pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Tuesday, December 21, 2010

aku mahu ikhlas.

Assalamualaikum w.b.t.


Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain.


itulah kata-kata yang jika dihayati mengundang makna yang begitu besar kepada diri kita. di mana kita? adakah mata kita masih melihat kejahatan orang lain? adakah telinga kita masih suka mendengar cerita-cerita buruk tentang orang lain? dan mulut kita masih gemar menuturkan kejahatan orang lain? 


jika semua ini masih wujud dalam diri, usahlah anggap anda sudah cukup melakukan kebaikan!


jika anda melakukan kebaikan sekalipun, usahlah merasa anda hebat dan mendambakan sanjungan kerana ia hanya akan mengundang rasa riak. jika ibadat anda melebihi orang lain, usah berbangga dengan diri kerana ia mengundang ujub, sukar dikesan dan dirawat.


bukan mudah untuk ikhlas. makin dicari makin misteri. lakukanlah semua perkara kerana Allah. itu yang dinamakan IKHLAS.


tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya yang berjudul Di Mana Dia Di Hatiku? agak terkesan pada diri saya. pada anda juga kah? 


em mari bertanya pada diri, sudah cukup ikhlas kah aku? bagaimana untuk mengetahui yang kita sudah cukup ikhlas atau tidak? tak penting bagi saya untuk kita mengetahui sama ada kita sudah cukup ikhlas atau tidak, kerana Dia Maha Mengetahui.


kadang-kadang bila memuji, ada yang bertanya kembali, " eh ikhlas ka puji ni? "
nak menjawab ya saya ikhlas, balasannya " eleh, ni mesti ada apa-apa " ha, tak percaya pula.


situasi begini pasti pernah berlaku bukan? bila nak mengaku yang kita betul-betul ikhlas macam tak layak sebab yang tahu hanyalah Allah s.w.t. em balasan saya biasanya, " tak nak percaya sudah " :)



berbalik semula pada kenyataan di atas tadi bahawa orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang laen, siapa setuju? yep, saya sangat setuju! bagi saya bila kita sibuk mencari kesalahan orang laen, hakikatnya kita sekadar hendak bersaing untuk menunjukkan siapa yang terbaik, bukan begitu? sekali lagi, di mana letaknya ikhlas kita?


ingatlah pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya :


Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang "


dan ingat, janganlah pula kita menjaja kebaikan yang telah kita lakukan semata-mata untuk bermegah diri ataupun untuk mendapatkan penghormatan dari pihak laen. ingatlah, kebaikan yang dijaja ceritanya tiada nilai di sisi Allah. belajarlah untuk ikhlas. mari muhasabah diri.


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 
" Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api "

anda fikir anda ikhlas? tanyalah pada hati dan anda akan temui 

2 comments:

Sumaiyyah said...

Terima kasih. Very thought provoking. Inilah di antara keseronokan yang saya dapat bila baca entri di blog-blog seperti ini.

Berbalik kepada topik, memang betul, saya juga setuju - orang yang sibuk berbuat baik tidak akan nampak kejahatan orang. Cuma mungkin kalau nampak kemungkaran yang jelas dan nyata, kita tak boleh buat-buat tak nampak. Kalau ada daya, tegur atau lakukan sesuatu untuk mengubahnya. Selemah-lemah iman ialah menegur dengan hati, bukan?

Tapi jika orang berbuat baik, jangan pula kita bersangka buruk. Panjang pula leteran saya. Tapi buat pengetahuan Cik Qila, saya memang tulis komen bila saya tersentuh dengan penulisan, bukan sekadar tinggal jejak, hehe.

Keep writing, sis. Best baca... :)

qila~ said...

sama-sama :)

sbb itu bila btul2 hyati mksd ayt tu,tgk kjhtn org dri sdut +ve dgn niat utk bntu m'prbaiki,bkn utk m'hebah2kannya. betul tak?

yep,slalulah b'sgka baik,insyaAllah.

i will kak ngah. thnks singgah n komen :)