sebelum korang fikir yang bukan2,ingin saya jelas kan disini bahawa entry kali ini adalah semata-mata untuk memperingati kelas koko-kekeluargaan islam yang bakal habis hari ini...buat paie,yus,zaimah,sikin,mar n laen2,tau la kelas ni enjoy,korang jangan sedih k,hehe..
so,sementara tunggu kelas tue,singgah la sini jap,nak share sket antara yg saya pelajari dalam kelas koko tue..
bese dengar hadis ni kn~
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
"Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara : kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia"
itu pemilihan jodoh bagi wanita..macamana pula dengan lelaki..??
"Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti"
(Riwayat Abu Hurairah)
hakikatnya,nak jumpa jodoh macam ciri2 kat atas ni bukan senang..nak memilih sangat pun tak boleh,coz sebelum tengok orang lain,baik kita cermin diri kita dulu..
ni lagi 1 hadis nak dikongsi bersama~
surah an-Nur ayat 26... Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"
hadis kat atas ni jelas menerangkan mengenai betapa pentingnya sekufu dalam pemilihan jodoh..kalau nak jodoh yang baik2,diri sendiri kena la baik..tapi ada gak yang bertanya,diri dia dah baik,tapi dapat jugak pasangan yang tak berapa nak baik...macamana tue?? hmmm..kalo kes yang macam tue,bagi saya tue tandanya Allah nak menguji,sejauh mana diri tue mampu menghadapi ujianNya..kalau la dia berjaya menjadikan pasangannya seorang yang baik,kan lagi bagus ^_^
ni plak saya jumpe masa jln2 kat blog orang..so nak kongsi gak la dengan korang..ni semua dari buku tau,tak payah la bergantung sangat dengan benda ni,juz bagi panduan n suke2 jer..
~ 10 ciri lelaki idaman ~
1. ROMANTIK
Ini adalah ciri yang paling utama dicari oleh setiap gadis kerana lelaki yang mempunyai sifat ini mampu membuatkan gadis-gadis di dunia dilayan ibarat permaisuri.
2. BIJAK BERGAYA
Menjaga penampilan itu adalah satu kewajipan agar sejuk mata memandang.
3. SUKA PADA KANAK-KANAK
Lelaki yang suka pada kanak-kanak biasanya bersikap penyayang dan berjiwa lembut..[bukan panas baran]
4. BIJAK
Kebijaksanaan itu adalah penting untuk memimpin sebuah keluarga.
5. MEMILIKI ELEMEN LUCU@KELAKAR PADA KEADAAN
Mampu membuat pasangannya ketawa biarpun ketika berduka.
6. PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Kepercayaan pada diri akan mendorong seseorang itu sentiasa berusaha untuk memajukan diri.
7. BERPANDANGAN JAUH
Tidak hanya duduk ditakuk yang sama dan berani untuk menyahut cabaran yang baru.
8. BEKERJAYA STABIL
Satu hal yang wajib dipenuhi kerana tanpa kerjaya yang stabil, hidup sukar untuk diurus apatah lagi untuk berkongsi hidup dengan orang lain.
9. BERIMAN
Agar dapat membimbing ke arah kebaikan.
10. SOPAN
Menghormati orang tua dan tahu adab-adab yang harus dijaga.
hmmm..teringat plak kat pesan ayah mase tengah berborak dengan yo pasal pelakon2 yg ensem kat tv tue..ayah cakap,ensem je nak watpe,yang penting HATI... ambek~~ kan da kene,malu dibuatnye..[pnjam ayat yo jap..] =P
ape yang nak di kate kn disini,angah setuju tue ayah,hehe..
k la,smpai sini je dulu...nk pesan lebih2 pun diri ni belum cukup sempurna (".)
**6.30pm~ berita terkini,ustazah kate tetibe ade lg 2 kelas koko,arahan HEP..wah,mst korang da tak sedih kn,hehe..adoii,nak kene tuka tajuk ke ni, [ kls terakhir tp tak jadi,hehe..] tak yah la ekk (",)v
3 comments:
klu list ciri lelaki idaman 2 disusun ikut hierarki... sori to say i'm not so agree..just an opinion k...=)))
mmg x ikot ssunan pn 2 pka...nme pn copy paste,hehe..
yg pnting num 9 tue ^_^
yep stuju... tp to b honest suma penting jgk actually...hee... 1 j g yg may b i da only 1 kot yg nk ciri 2... family man...=)
Post a Comment