Bismillahirrahmanirrahim.
memilih topik ini sebagai penutup tirai penulisan saya bagi tahun 2010 bukanlah suatu yang dirancang. ditambah pula topik yang diminta pandangannya dari saya bukanlah suatu topik yang asing bagi kita, saya pasti. takut bosan pula, harap tidak la ye.
jawapan bagi persoalannya pula, sudah terang lagi bersuluh yang mana jawapannya adalah TIDAK ADA. tidak ada istilah couple yang dibenarkan dalam Islam. yang dibenarkan adalah bernikah. tapi confuse juga siapa anonymous ni sebab macam mana dia nak tahu saya dah jawab soalan dia? kalau memang blogger juga kenapa tak tinggalkan saje link. err kalau anda terbaca post ni, sila la bagitau anda siapa ya, terima kasih.
saya memberi pendapat berdasarkan pengalaman oke. em tak dapat nak dielakkan, sebab rasa cinta tu fitrah manusia. sejauh mana kita mampu mengawal rasa cinta, itu lebih penting. si dia bukanlah segala-galanya. kalau sudah berjanji untuk setia, tiada apa yang perlu dirisaukan. sejauh mana pun kita, bila tiba masa akan bersatu juga. tak perlu melebih-lebih. buat mereka yang sudah punya pilihan hati, ini nasihat saya :
1. ingat janji Allah, kalau dah jodoh takkan ke mana.
2. elakkan berjumpa dengan kerap. setahun sekali, cukup.
3. anda patut berterima kasih padanya andai si dia jarang mesej sebab itu dapat mengelakkan dari 24/7 teringat kat dia. tambahan : tak perlu sampai misscalled berpuluh kali buat si dia bangun dari tidur semata-mata untuk balas mesej anda.
4. ditujukan khas buat kaum hawa : elakkan berbual di telefon dengan nada lemah lembut, gemalai yang bisa mencairkan hati lelaki. bila cakap dengan mak boleh pula jerit-jerit kan. adoila.. takyah 'gayut' selalu la abes cerita.
5. jangan berkongsi password! perlu ada privacy, bukan semua perkara mesti dikongsi. sharing is not always caring, kan kan? haa..
6. tak perlu nak laporkan setiap pergerakan anda, meminta izin apetah lagi kan. ingat, si dia bukan suami pon.
7. gambar. sangat penting, tak pelik kot di sepanjang perkenalan tiada gambar bersama. gambar anda pon, cukup bagi bakal mak mertua tengok dah la. tak perlu banyak-banyak.
8. khas buat kaum adam : kumpul duit sebab bila hati sudah berkenan, bole datang rumah hantar rombongan.
9. menuntut ilmu kekeluargaan. berkahwin bukan semata-mata untuk menghalalkan yang haram, ingat tu!
10. percepatkan ke peringkat seterusnya seperti bertunang sebagai tanda janji itu telah terpatri, seterusnya bernikah :)
mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya. bukan niat untuk mengalakkan sesiapa bercinta, tidak sama sekali. ini adalah pesanan buat mereka yang bagi saya sudah berjumpa dengan calon yang sangat sesuai. sebab tu saya nasihatkan supaya berusaha untuk percepatkan segalanya. kalau niat dah baek nak bina masjid, InsyaAllah Allah permurahkan rezeki.
Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bermaksud :
" Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu "
kepada anda yang single kalau belum bersedia nak pikul tanggungjawab membina sebuah keluarga, sekadar nak maen-maen, isi masa lapang, jangan nak bercinta kerana ini hanya menyusahkan diri, si dia dan keluarga. tak baek le..
yang penting kena percaya bahawa jodoh kita Allah dah pun tetapkan. elakkan dari melakukan perkara yang sia-sia. kadang-kadang walau macam mana kita berusaha pertahankan hubungan pun, rupanya jodoh kita bukan dia. ha kan buang masa. sebab tu biasa-biasa sudaa. beri masing-masing kebebasan selagi tiada ikatan yang sah.
" Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang "
(Ar-Rum 21)
ada sesiapa nak tambah? sangat digalakkan, sebab ini sekadar pandangan biasa dari saya. tak nak dikatakan tahu memberi alasan saje. niat berkongsi sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan mengingatkan yang laen juga agar tidak terleka.
..ye, suda punya pilihan...
p/s: agak-agak kalo nasihat bunyik macam peliik, jangan ikot.