pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, September 26, 2010

kisah besday 2

salam semua.. kali ni nak share sikit hadiah ape yang saya dapat sempena besday kali ni :)
alhamdulillah,murah rezeki. housemate masing² kasik hadiah sorang 2, mane tak banyaak kan,hehe.. malam besday tu, saya dok berbual kat telefon, dapat free call katakan, tak tau pon yang dorang ni nak kasik hadiah mase tu. masuk² bilik ja tengok da banyak hadiah menanti untuk dibuka. waaa~ terharu suda! sian dorang sampai tertido² tunggu saya,hehe.. last² saya bukak hadiah tu sorang²,haha.. sorry korang ;p


antara hadiah yang diterima 

kotak 1 tu hadiah dari zaimah. macam² ada. frame ayat kursi,album gambar,frame gambar,pencil case n brooch. jauh datang dari Kulai katanya,hehe.. dah terpikir² pic ape yang bez nak letak kat frame tu, nak guna pencil case tu time exam, nak masukkan sume pic yang baru dicuci aritu dalam album gambar,nak gantung kat mana frame ayat kursi tu n bila masa sesuai nak pakai brooch comeel tu,haha.. thanks cik zaimah :)

kotak 2 tu hadiah dari zaty. dapat buku! aritu pegi kedai buku,dia ada mintak pendapat pasal satu buku ni,rupa²nya buku tu untuk saya. pandai eehh kamu,hehe.. actually dapat 2 buah buku dari zaty : penawar bagi hati & hijab memelihara kesucian wanita muslimah. insyaAllah lepas habis exam,masa cuti sem nanti saya baca ekk,hehe.. thanks cik zaty :)

kotak 3 tu hadiah dari fara O. dapat baju gamba katun warna merah pink. pink kot! bajet girlish la pasni kan bila pakai,errkk~ pastu dapat mug warna oren. comeel betol,hehe.. confirm takkan pakai. buat perhiasan jela,sayang kot. fara O ni peminat warna oren cam saya gak. thanks cik fara :)

kotak 4 yang ada coklat n jiji *nama cik zirafah* tu hadiah dari fatin. dan dan teros bagi nama kan,haha.. siyes comeel,da la bulat² pendek,gemok,warna oren lak tu. haishh~ actually tu bekas letak handphone. emm nak letak cik puan sony ka encik nokia disitu? belom rasmikan lagi,hehe.. thanks cik fatin :)

kotak 6 yang ada coklat mars n tudung tu hadiah dari paie. memang tak sangka oke paie bagi hadiah tudung tu coz tu tudung labuh cam budak sekola agama pakai tu. haaa,agak² bila la qila nak pakai kan. lepas kahwin kot,hehe.. semoga Allah bukakan hati ni. amin~ zaty kata sesuai la dapat tudung tu dengan buku yang dia kasik pasal hijab kan. kot² bila tengok hari² hadiah diorang ni cepat sikit hati saya terbuka nak pakai,insyaAllah. thanks cik paie :)

oh selain daripada hadiah ni semua, saya dapat hadiah special dari seorang sahabat baik saya sejak sekolah menengah lagi iaitu haziqah. dia buat video pasal kenangan sepanjang kitorang bersama. banyak kata² hikmah tentang persahabatan, tak lupa jugak tentang perkara 'nakal' yang kitorang wat time sekolah dulu tertulis dalam video tu,haha.. sangat sweet..!!! terharu saya. tak dapat nak share kat korang, biarlah jadi kenangan abadi kami berdua. sayang sangat² kat kamu la cik haziqah oii,thanks! :)

" Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling mencintai."
 HR. Al-Bukhari

ha tak lupa jugak pada membe yang wat post kat blog diorang, semata² nak wish besday untuk saya. mereka ialah cik yus n cik fara O *klik kat nama untuk ke post diorang* lagi sekali wat saya terharuu laa,isk3~ nak lagi terharu?? semalam masa jamuan hari raya kelas bersama kp,puan siti fatimah noor, satu kelas nyanyikan lagu besday untuk saya. aishh,dah belated kot. malu sungguh,hehe.. ape² pon korang semua memang antara rakan² yang best giler,kecoh,meriah,sporting n macam² lagi la yang saya penah ada,haha.. hepy sangat semalam,perut pon kenyang,alhamdulillah. thanks sekali dua kali tiga kali lagi :))

raye² jugak,pose 6 jangan lupe ye ;p

tak lupa buat mereka yang wish besday saya di fb, buat ayah n ibu yang call pagi² semata² nak wish besday anak kedua mereka ni *terharu lagiii*, buat yang anta mesej kat fon tu, sanggup la tunggu sampai kol 12 coz nak wish kan,hehe.. terima kasih banyak². saya takkan lupa sampai bila² coz ni antara ulang tahun kelahiran terbaekk yang pernah saya rasa. semuanya disebabkan korang dan dengan keizinan Allah s.w.t pastinya  entah berpeluang melangkah ke umur 22 atau tidak nanti. semoga Dia panjangkan umur kita semua hendaknya,amin~~

Friday, September 24, 2010

kisah besday 1

salam semua...

tak mau cerita panjang, tak mau sedih lagi. kesimpulannya *tiba² teros kesimpulan* blog ni telah ditukar url nya. so buat para followers atau siapa² ja yang ada link blog ni di blog korang, sila la tukar url yang baru. tu pun kalau korang nak baca hasil tulisan saya yang sentiasa di update la kan, tak nak takpe,hehe.. saja nak inform :) mungkin ada yang berjaya datang kesini dengan selamatnya atau mungkin juga ada yang tersesat jauh ke web jentayu.com.. errkk~ maaf,saya tak tau ape masalah sebenarnya. diri sendiri pun masih lagi tertanya² mengapa, apa, bagaimana. stress! tapi saya cuba untuk bersangka baik. nak senyum ja banyak² coz semalam besday saya! ek eleh, kecoh ja kan ;p

nak cerita sikit, ini pengalaman pertama saya sambut besday dengan kenduri arwah. sebenarnya hari selasa lepas ayah kepada seorang rakan sekelas saya meninggal dunia. al-fatihah buat allahyarham. so hari rabu kami satu kelas bergerak ke Tampin untuk melawat. ada la majlis tahlil ringkas sikit malam tu. kami sampai semula ke Melaka dalam pukul 11 lebih. beberapa minit ja lagi nak masuk hari ulang tahun saya yang ke 21. *dah tua ka?*

pengalaman ni memang saya takkan lupakan sampai bila² coz terbukti takde hadiah laen yang lebih baek dari hadiah yang satu ni iaitu hadiah dari Allah s.w.t yang mana saya diberi peluang untuk bernafas lagi sehinggalah kini. alhamdulillah. sangat memberi pengajaran buat diri yang nyawa ni Allah boleh ambil setelah Dia bagi pinjam bila² masa yang di kehendakiNya. bukankah kematian itu adalah sebaik² pengajaran. yee sangat² memberi pengajaran buat diri saya. anda bagaimana??

salah satu ucapan sempena ulang tahun kelahiran saya semalam yang takkan dapat saya lupakan dari seorang rakan : happy one year near to death, semoga umur kamu diberkatiNya.. *thanks akak cantek ;)* 


Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka". sumber : JAKIM

sekadar renungan kita bersama, semoga bermanfaat..

Saturday, September 18, 2010

teguran si kecil.

salam semua. meriah tak raya anda kali ini? raya saya sangat meriah! alhamdulillah. bersyukurlah sebab Allah nak panjangkan umur kita, tahun depan belum tentu dapat berpuasa n sambut raya lagi. okeh,kita lupakan cerita raya. cukuplah seminggu ini kita beraya sakan. kembali semula kepada tanggungjawab kita yang masih belum selesai. saya teringat perbualan saya dengan seorang saudara lelaki yang masih muda umurnya baru-baru ini. mengenai aurat. topik yang menarik bukan? :)

dia menegur kakaknya kerana baju yang dipakai terselak sedikit
*mungkin si gadis tak perasan*

dia : eh baju tu tarik,nampak badan la..
saya : hehe..bagus la kamu tego.. tapi kamu tahu tak sebab apa kamu memang patut tego?
dia : yela,kan aurat tu nampak badan..
saya : lagi lagi??
dia : emmm..ape?
saya : sebab tu dah tanggungjawab kamu sebagai saudara lelaki dia. kalau kamu tak tego,kamu biarkan ja nanti orang laen tengok,kamu berdosa..
dia : owh ha..betol jugak tu,hehe..

masih ingatkah kita pada isi kandungan khutbah Rasulullah s.a.w yang terakhir sebelum kewafatan baginda? iaitu mengawasi dan memelihara kaum wanita sebagai satu amanah. tugas ini khusus ditujukan buat kaum lelaki yang mana peranan mereka sebagai bapa,suami,abang ataupun adik. ini terdapat dalam sabda baginda yang bermaksud “ Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah (Riwayat Muslim)

kita renung pula firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa' ayat 34 yang bermaksud : “ Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka "


entah tepat atau tidak penerangan saya pada saudara lelaki itu. tapi saya tahu dia faham bahawa tanggungjawabnya sebagai seorang adik lelaki dan bakal menjadi suami atau bapa suatu hari nanti sangat berat. alhamdulillah,masih ada anak muda seperti dia. saya harap dia kekal dengan sifatnya yang satu itu. menegur untuk kebaikan. kadang-kadang kita ni baru tersedar bila si kecil yang menegur. awalnya memang tak boleh terima. tapi bila difikir-fikirkan balik, memang betol apa yang dikatakan. masa ni la nak muhasabah diri.

tapi macam mana kalau dah tego, orang tu tak boleh terima? emm perkara tu bagi saya tak penting. yang penting kita dah tego. kalau dia tak nak terima kita tak boleh buat apa. juz doakan lah dia bakal berubah. seperkara lagi, mesti pernah terlintas diminda yang kita pun kurang sempurna,sibuk-sibuk pulak nak tego orang lain. takot dikata cermin dulu diri sendiri kan. ha disini lah silapnya kita. takut akan kebenaran. eh berani buat berani lah tanggung. kita jangan tengok pada SIAPA yang menegur tapi APA yang ditegur. kita pun masih mengharapkan orang menegur kita andai kita silap kan ;)

ini hadis yang menjelaskan tentang kewajipan kaum lelaki membimbing kaum wanita. maksudnya: “ Sesungguhnya seorang wanita itu diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. Apabila engkau berkeras (hendak meluruskannya), ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, maka ia akan terus bengkok (Riwayat Muslim)

ayuh kaum lelaki sekalian, sedarlah akan tanggungjawab kamu yang satu ini! kami kaum wanita memerlukan kamu, bukan untuk berseronok tetapi untuk membawa kepada kebaikan. jangan biarkan kami terus hanyut~

tak adil pula peringatan ini hanya untuk kaum lelaki,hee. wahai kaum wanita, bangkitlah dari lena! jangan biarkan saudara lelaki kita berterusan menanggung sedikit sebanyak dosa yang sebenarnya kita sendiri lakukan. sedarlah~

Friday, September 17, 2010

m.a.s.a

berjumpa dengan rakan-rakan sekolah rendah yang hampir 9 tahun sudah tidak saya ketemu pada raya kali ini betul-betul membuka mata saya bahawa masa memang merubah segalanya. eh masa yang merubah kita atau kita yang berubah mengikut masa? :)

semoga perubahan itu kepada yang lebih baik,insyaAllah..

istiqamah qila,anda boleh!
kamu pon boleh..!
ya,kita semua boleh..!!


p/s : tapi ramai kata saya tak membesar,macam mane tu?? tak puas hati =.=''

Monday, September 13, 2010

kisah raya saya ♥

salam semua :)
juz nak share segala pitcha yang diambil sepanjang 3 hari beraya kat muo n endau. raya ke 4,tadi la kan. juz abeskan masa dalam kereta,aktiviti sakit pinggang beramai-ramai -.-'' emm nak menaip macam penat. disebabkan rindu kat incik blog,kena la update,haha. so post kali ni banyaak pic ja. tapi kalau nak lagi banyak, rajin-rajin kan lah diri korang singgah blog saya yang satu lagi. insyaAllah esok lusa baru update,hehe..

raya pertama


ketupat nasi+sambal sotong+rendang daging+kuah lodeh+ayam goreng
nak buat pengakuan! baruu ja belajar masak
sambal sotong n rendang daging dengan ibu.
ada kemungkinan boley direject bakal mak mertua nih,lalala~ ;p


aktiviti mengisi kuih-muih dalam balang.
ok sape tak tahu ni kuih apa, sila tanya mak korang.
ni kuih semperit la. bajet cun ja kan,heh..


satu-satunya pic raya yang boley di'reveal'kan sebagai pengenalan diri.
oh ye, along takde dalam gambar coz dia la camerawoman itu,aish~
tema tahun ni patutnya maroon, tapi dah macam-macam ada pulee..
abaikan okeh~

raya kedua


sudah berada di Endau :)
melawat kubur tok bah, tok teh n mak cha adalah satu kemestian.
rindu~ T_T
tahukah korang, kebanyakan ulama' berpendapat bahawa menziarahi kubur
bagi lelaki hukumnya adalah sunnat dan bagi perempuan adalah makruh.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
" Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur
tetapi sekarang boleh kamu menziarahinya,
kerana menziarahi kubur itu boleh menimbulkan sifat zuhud
terhadap dunia dan ingat kepada akhirat ”

leka alif n arib makan kuih. kamilah bz mengunyah. alahai anak buah den~
menjadi suatu kemestian juga buat kami untuk pergi menziarahi
mereka mereka yang rumahnya di sekitar kawasan perkuburan tu.
sangat seronok!! bayangkan, ada 5 kereta joint n dalam 4 5 rumah yang kitorang akan pergi. setiap tahun macam tu,
dari saya kecik sampai lah dah besar gabak ni,hehe..

ini lagi pic saudara-mara yang leka makan kuih raya
sambil buat 'mesyuarat'. air 1 jag dah abes pon tak reti-reti nak balik,haha..
selagi takde yang mengajak, selagi tu la kami melekat ;D


ok, masa untuk balik.
dah puas breakfast kat umah orang takkan lunch pon nak kat situ kan.
melampau pulak,hehe. terima kasih makcik pakcik, atok nenek
yang sudi terima kedatangan kami.
panjang umur tahun depan jumpa lagi :)
*bajet mereka dok bace blog ni,haha..*

raya ketiga


beraya ke rumah mak ndak n pak ndak, rumah mak ngah n pak ngah,
rumah anjang n mak anjang, rumah ucu n mak esah.
errk, ade yang tertinggal tak? cukup kot.
tengoklah nu'man n naufal yang sangat aktif itu. bergegar pic nih,adoila.
akma macam tercekik kuih,mengapa?haha..
yang laen-laen leka buat aktiviti bebas~

kesimpulannya


saya masih layak dapat duit raya!
terbukti umur bukanlah penghalang,wee~
sampul pos wajib letak atas, dari ibu n ayah tu :)
terima kasih daun keladi ya makcik pakcik, kazen mazen sekalian.
tahun depan boley kasik lagi~
turn saya? errk,perlu ka? anak buah dah la ramaaai,camne.
tunggu la 4 5 6 7 tahun lagi kot..
('',)v

alhamdulillah raya tahun ni still meriah macam tahun-tahun lepas walaupun tak ramai yang balik. masing-masing dah berkeluarga kan,takpela. ayah selalu pesan kat kami adik-beradik, nanti dah ada keluarga sendiri pastikan aktiviti camni diteruskan. insyaAllah, jika dipanjangkan umur.

Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
" Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamnya,
sebenarnya dia telah berjalan-jalan
memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk.
Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya.
Jika di waktu pagi maka 70,000 malaikat berselawat
( berdoa memohon ampun )
untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang,
maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun )
untuknya sehingga waktu pagi "

p/s : balik tadi terus p timbang berat. saya berjaya menambahkan berat badan! sila ucapkan tahniah ye,hee~ berat korang naek tak raya ni?? :)

Wednesday, September 8, 2010

balik utara ke selatan?

salam semua. lagi 1 hari insyaAllah nak raya kan. sapa tak excited? tipu okeh. rasa sedih nak tinggalkan bulan posa, rasa sedih malam ni last tarawikh, memang ada tapi rasa excited nak raya pon ada jugak. dapat balik kampung, jumpa sedara mara sume, kumpul duit raya. errk, saya masih 20 tahun so layak lagi kot dapat duit raya,hehe.

sebut pasal balik kampung, setiap kali raya mesti ada ja terdengar masalah bagi pasangan suami isteri yang baru, lama mahupun dah berkurun kahwin untuk menentukan kampung siapa dulu yang bakal dikunjungi. saya tak faham macam mana masalah kecik ni boleh jadi besar sampai bergaduh-gaduh suami isteri. mungkin sebab saya belum masuk lagi alam rumahtangga kan, sebab tu saya tak rasa. tapi bila difikir-fikirkan balik, andai sistem bergilir-gilir dan bertolak ansur diamalkan sejak dari awal perkahwinan lagi, isu balik kampung siapa bukanlah suatu isu besar. betol tak? :)

alhamdulillah. alhamdulillah, bersyukur sangat coz sepanjang saya hidup dan merasai 20 kali hari raya aidilfitri ni, kami satu keluarga tak pernah ada masalah nak balik kampung siapa dulu. ayah atau ibu. tak pernah. mungkin kerana tempat tinggal kami sekarang adalah kampung asal ibu dan kami tinggal di rumah pusaka nenek. maka disitu kami lihat pengorbanan ayah yang sanggup tinggal bersama-sama ibu di Muar memandangkan ibu anak bongsu. mungkin dah tanggungjawab ibu untuk tinggal dan jaga rumah pusaka ini.

so setiap kali hari raya pertama, setelah berjumpa dengan saudara mara sebelah ibu, baru kami akan segera bertolak pulang ke kampung ayah di Endau. biasanya 4 5 hari akan berada disana. tak pernah missed. walaupun tok bah n tok teh dah takde T_T tidak pernah saya dengar ibu mempersoalkan mengapa tidak beraya 1 2 hari di Muar dulu baru balik Endau? tak pernah. bahkan kami adik-beradik pula yang tertanya-tanya mengapa. sekarang dah besar, umur pun nak masuk 21 da, baru saya faham mengapa. ayah dan ibu saling berkorban. comeeel kan

err dulu risau jugak andai jodoh yang bakal datang nanti orang jauh. sampaikan saya boleh terfikir kahwin dengan jiran ja senang, kalau raya confirm tak bergaduh coz satu kampung,haha. bajet si jiran ada anak bujang nak dijodohkan dengan saya ;p tapi tapi saya yakin perancangan Allah tu lebih baek kan,insyaAllah. kalau berjodoh dengan orang jauh pun jarak bukanlah suatu masalah, yang penting balik. daripada tak balik padahal kampung dekat ja, lagi tak patot, ye tak?


okeh, di kesempatan ni saya nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ni, buat followers seramai 19 orang tu, buat silent readers, buat mereka yang tersesat secara sengaja atau tak sengaja kat blog saya dan juga buat para bloggers kat luar sana. andai di sepanjang penulisan saya disini ada yang terkasar bahasanya, atau ada buat siapa-siapa terasa yang saya sendiri tak sedar bila, maaf dipinta. maaf sangat-sangat. buat mereka yang nak balik kampung tu tak kira la ke utaRA ataupun selatan ;) berhati-hati lah dijalan raya. semoga selamat sampai menemui keluarga tercinta. amin~ saya akhiri post kali ni dengan serangkap pantun. cewaaah!

pergi ke pekan naek Wira,
Wira dipandu oleh Pak Mat,
lebaran nanti jangan terlalu gembira
sampai terlupa amal ibadat..
('',)v

Tuesday, September 7, 2010

mengemas rumah dan kisah srikandi Islam.


ehem ehem. assalamualaikum w.b.t.

hari ni penat sungguh mengemas rumah. disebabkan ibu dan ayah bekerja, so tugas mengemas rumah tu diserahkan pada kami adik-beradik bulat-bulat. yang penting, balik ja dari kerja, langsir dah tukar baru,dinding,perabot n tingkap rumah sudah di lap, dan simen luar rumah sudah di basuh serta di mop. penat memang penat tapi kami tak boley merungut penat depan mereka coz nak ikutkan mereka lagi penat jaga kami dari kecik sampai sekarang,kan? apelah nak dibandingkan sangat setakat kemas rumah sempena nak raya ni :)

ibu siap mesej tanya dah siap belom kerja-kerja yang mereka pesan tu,haha. dan dan ja cakap tu la tanda sayang ibu. adoila,puan sa'adah ni. ada ja idea dia,hehe. yela,semalam kan hujan so kami adik-beradik menggunakan alasan hujan untuk tidak mengemas rumah. bajet hujan tu menghalang pergerakan kami. padahal penyakit M menguasai diri,aisshh. so setelah 'dibasuh' semalam, hari ni kami dengan semangatnya menyiapkan segala tugas mengemas yang tergendala,hehe. alhamdulillah, tinggal sikit ja kot yang tak siap lagi. esok-esok pulak sambung. ada lagi 2 hari nak raya kan. erkk,macam sayang pulak nak tinggalkan bulan Ramadhan kali ni -.-"

oh ye, ape kaitan gambar buku di atas dengan post kali ni? kaitannya adalah saja nak bagitau akhirnya buku yang saya cari-cari telah berjaya dibeli! (",)v tahniah tahniah. sebab apa excited sangat nak beli buku ni? sebab masa usrah dulu, ada 1 aktiviti kitorang di mana salah satu soalan yang ditanyakan adalah siapa Rabiatul Adawiyah. masa tu saya ingat-ingat lupa apa yang menariknya tentang kisah srikandi Islam ni. sampailah akak usrah bercerita serba sedikit mengenai wanita istimewa ini. cinta dan rindunya hanya pada Allah s.w.t. tiada yang lain. walau datang sehebat mana pun lelaki yang meminangnya hatta Abdul Wahid Bin Zaid dan raja Basrah sekalipun, hatinya hanya untuk Allah. subhanallah, hebat kan?

setakat yang saya baca sekarang ni pun, perjalanan hidup beliau sangat mengkagumkan. ketika beliau baru dilahirkan, bapanya Ismail al-Adawiy telah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. baginda berpesan berkenaan Rabiatul Adawiyah yang mana dia akan menjadi seorang wanita yang terhormat dan tinggi darjatnya disisi Allah. malah 70 ribu orang umat baginda memerlukan syafaat Rabiatul Adawiyah di akhirat kelak. bayangkan! emm,ada lagi kisah disebalik mimpi tu yang berjaya buat air mata saya menitis. kalau anda nak tahu, beli buku ni dan baca. tak rugi. confirm!

" Ya tuhanku..Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaanMU supaya
tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripadaMU "
Madah cinta Rabiatul Adawiyah

untuk sinopsis kisah hidup srikandi Islam ini, boleh baca disini : klik

p/s : ada yang cakap, perbandingan antara tak tahu memasak dengan tak boleh jadi imam tak sesuai sangat. betol jugak,hehe. tapi ambil la perbandingan tu sebagai pemangkin semangat, yee tak? ;)

Sunday, September 5, 2010

boleh jadi imam saya?

salam semua. solat tarawikh kat kampung ni lebih cepat abes dari kat Melaka. biasa la,laen imam laen caranya. sebut pasal imam, teringat pulak dekat notes yang saya share kat facebook mengenai berapa ramai lelaki sekarang mampu jadi imam? bila perempuan tak reti masak, kita perlu belajar. tapi kalau lelaki tak boleh atau tak yakin boleh jadi imam, mereka relax ja. oppss,bukan niat saya nak buat kaum Adam terasa. tidak! tapi tu la hakikatnya. dikata penulis lagi, kalau ilmu bermain game boleh dipelajari, kenapa ilmu untuk menjadi imam tidak. ha,betul lagi,hehe.

biasa kita dengar, tak sempurna seorang wanita itu kalau tak tahu memasak. tapi cuba nilai balik, tak sempurna juga seorang lelaki muslim apabila ada yang tidak tahu atau tidak yakin untuk menjadi imam. adil bukan? :) jangan hanya tahu meminta saja, tapi fikir apa yang mampu kita beri. kalau mahukan isteri yang baik, terer didapur dan sempurna serba-serbi, kaum Adam pun perlu begitu. kalau tidak pandai, belajar. sama macam kaum wanita. nak masak sambal udang pun terkial-kial. takpe,belajar. maka tak jadi masalah untuk anda kaum Adam belajar bagaimana cara untuk menjadi imam yang baik. sempurna bacaan Al-Fatihah nya, betul hukum tajwidnya, insyaAllah. dimana ada kemahuan kan disitu Allah tunjukkan jalan. baru dapat membentuk keluarga sakinah. amin~

teringat pula pada pertanyaan ayah kat along tentang 'kawan lelakinya'. adakah dia seorang yang rajin ke masjid? owh itu kriteria yang ayah cari. agama paling utama. InsyaAllah pilihan saya nanti boleh jadi imam saya. imam pada anak-anak saya. yee kan? tak banyak yang saya pinta, sama macam ayah juga. asalkan dia mampu membimbing saya berkenaan agama dengan lebih baik, itu sangat mencukupi, syukur alhamdulillah.

yang buat saya tersenyum bila si penulis mengakhiri penulisannya dengan pesanan ini :

[pesanan utk bakal laki sayer..kt mne pon awak brader..saper pon awak..xkesah r..asalkan laki..sayer nk jd makmum awak..nk aminkan doa awak..xpndai doa arab pon xper..sayer pon xpaham..doa bm sudaa..asalkan eklas..laju j sayer aminkan.. =P
awak doa sayer aminkan..sayer masak awak makankan..jgn kutok2..sayer blajo masak yer..]

hehehe.. comeel kot :))

credit to flickr.com

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Setiap orang di antara kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang suami menjadi pemimpin dalam keluarga dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang isteri menjadi pemimpin rumah tangga dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang pelayan adalah pemimpin atas harta tuannya dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang anak menjadi pemimpin atas harta orang tuanya dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinannya.Jadi setiap kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinanmu "
(HR. Abdullah ibn Umar).