pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, December 1, 2010

lagi tag lagi

Assalamualaikum semua.

kena tag lagik! eh eh cik besah, suka benau mu tag aku ye. takpe-takpe demi persahabatan kita, aku buat yep. suka-suki ja ni, takde kaitan antara hidup orang laen melaenkan hidup saya semata-mata. ada masa datang la Melaka lagi bes, mu belanja aku abc deh  ;)

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
benda eh.. emm losyen! (siapa kenal qila, tau la sebabnye)

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
sundae strawberry mc'd  ;)

3. Di mana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
macam takde flow ja soalan-soalan nih. em semestinya kat muo ni,hee.. tema? perlu ke ade tema bagai. tak fikir lagi, simple suda. janji sweet..

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
bercinta tu luas maknanya. (eh macam tak menjawab soalan)
bercinta dengan Allah, family contohnya, kan.. oleh itu, 
yep! saya sedang bercinta  ;)

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
ala tengok soalan pon da tau mesti akan ada 'jawapan standard' 
(erk tak menjawab soalan lagi ka?) selama-lamanya. insyaAllah..

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
selalu ka? itu persoalannya. (eh kena jawab ke kena kasik soalan nih?)

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
buku : langit ilahi 1&2. dah bertunang pon hilal asyraf ni. (eh? tetibe!)

8. Apakah nama penuh korang?
siapa tahu sila tinggalkan jawapan di ruang komen, terima kasih  :)

9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
masa kekecik dengan ayah. yep, memang 'anak ayah' tapi dah besar ni mesra dengan ibu lebih la. tak sume perkara boleh share dengan ayah. kann.. 
tapi tapi tapi rasa cam mesra dengan dua-dua. (oke, soalan ni mencabar!)

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
orang tu pon mesti lah hidup lagi kan. em oke da jumpa, beliau adalah Shah Rukh Khan (jangan gelak! suka dia sejak zaman kuch kuch hota hai lagi) ha kan da kate jangan gelak!!! 

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
mestilah, dengan bantuan makcik mesin basuh. kan makcik kan??

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
kalau tempat yang tak betul-betul nak pergi ade ka? camne tu,haih.. eh jawapannya : buat masa sekarang la, saya nak pergi broga hill (teringin sangat)

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
nak pilih dua-dua jugak. selalu ja buat dekat ibu ayah  

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
kawan dari terengganu saya yang pertama! kenal kat matrik sebab suka lepak bilik dia dan dia ada ramai anak buah menyebabkan saya sedikit jeles di situ  ;p

15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
1) jam tangan
2) gelang kayu
3) encik nokia
4) cik acer
5) mr. yintai
berbeza ya soalan ni dengan soalan 1st tadi. ni 'sayang' tadi 'penting'. kan kan?

16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar
1) make me strong (latest)
2) awaken
3) inshaAllah 
4) nobody versi korea (macam comel kot)
5) hampa hatiku (coz jadi fon alarm)

17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
23/9/89. tahun lepas tak silap raya ke 3. sambut kat atas sofa ja sebab dah takde tempat laen nak tido,full. oh masa ni di kampung. sume dah penat baru balik beraya, so sambut sorang-sorang jela. eh tak. sambut dengan mereka yang wish besday saya kat fon..

18. 5 orang blogger yang korang nk tag :
sape-sape nak buat, sila kan la.. lebih-lebih lagi pada mereka yang saya selalu tag tu (korang tau korang sape,haha..) tiada paksaan.. cik yus, jawab le,hehe..


agak-agak tak menjawab soalan jangan pertikaikan. saya punya jawapan, saya punya suka la. kalau tak suka awak jawab la sendiri. yela, awak. awak yang tengah baca ni (eh ape yang saya merepek lagi nih) sila abaikan,hee.. saya jawab tag ni sambil makan kerepek pedas tadi. ha nampak tak kaitannya disitu? merepek lagi.

oke, selamat makan kerepek kawan-kawan (",)v

1 comment:

useriyana said...

ehhh ade name cik yus je kat tag tu.haha..
tggu masa lapang ye qila.bakal dijwb.hehe..