pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Friday, December 10, 2010

gagal lagi? bangkit lagi!

Bismillahirrahmanirrahim.


ingin berkongsi satu cerita. buat sahabat semua, mari kita baca kisah ini dan mula muhasabah diri.


Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. 

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa-apa”

ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak mengganjarkanNya syurga, maka Aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Allahuakhbar  T_T 
setiap apa yang berlaku, Dia pasti ada tujuan dan jawapanNya kan.


ingatlah sahabat, Allah uji tanda sayang. tanda kita sentiasa di bawah pemerhatianNya. maka bersyukurlah :)

jangan sesekali mempertikaikan qada' dan qadarnya dan sentiasalah bersangka baik dengan Allah kerana Dia menguji setakat yang mampu di tanggung hambaNya. jangan berkata yang kita sudah beriman sedangkan kita masih belum di uji.

gagal SEKARANG tak bermakna gagal NANTI

senyumlah sahabat dan berkata, aku dah berusaha dan dengan usaha aku serta keizinan dariNya, inilah yang aku dapat. walaupun tak seperti yang aku harapkan tapi aku tahu aku dah berusaha yang terbaek. bukan bermakna aku gagal tapi ia cuma suatu kejayaan yang tertangguh, alhamdulillah. pasti ada hikmah :)

mungkin juga kita ada silap di mana-mana yang menjadi penghalang kejayaan. muhasabah. muhasabah. jangan kecewa, kelemahan kita mungkin di situ tapi insyaAllah kelebihan kita mungkin di tempat laen. maka, berhenti mengeluh dan terus pandang ke hadapan. semangat semangat! Allah sentiasa ada untuk kita 


p/s : jangan kalah pada masalah.

7 comments:

phateen89 said...

betul 2 qila...aq setuju...aq rasa ada hikmah aq xdpt pe yg aq hrpkn wlaupun aq da berusaha betul2...

sinarcahaya said...

betul 2 qila... msti ada hikmah disebaliknye. sabar eh awk,,, kite pun dh rsa pkara nie sblm nie...
ini hnye ujian. jgn putus asa eh...

Anonymous said...

Subhanallah. besar nya ujian Allah. doakan saya tabah qila :')

qila~ said...

fatin : yang penting,bersyukur :)

ain : jgn risau, qila sentiasa dan semakin tabah, insyaAllah.. thanks ain :)

anon : wlau siapa pun kmu, saya doakan smoga kmu trus mju, cekalkn hati. ingat,Allah sentiasa ada untuk kita dan stiap ujian dariNya hanya untuk menguji kita. bukankah matlamat kita adalah redhaNya dan syurga. manis dtg setelah pahit sayang :))

HaMiZah said...

thanx sebab post kisah ni.sangat menarik.

nak mintak izin tuk share gak kisah ni boleh?

qila~ said...

wlcome :)) oh sila2..tak perlu mtk izin..smoga b'mnfaat pd yg laen juge..

yusrianna said...

cik qila.nak pinjam!:)