semalam lepas abes kelas,dah ade plan dengan mmbe nak gi shopping raya...so,kitorang wat keputusan nak pegi dalam pukul 12..elok gak tu,lagipun hari jumaat..mesti tak ramai sangat kaum adam yang memenuhi mc n tesco tu nanti..
kitorang pegi tesco dulu baru pegi mc,dlm pukul 1 tue,aku perhatikan masih ramai kaum adam berada kat tempat tu..aih,tak pegi solat jumaat ke dorang ni?? bukan saja yang muda,yang tua n sebaya dengan ayah pun aku tengok masih leka berjalan2 kat situ..bukan patutnya di masjid ke mereka berada..?? dengan menggunakan kehebatan aku mensaiko,bila ada kaum adam yang lalu depan aku,saje je aku buat2 tengok jam kat tangan n siap kata dengan nada yang slow,
"eh,bukan da masuk waktu ke..??"
tapi tak tau la dorang dengar ke ape yang aku cakap,ntah2 dorang ingat aku 'mental' sebab cakap sorang2...huhu..tak berjaya la nampaknya nak wat mereka ni faham..tapi bile difikirkan balik,mestilah dorang tahu kat mana dorang sepatutnya berada waktu 2..saja je buat tak tau,ish3..macam mana lah nak jadi contoh kepada yang beragama lain sedangkan orang yang beragama islam sendiri tak amalkan apa yang agama suruh,huhu..ni pun ingatkan kat diri sendiri gak,coz balik shopping tu pun da pukul 3..baru gi solat =(
Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
Barang siapa meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja kerana malas menunaikannya lalu Allah akan menutup pintu hatinya..
Solat Jumaat adalah fardu ain, wajib ditunaikan oleh setiap yang mukalaf, melainkan orang yang uzur syarie seperti sakit, musafir, hujan lebat sehingga terputus jalan dan sebagainya..Sekiranya seseorang itu meninggalkannya dengan sengaja kerana malas maka dihukum sebagai fasik..Sekiranya dia mengingkari kefarduan Jumaat yang sudah dimaklumi umum maka dia dihukum terkeluar daripada Islam..
so sapa2 ada niat nak ponteng solat jumaat tu,baik lupakan je..korang nak ke Allah tutup pintu hati??jadi fasik,tekeluar dari islam???huhu..termasuk la solat fardhu 5 waktu tu..kalo yang tu pun tinggal,roboh la agama coz solat tu kan tiang agama...fikir2 kan lah,ni juz pesanan seorang sahabat untuk sahabatnya yang lain~
No comments:
Post a Comment