pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Saturday, April 30, 2011

Digoda dan tergoda?

Bismillahirrahmanirrahim.


Semua sekarang sibuk bercerita tentang majlis perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton nampaknya. Saya juga tak terkecuali menonton majlis mereka di livestream petang semalam. Bukan niat nak mengagungkan, sekadar suka-suka mengikuti perkembangan semasa..


Dah namanya pun putera raja maka haruslah majlisnya begitu gah sekali kan. Tengok ajelah bagaimana kesudahan kisah cinta mereka , semoga segala-galanya baek sahaja..


Oh ye, takde point sangat nak bercerita tapi sebab rindu dekat blog punye pasal, maka update lah juga. Untuk elakkan post ni jadi post yang tak bermanfaat (=.='') meh saya share 1 quote yang saya baca disini yang sangatlah elok dijadikan renungan buat para wanita yang menginginkan title "muslimah sejati" di luar sana dan di dalam sini (oh,ini merujuk diri sendiri). Eh ada yang taknak ka title tu? Cecepat fikir balik.....!



Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan 
tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani 
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu 
dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,
dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi..



Saya sangat suka dengan part yang dihighlightkan kat atas tu. Kadang-kadang kita tak sedar pun mungkin satu dua tingkahlaku atau cara kita membawa diri (tabarruj) ada mengundang orang laen tergoda selama ni. So kalau kes tak sedar nih camne ehh? Kita tak buat ape pun tetiba orang boleh tergoda, erkk.. Haa camne tu??huhu..

Oh sebut pasal majlis perkahwinan tadi, saya teringat akan satu video yang saya jumpa kat satu blog ni tentang majlis pembatalan air sembahyang. Sangaaaat sweet kot kelakar pon ade,heee.. Korang mesti tengok! Sila klik sini..

p/s : majlis perkahwinan 2 orang sepupu (lagi!) tak dapat saya hadiri minggu ni, kuciwaa....

No comments: