sekali terjumpa ja kesalahan si membe,terus dia komen baek punya. kadang-kadang nampak cam takde ape-ape tapi bila baca balik, uishh ayat menyindir. adoila,apelah kepuasan yang dia dapat. kalau niat tu betul nak tegur silap si membe takpe tapi ni tak. mungkin nak tunjuk dia lebih bagus,wallahualam. tak baek berburuk sangka, ye tak? ;p
berapa ramai orang kat luar sana yang suka tengok kita buat silap? bila jumpa orang macam tu, tertanya pada diri. apa salah aku yang sebenarnya ni. ada ja benda yang dia cari untuk nampak dia baik dan aku yang salah,huhu. pelikkan. em memang ada sebenarnya orang yang suka mencari kesalahan orang laen ni. walaupun dia mungkin tak berniat pun nak sakitkan hati orang tu, tapi hakikatnya dia dah sakitkan pon. camne tu?
sebab tu kena rajin muhasabah diri. check diri sendiri dulu. yang penting, berubahlah. tak ada faedah pun buat camtu. kalau dah rasa diri tu bagus, kenapa perlu nak bandingkan lagi. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. kalau tak suka, senyap. jangan ganggu. si membe tak kacau anda kenapa anda perlu kacau dia? kita ni banyak cakap pasal benda yang kita tak suka. itu salah ini salah. kita lupa, satu jari kita menuding kat orang, empat lagi jari menuding kat kita balik :)
Diriwayatkan oleh Anas ra, ia mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" Janganlah kalian saling mengintip kesilapan orang lain dan
janganlah kalian saling mencari kesalahan orang lain,
dan jangan saling membenci.
Tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara "
(Hadis Riwayat Bukhari)
agak-agak blog ni ada stalker tak? haha.
*perasan la anda qila*
(",)v
No comments:
Post a Comment