Bercakap tentang dakwah, ape ja yang anda faham? Bagi saya ramai yang misconception tentang makna dakwah. Mungkin ada yang berfikiran berdakwah ni semua tugas ustaz dan ustazah ja. Mesti pakai kopiah, pakai tudung labuh-labuh. Kalau ya anda berfikiran begitu, alangkah sedihnya.. Tak ramailah yang nak berdakwah sebab dia tak terfikir pun lagi nak pakai kopiah atau tudung labuh pi mana-mana, nak dapatkan pengiktirafan belajar tinggi sampai dapat title ustaz dan ustazah? Hmm lagilah. Lecehh kot bunyinyee..
So sila buang salah faham anda itu sekarang. Mengajak membuat perkara-perkara yang baek dan tidak menyokong bila diajak berbuat jahat sebaliknya anda menegur itu adalah dakwah. Sekalipun tidak meyokong hanya melalui hati (dan itu adalah selemah-lemah iman) itu sudah mencukupi.
Bercakap tentang menjadikan blog sebagai medium dakwah, itu adalah suatu pilihan yang baek. Pabila kita tidak mampu menegur/menyampaikan secara direct, blog kita guna sebagai medium untuk kita meluahkan dan bila ada pembaca yang tersedar ''oh aku selalu buat macamni, salah rupanya" selepas terbaca hasil 'dakwahan' kita tu maka alhamdulillah, itu tandanya kita sebagai penulis blog telah berjaya membantu mereka bangkit dari lamunan.
Ada yang berkata blog dakwah ni selalunya membosankan. Eh siapa kata? Otak kita sendiri yang dah setkan sejak berkurun lama dengan kepercayaan bahawa blog dakwah itu bosan. Yelah tidak bercerita kisah cinta, kisah makan-makan, kisah kawan-kawan, kisah jalan-jalan, kisah lelaki perempuan haruslah bosan! Err blog dakwah boleh ja cerita perkara tu semua. Contoh kita tulis kisah kita keluar makan lepas tu terlupa nak baca doa makan, teruk betul perangai lah kan. Then ada orang baca, tetiba dia tersedar yang selama ni dia makan selalu tak baca doa, eh malunyee.. Tengok, kita dah menimbulkan kesedaran disitu, dakwah juga lah tu namanya :)
Bergantung pada penulis itu sendiri bagaimana nak olah tulisan dakwah mereka supaya jadi cantik dan mesra pembaca. Macam Ustaz Pahrol Mohd. Juoi saya sangat suka baca tulisan beliau sekalipun postnya sangaaat panjang,hehe.. Kualiti setanding kuantiti orang kata..
Nak mengajak buat baik memang tak mudah macam ajak buat perkara yang kurang baik, contohnya "jom ah solat berjemaah dengan jom ah kita borak kosong dalam erti kata laen mengumpat berjemaah" haa mana yang kita selalunya laju dulu? (ni tanya kat diri sendiri gak,haih..) tapi sekurang-kurangnya kita cuba. Jangan pula kita asyik tahu 'mengajar' tapi kita sendiri tak belajar. Tu namanya cakap lebih habuk pun tarak,hehe..
Banyak kelebihannya berdakwah melalui blog sebab setiap apa yang kita nak tulis, kita akan pandang diri kita dulu. Aku dah buat ka nih nak pi tegur-tegur orang bajet bagus sangat aih.. Kalau nak tulis jugak tapi diri sendiri tak buat lagi, sekurang-kurangnya kita macam dah menandatangani satu memorandum yang aku akan laksanakan apa yang aku tulis, insyaAllah.. Betul tak?? Tak perlu risau followers ciput, komen 1 pun tak dapat asalkan apa yang kita tulis bermanfaat dan setiap hari ada ja yang datang blog membaca. Itu lebih dari cukup ;)
Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan,
itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan.
Bersyukurlah!
kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingati manusia.
Oh post ini saya taip sempena menyambut seruan seorang blogger bernama Atika Aula untuk menyertai kempen Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!! Semoga kempen ni mendapat barakah dariNya, ameen.. Buat yang membaca post ni silalah join, nak berdakwah takde tarikh luput kot. Emm saya tag sesiapa ja yang sudi join kempen ni, takde paksaan. Hanyalah dengan hati yang sepenuhnya rela diperlukan ♥
7 comments:
syukran kerana sudi join ye~
semoga ia nya bermanfaat :)
Betul kan. Ramai orang bagi alasan bila diajak memberi dakwah.
Sedangkan pendakwah juga perlu didakwah. Iman manusia biasa macam kita tak statik apatah lagi meningkat dengan konsisten. Kena sentiasa berdoa untuk mendapat hidayah.
p.s. Lambat sikit komen, baru baca entri ni ;p
takpe :)
thanks singgah,mst kak ngah kan? hehe.. em tu la mslhnya,dorg fikir dakwah tu tugas ahli agama ja.. semoga kita smua trus berusaha mnyampaikan wlau hnya 1 ayat..
moga istiqamah..
Yup, ni KakNgah. Sori, ramai rupanya yg confused hehe :P
betul...tak semestinya nak kene tunggu jadi ustaz ustazah baru nk berdakwah...
teruskan bertinta =)
tqaroslan : kan kan.. insyaAllah, terima kasih sudi membaca :)
Salam.. same2 la kita mengajak teman2 kita melakukan kebaikan.. :)
Post a Comment