Pernah terfikir tak yang hubungan persahabatan tu macam makanan? Kenapa saya cakap macam tu, sebabnya dalam hubungan persahabatan ni kita boleh rasa mcam-macam.
Sama macam makanan, ada rasa pahit, manis, masam, dan masin. Erk masih tak faham?
Oke kita ambil contoh durian. Tak semua orang suka makan durian sebab baunya. Habis tu bagi mereka yang suka makan durian tak kisah ke dengan baunya yang semerbak harum tu? Lebih-lebih lagi bila sendawa, kadang-kadang memalukan betul bila ada yang tegur. Hmm tentulah tidak, sebab bau yang sekejap tu apelah sangat jika nak dibandingkan dengan nikmatnya setelah dapat merasai keenakan durian tu. Betul tak?
Sekarang kita aplikasikan contoh tadi dalam sesebuah hubungan persahabatan. Setiap orang perlukan teman, perlukan kawan. Anggap kawan kita ni jadi durian tadi. Walaupun dia berbau (memalukan) kadang-kadang, tapi kita tetap suka nak kawan dengan dia. Sebab apa? Sebab nikmat berkawan, keseronokan berkawan dengan dia mengatasi segala keburukan dia. Sehinggalah satu hari si kawan tadi telah melukakan hati kita, lama betul ambil masa nak sembuh. Memaafkan dia mungkin sudah, tapi nak melupakan itu memang payah. Dan hanya disebabkan perkara itu kita terus ambil keputusan untuk melepaskan kawan itu pergi dan kita kesunyian lagi.
Sekarang aplikasikan semula situasi di atas dengan durian. Nak makan durian, kenalah kopek kulitnya dulu baru boleh jumpa isi. Korang pun tahukan ciri-ciri fizikal buah durian macamana, berduri! Ya pandai. Jadi mungkin ada masa jari kita akan terluka sebab terkena duri durian masa nak kopek tu lalu berdarah. Sebelum-sebelum ni lukanya tak la dalam mana tapi entah macamana satu hari ni terkena, dalam sungguh lukanya sampai perlu dijahit sehingga meninggalkan parut. Sakit sudah lama sembuh tapi parut masih kekal membuatkan kita asyik teringatkan kejadian itu lalu mengambil keputusan untuk tidak mahu makan durian buat selama-lamanya. Hanya disebabkan satu kejadian, (satu!) kita memilih untuk tidak akan makan durian lagi dan sekadar menjadi saksi kepada mereka-mereka yang menikmatinya.
Apa yang kita dapat? Tak dapat apa, sebaliknya mungkin kita yang rugi. Dalam sesebuah hubungan persahabatan, tipu! saya ulang sekali lagi tipu kalau tidak pernah dilanda badai (masalah). Pasti akan berkocak walaupun sedikit. Hati kita selalu terusik. Kadang-kadang kita rasa kita dah buat yang terbaek tapi mengapa ini balasannya. Dimana salah kita pada dia. Kita cari kita tak jumpa. Memang betullah tu. Bila sendiri yang buat silap, kita memang tak nampak. Memang jarang nampak sebab kita rasa apa yang kita buat tu macam tak salah, tapi hakikatnya, rupa-rupanya ia mengguris perasaan kawan kita. Kita lupa nak tanya, sebab kita rasa takde apa. Itulah yang menjadi masalah. Kita rasa kita betul tapi mereka tahu kita salah, kita tahu mereka salah tapi mereka anggap mereka betul. Lumrah! Itu lumrah kehidupan wahai kawan :)
Hidup ini terlalu singkat untuk kita terus menyendiri, untuk kita terus menyalahi dan menuding jari. Terlalu singkat. Bila diduga olehNya mula kita kecewa tanpa kita sedar yang Allah s.w.t datangkan dugaan tu sebab kita pernah terleka. Allah takkan beri ujian pada hambaNya sekadar suka-suka, sebaliknya dalam pahit itu ada manisnya. Itu pasti. Kita renungkan semula, kita kaji, sama-sama perbaiki diri. Ya saya tahu kita semua tak sempurna tapi point utamanya adakah kita berusaha untuk menuju ke arah kesempurnaan? Teruskan perbaiki diri, ada? Atau sekadar cakap ya aku tak tak sempurna, aku tak sempurna. Buka mata lihat apa yang ada bukan buka mata dan lihat apa yang kita nak lihat saja. Lihat apa yang ada. Buka hati belajar menerima, bukan dikunci dan biar hati terus mati..
Bila mula bertanya pada diri apa silap kita, mulakan dengan silap kita pada siapa. Jangan sibuk tanya silap pada kawan-kawan atau ibu ayah. Tapi mulakan pada Allah s.w.t dahulu. Ya saya pasti kita semua ada :')
memberi penghargaan buat diri bersama housemate setelah selesai menjawab test >.<
p/s : menunggu mereka pulang dengan sabar. kali ni coconut shake pula,heee....
No comments:
Post a Comment