi kena gak fikir pasal diri sendiri sebelum apa2~
3) utamakan keselamatan diri,jangan menerima pelawaan indvidu yang tidak dikenali seadanya..
mungkin si budak ini masih terlalu muda untuk memikirkan akibatnya lalu menerima sahaja kebaikan yang ditawarkan di depan mata~
sekarang si budak tadi sudah dewasa,barulah dia sedar apa yang dia buat adalah merbahaya kerana menerima pelawaan dari ntah sape2..alhamdulillah dia selamat,kerana niat yang mempelawa memang seikhlas-ikhlasnya..
** sampai sekarang encik ntah sape2 gagal di ketahui di mana dan siapa dia,ape yang penting terima kasih sahaja mampu dikata.. alamak,baru teringat lupa nak mintak dia duit raye~ ish3, ntah ape2..
No comments:
Post a Comment