assalamualaikum w.b.t
arini genap 18 syawal..cepat betul masa berlalu kan..bagi mereka yang masih bersuka ria menyambut hari raya,sibuk menghadiri rumah terbuka dan sebagainya,sudahkah anda melaksanakan puasa enam di bulan Syawal..??
” Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun ”
( Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah )
besar ganjaran yang telah Allah janjikan kan ^_^
banyak hikmah yang diperoleh apabila kita melaksanakan puasa enam..paling dekat kita boleh lihat dari sudut kesihatan diri sendiri..Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan..Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya..Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani kita sendiri..
ada pelbagai pendapat mengenai puasa enam di bulan Syawal ini..antaranya :
~ Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal..Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dahulu..
~ Pendapat kedua ialah jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan di sisi Allah..
~ Sesetengah ulama berpendapat bahawa puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal sahaja..Bagi puasa qada,ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadhan berikutnya..
kesimpulannya,terpulanglah pada diri masing2 bagaimana cara untuk melaksanakan puasa enam,adakah melaksanakannya bersama2 dengan puasa qada ataupun melakukannya secara berasingan..memanglah ianya puasa sunat semata2,tapi bukan kah lebih indah hidup ini jika kita serikan pula dengan amalan2 sunat...
" setiap amalan anak cucu Adam adalah miliknya kecuali puasa,ia adalah milikKu dan Aku lah yang memberi ganjarannya dengannya "
( Hadith Qudsi )
jadi,kepada yang telah berjaya melaksanakan puasa enam,tahniah diucapkan..kepada yang belum,tak perlu tangguh2 lagi,masih belum terlambat untuk melaksanakannya,ayuh..!!
** sama2 lah kita berdoa semoga diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang,amin..
2 comments:
huhu...mmg kejam perasaan lapo tuh..aku dh 2 hari..heheh.. :) 4 days left.. :P
name pn pose time raye,bese la 2,heheh..owh,tniah2..troskn k ^_^
Post a Comment