biasa kita dengar, tak sempurna seorang wanita itu kalau tak tahu memasak. tapi cuba nilai balik, tak sempurna juga seorang lelaki muslim apabila ada yang tidak tahu atau tidak yakin untuk menjadi imam. adil bukan? :) jangan hanya tahu meminta saja, tapi fikir apa yang mampu kita beri. kalau mahukan isteri yang baik, terer didapur dan sempurna serba-serbi, kaum Adam pun perlu begitu. kalau tidak pandai, belajar. sama macam kaum wanita. nak masak sambal udang pun terkial-kial. takpe,belajar. maka tak jadi masalah untuk anda kaum Adam belajar bagaimana cara untuk menjadi imam yang baik. sempurna bacaan Al-Fatihah nya, betul hukum tajwidnya, insyaAllah. dimana ada kemahuan kan disitu Allah tunjukkan jalan. baru dapat membentuk keluarga sakinah. amin~
teringat pula pada pertanyaan ayah kat along tentang 'kawan lelakinya'. adakah dia seorang yang rajin ke masjid? owh itu kriteria yang ayah cari. agama paling utama. InsyaAllah pilihan saya nanti boleh jadi imam saya. imam pada anak-anak saya. yee kan? tak banyak yang saya pinta, sama macam ayah juga. asalkan dia mampu membimbing saya berkenaan agama dengan lebih baik, itu sangat mencukupi, syukur alhamdulillah.
yang buat saya tersenyum bila si penulis mengakhiri penulisannya dengan pesanan ini :
[pesanan utk bakal laki sayer..kt mne pon awak brader..saper pon awak..xkesah r..asalkan laki..sayer nk jd makmum awak..nk aminkan doa awak..xpndai doa arab pon xper..sayer pon xpaham..doa bm sudaa..asalkan eklas..laju j sayer aminkan.. =P
awak doa sayer aminkan..sayer masak awak makankan..jgn kutok2..sayer blajo masak yer..]
hehehe.. comeel kot :))
credit to flickr.com
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Setiap orang di antara kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang suami menjadi pemimpin dalam keluarga dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang isteri menjadi pemimpin rumah tangga dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang pelayan adalah pemimpin atas harta tuannya dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang anak menjadi pemimpin atas harta orang tuanya dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinannya.Jadi setiap kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinanmu "
(HR. Abdullah ibn Umar).
3 comments:
ye qila...lelaki yg ringan kakinya ke masjid/ tempat2 ibadah ni,insyaallah ada ciri2 lelaki yg boleh memimpin. tersangat hairan bila azan dilaungkan tapi kaum adam ni takde keinginan pun nak sahut seruan tu, sedangkan lelaki lebih afdhal solat berjemaah di masjid, melainkan ats sbb2 tertentu. lelaki yg sebegini patut malu bila badannya sihat tetapi tak daya ke tempat ibadah,patut malu pd diri sendiri dan pd Allah. malangnya faktor 'malas'lebih kuat dlm diri.
smoga ada keinginan nak berubah..pnyakit malas 2 mmg bhye,kdg2 diri ni pun ada pnykit 2,hehe..smoga sme2 kita b'usaha m'jd yg t'baek utk psgn 1 hari nnt,insyaAllah :)
ameen ;)
Post a Comment