Akhirnya selesai juga kelas yang terakhir untuk semester 6 kali ini, Alhamdulillah. Walaupun bakal berjumpa untuk test sabtu nanti dan di dewan peperiksaan seminggu lagi, rasa rindu sudah mula bertamu sedikit demi sedikit. Itupun kerana bakal berpisah untuk beberapa bulan bagi menjalani latihan praktikal di tempat masing-masing. Melihat satu demi satu gambar yang diambil bersama sudah mula menerbitkan rasa sebak. Jauh rupanya sudah perjalanan saya bersama mereka :')
Terimbas kembali di minda saya akan kata-kata seorang rakan sekelas pada awal semester ini dalam sesi suaikenal bersama pensyarah bilamana diminta oleh pensyarah itu untuk menceritakan apa yang si rakan tadi tahu tentang saya. Nak tahu dia jawab apa?
" Err kitorang (merujuk kepada rakan-rakannya sekali) tak berapa tahu sangat pasal dia (saya) sebab dia pendiam jaa " Terkejut? Yes of course! Dah 5 sem kita sekelas boleh tak tahu apa-apa pasal saya melainkan saya seorang yang pendiam? Apekah.. Kemudian turn saya pula kena cerita pasal diri rakan tadi. Emm aaa err entah saya pun tak kenal sangat dia. Eh eh itu bermakna kami seri la,hehehe.. Fine! Teruk betul perangai. Tapi harus dimaafkan sebab kami berbeza gender oke so tak perlu laaa kenal sangat. Lagipun saya memang low profile kot? Ke tak? Tak mau jawab, abaikan..
Sesungguhnya yang disebut-sebut sebagai kenangan itu sangat indah, kan >.<
andai ditanya tentang apa harta yang saya ada di Melaka, saya akan jawab : mereka ♥
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu..
No comments:
Post a Comment