pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, April 20, 2011

Malu? Malu ke.

Bismillahirrahmanirrahim.


Sekadar pesanan pendek buat sahabat tersayang. 


Tak perlu kau hebahkan pada dunia yang dia kau punya. Andai itu sudah tersurat, pasti akhirnya akan bersatu juga. Tak perlu kau tunjuk apa aset yang kau ada sebab itu semua aurat belaka..


Perbualan dengan seorang rakan beberapa minggu lalu tiba-tiba mengingatkan saya tentang sesuatu. Rakan ni meluahkan sedikit rasa tidak puas hati atas tindak tanduk rakannya yang menggunakan facebook sebagai medium meluahkan kasih sayang (makin menjadi-jadi). Satu dunia kot tengok, kalau baca boleh meremang bulu roma nih. Geli pon ade, kata dia. Yang upload gambar tak berapa seronok di pandang mata tu lagi satu cerita. Benda ni dah boleh fikir sendiri lah kot. Kesian kat makbapak ja tak tahu apa yang anak-anak dia buat kat facebook tu. Benda-benda camni lah buat saya tak suka ada facebook, kata dia lagi..... 


(dialog memang ada touch up sket bagi lebih dramatik,hee..)


(hadith al-bukhari)


Teringat pulak status Ustaz Zaharuddin kat facebook suatu masa dulu,

 " Iman mampu membuatkan seseorang teragak-agak, berdebar apabila ingin melakukan dosa dan ENGGAN perbuatan itu diketahui orang lain. Itulah yg dinyatakan oleh Nabi sa.w dalam hadis sohih. Kehilangan dua unsur tadi dari pelaku dosa membuktikan IMAN HAMPIR KONTANG. Sedih melihat hari ini ramai yang mengiklankan dosanya, tentunya dia tak teragak-agak ketika melakukannya juga. "

Ada sesiapa terasa ka?huhu.. Maaf bukan saya yang kata, dia dan Ustaz Zaharuddin yang kata.. Post ni bukan sukehati buat nak sakethati orang laen, ni pun mengingatkan diri sendiri juga yang masih banyak kekurangan. Sangat! :') So apa yang saya nak pesan kali ni, sebarang perkongsian di laman sosial haruslah anda tapis dan fikir 10kali sebelum post. Takut teriklankan dosa aje. Lebih baek mencegah sebelum terlewat kan. Terima kasih buat rakan tadi yang mengingatkan saya sentiasa >.<

Seorang sahabat takkan biar sahabatnya melakukan kesalahan tanpa teguran. Sebab tu saya tegur, sebab saya pun perlukan teguran dari semua andai tersilap langkah.. Seriously saya taip post ni takde nak kaitkan sesiapa, umum oke sebab tu tulis kat blog, teguran secara indirectly. Kawan-kawan ka, sedara-mara ka, bloggers ka. Ditujukan buat semua golongan masyarakat la pendek cerita.. Oh ya, jangan ada yang buruk sangka, Allah tak suka..

Peace no war!


2 comments:

YAYA said...

wow. suka baca entry ni :)

qila~ said...

thanks yaya :) peringatan bersama ni..