pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Thursday, October 21, 2010

cukup sampai disini?

salam semua.. pagi tadi ada menyinggah di blog seorang teman yang bercerita mengenai temannya yang telah putus tunang walaupun cuma tinggal 2 minggu saja lagi hari majlis pernikahan mereka. temannya seorang lelaki  dan pastilah bekas tunangannya itu seorang perempuan. memilih untuk kembali pada kekasih lama yang menagih  semula cinta mereka disaat segala perancangan untuk majlis itu sudah hampir 95% siap bagi saya adalah satu tindakan yang kejam. ya,perempuan itu kejam. apa yang dicarinya saya tak pasti. tidak tahu ke makna menghargai? betapa yakinnya dia memilih untuk bersama dengan bekas kekasih hati dengan menolak ketepi begitu sahaja insan yang bagi saya lebih berhak ke atas dirinya iaitu tunangannya. apabila memilih untuk bertunang,sudah pasti itu lah juga pilihan untuk menjadi pasangan hidup,dengan erti kata lain bernikah atas persetujuan kedua belah pihak,kan? tetapi akhirnya dipilih juga  'si bekas'. pasti kah si gadis akan hubungan yang dibina semula bersama 'si bekas' bakal berakhir dengan pernikahan? 


memang salah kerana menilai si gadis dengan mendengar cerita dari sebelah pihak saja. mungkin ada cerita lain disebalik itu. tapi..entahlah,saya tak puas ati jugak,hoho.. pernah dengarkan bercinta dengan orang lain,bertunang dengan orang lain,berkahwin juga dengan orang lain? abaikan part bercinta tu, tapi ni dah bertunang kot,tunggu masa jaa. em itulah dikatakan jodoh. jodoh tu datang dari Allah s.w.t. andai si gadis memang dicipta untuk lelaki itu,pasti akhirnya akan bersatu juga. tetapi jika tidak,pasti Allah sudah menyediakan jodoh yang lebih baik dan lebih layak untuk lelaki tersebut. cuma dia perlu banyak bersabar. teringat nasihat yang disampaikan teman kepadanya,"mungkin ada hikmah kau putus tunang,daripada bercerai selepas berkahwin". saya juga terfikirkan perkara yang sama. mungkin nasihat tu tak berapa nak membantu la kan,tapi ada betulnya. setiap yang berlaku kan ada hikmahnya. janji Allah itu sudah pasti ;) 




beruntung kerana dia seorang lelaki. itupun sudah nampak sedikit goyah dan lemahnya dia akibat dari dugaan yang menimpa. bayangkan andai dia seorang perempuan? mungkin untuk membuka hati dan meletakkan kepercayaan kepada seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup selepas itu agak sukar. mungkin.. ingat kalau dah sayang tu senang ke nak lupakan?? mana lah tau kan.. *ayat macam kenal*


teringat lak kat 1 hadith yang saya baca kat iluvislam.com pagi tadi : Nabi s.a.w bersabda : "Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)." - HR. Muslim


mula-mula taknak share cerita pasal ni takut nanti orang cakap topik tak penting. dakwah ke?? siapa kata tak? perkahwinan itu satu ibadah oke. so tak salah la kot selitkan cerita-cerita camni. bukan dah menggatal nak bertunang ke apa. juz nak cerita supaya jadi pengajaran kat semua ja ;) lagi pulak tadi sambil study saya dengar lagu Maher Zain. dari 1 lagu ke lagu yang lain,hinggalah giliran lagu 'Barakallahlakuma' dimainkan. tiba-tiba jadi sebak,teringat lak cerita ni. kalau la saya jadi lelaki tadi mau menangis dengar lagu ni kot..kisah cinta orang lain,saya pulak nak tacing lebih dah kenapa,nasihat skett~ 


We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever...


p/s : teringat kat artikel 'kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah'.. ape komen korang ye? 

2 comments:

عين said...

"kenapa Allah temukan kita dengan org yg salah?"

bagi akk: supaya kita beringat dan sentiasa ingat, lalu kita akn jadikan itu pengajaran walau pun dah berlalu bertahun2...bila kita tak ditentukan utk bertemu dgn org itu, belum tentu kita tau baik ke buruk pertemuan tu...jgn disalahkan org tu tp berterima ksh krn tanpa semua tu kita tak tau betul ke jalan yg lalu sblm ni.

yg penting, kita jadikn setiap yg berlaku sebagai pengajaran, samada baik atau buruk, insyaAllah hati pun tenang, tak pening2 kepala fikir, kenapa camni, kenapa camtu...:)

qila~ said...

hehe..betol jugak,yang pertama tak semestinya yang terbaek kot..

kak ain,gud luck 4 ur final! :)