pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, October 3, 2010

apabila saya mula merancang.

salam semua :) 


sejak akhir² ni,saya asyik memikirkan tentang duit. err,bukan bermakna saya mata duitan. tapi saya memikirkan tentang masa hadapan. ada orang cakap tu hanya angan². eh bukanlah. itu perancangan. duit memang bukan segala²nya tapi duit sangat diperlukan pastinya. nak beli kereta,nak beli rumah,nak bayar bil itu bil ini. semuanya menggunakan duit. setuju?


nak diikutkan,dah lama saya tak simpan duit raye yang saya terima ke dalam bank. tu semua zaman kecik² dulu. tapi raye tahun ni,semua duit raye saya bagi ayah,masuk dalam asb. nak guna sayang. disebabkan saya sudah mula memikirkan masa hadapan,haha.. memang la tak pasti lagi hidup ke tidak masa tu,tapi perancangan tu perlu. hidup tanpa perancangan ibarat layang² yang terputus talinya. entah terbang bebas ke mana saja atau tersangkut di pohon cuma,kita tak tahu. 


bila rakan serumah ajak ke shopping mall,saya lebih suka menjadi pemerhati. pandang itu,pandang ini,berkenan,suka. tapi saya cakap pada diri yang saya sudah cukup semuanya. alhamdulillah. melainkan barang yang betul² perlu tapi dah habis,baru saya beli. kadang² mereka sendiri yang menegur saya,ataupun sekadar memberi jelingan tajam,haha.. itu tandanya mereka nak beritahu bahawa saya tak perlukan barang tersebut. see! rakan serumah terbaekk yang pernah saya ada ♥ 


saya kena belajar bijak berbelanja. tak nak jadi macam dulu lagi,bila suka teros beli tapi tak pakai,membazir. takpun last² bagi orang. yang tu ok la kot. so seiring dengan peningkatan umur kali ni,saya cuba menjadi matang. ada yang pesan,dah tak boleh jadi kanak² lagi,aishh.. sebenarnya,apa itu matang? em insyaAllah,saya cuba :)


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila berbelanja, 
dia tidak melampaui batas dan tidak bakhil. 
(Sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah benar-benar 
sederhana antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
(al-Furqaan: 67) 


kereta idaman >.<
ada sesiapa nak belikan?
mestilah tak kan,hehe..
takpe,nak beli sendiri..
insyaAllah 1 hari nanti~

opss..! ini bukan angan²,ini perancangan ('',)v

4 comments:

Anonymous said...

bagos2,mmg patot pon ada plan pasal kewangan ni:)
dh upgred plak ke,dulu kn ke minat myvi putih,skrang dah jd swift plak:p

qila~ said...

tau xpe :)
eh mesti,makin kecik plak kan saiznye,heh..

Anonymous said...

mmg saiz makin kecik tapi harga lagi besar..haha..

qila~ said...

tu la pasal,haish~
mula menabung dari skrg la..
doakn ye..