Segenggam Tabah
[ In Team ]
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu dengannya
juz nak share 1 lagu yang liriknya sangat3 best bagi aku ^_^
bila kita rasa kita susah,
ada orang yang lagi susah dari kita..
tabah lah menghadapi dugaan hidup coz
ujian dari Allah tu setakat mana yang hambaNya mampu tanggung je..
Dia takkan membebankan hambaNya tapi sekadar untuk menguji..
semua yang berlaku pasti ada hikmahnya...
jom tgk kat youtube, klik sini~
No comments:
Post a Comment