pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Friday, April 22, 2011

Layakkah anda digelar kawan?

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, dah masuk hari ke 6 saya berada di rumah. Sangat seronok rasa macam cuti sem pulak,erkk! Eh tak, jangan risau. Saya tetap study even duduk dekat rumah,hee.. Ni pun baru lepas study sambil supper (cam breakfast pon ye) nasi lemak yang ayah bawa balik dari masjid. Oke saya tau memang tak patut makan makanan berat-berat sebelum tidur tapi memandangkan saya tak plan pun nak tidur malam ni so boleh la kan? (aiceh,poyo!)


Oke sudah, straight to the point. Tadi masa study kat bilik, saya terdengar atau dengan kata laen saya 'terpasang telinga' bila ayah n ibu dok tengok rancangan Semanis Kurma yang diacarakan oleh Ustazah Bahiyah n husband dia yang sweet tuu Ustaz Zawawi. Kali ni topik yang dibincangkan bertajuk "Kawan Makan Kawan" (kalau tak silap saya). 


Apa yang mula menarik perhatian telinga saya secara tiba-tiba adalah pabila mereka berkongsi tentang 5 sifat yang ada pada seseorang yang menyebabkan kita perlu menghindari mereka dari dijadikan kawan. Anda tahu siapa? Tak? So mari kita lihat siapakah mereka..


1. Orang yang suka berbohong kelak kita akan dibohonginya.
2. Orang yang jahil.
3. Orang yang bakhil a.k.a kedekuuut.
4. Orang yang pengecut.
5. Orang yang sombong.


Maaf penerangannya tak berapa clear sebab saya dengar dari dalam bilik aje. Ada tak para pembaca blog ni yang tengok rancangan ni? Boleh la kongsi dengan semua. Sila-sila :) Sebaliknya yang di cadangkan adalah carilah kawan yang jujur kerana tiadalah yang di gelar jujur itu melainkan mereka yang takut kepada Allah s.w.t.



(al-an'aam ayat 152)

Oh ada lagi, mereka share juga ciri-ciri orang yang tak layak digelar sebagai kawan. Antaranya 

1. Suka mendengki.
2. Tidak tahu menyimpan rahsia.
3. Menikam dari belakang.
4. Busuk hati.
5. Menganggap diri sendiri sempurna.
6. Suka mempergunakan.

Saya rasa yang ni tak perlu peneranganlah ya, sah-sah semua tau. Semoga kita semua dijauhkan dari 6 sifat ini (ameen~) sebab kita yang baca pun dah takmau ada kawan macam ni kan kan? Haa apetah lagi orang laen,hehe.. Sekarang dah ada guide, dah boleh nilai sendiri lah siapa kawan siapa lawan. Tak payah jauh-jauh, mula dengan menilai diri sendiri dulu oke. Pi kat cermin, tanya : aku ni kawan yang macam mana ek?? 

Hmm cukuplah sampai sini dulu, ada sesiapa nak tambah? Sangat dialu-alukan. Moga perkongsian kali ni ade lah manfaatnya, InsyaAllah...

Yang digelar sahabat itu, bila panas sama terasa bahangnya, bila hujan sama terasa tempiasnya dan bila kemarau sama terasa keringnya 

p/s : Kalau status kawan pun dah tak layak, camne nak upgrade jadi status sahabat. Ye tak?? ;)

No comments: