" Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan) ; dan jangan pula wanita-wanita (memperolok-olokkan) wanita lain, boleh jadi wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada wanita (yang memperolok-olokkan) "
(al-Hujurat : 11)
1. jika anda duduk di dalam apa jua pertemuan, mohonlah pertolongan dari Allah s.w.t agar lidah anda tidak tergelincir dari memperkatakan sesuatu yang buruk tentang seseorang dan mohonlah perlindungan dariNya supaya hati anda dilindungi daripada godaan syaitan laknatullah.
2. minta rakan-rakan untuk berjanji bahawa dalam perbualan nanti tidak akan ada mengumpat sesiapa pun. tapi bila ada di antara mereka yang tergelincir lidahnya untuk mengumpat, minta dia berhenti bercakap. jika dia tak mahu juga menghentikan ceritanya, maka tidak ada jalan laen kecuali meninggalkan sesi perbualan tersebut.
3. setiap kali anda mengumpat atau mengata yang buruk tentang seseorang, bayangkan anda sedang memakan daging orang yang anda umpat itu mentah-mentah. errk! mesti anda jijik bila mulut dipenuhi dengan daging mentah dan masih berdarah. kan?? mudah-mudahan cara ini dapat membantutkan cerita (umpatan) anda itu.
4. mohonlah kepada Allah dalam doa setiap kali anda selesai solat supaya Dia memelihara lisan kita dari setiap ucapan yang tidak diredhai Nya.
5. biasakan diri untuk berkata-kata dalam kadar yang sedikit melainkan anda ingin bercerita hal yang baik, yang mendamaikan orang yang bersengketa atau ucapan nasihat yang diredhai Allah bila kita melakukannya.
sumber : buku pesanan penting untuk wanita | jangan terpedaya
situasi no.2 selalu terjadi dan saya lebih suka menyedarkan pihak yang seronok mengata tu secara berseloroh. " eh eh ni dah kira mengumpat ni " ha saya selalu cakap macam tu ja sambil gelak-gelak. tapi kalau pihak tu tak berhenti juga sebab tak faham yang dia telah di perli, saya memilih untuk sekadar menjadi pendengar sahaja. aha! terserlah silap saya di situ,huhu..
oke, lepas ni kita dah tahu la apa yang patut kita buat kan ;) pendek kata, elakkan dari bercakap yang sia-sia. insyaAllah dapat elakkan diri dari terjerumus dalam aktiviti mengumpat ni. banyakkan berkata-kata perkara yang baek lagi berfaedah yep. ape kata, jadikan ia sebagai azam tahun baru?
setakat ni alhamdulillah tak pernah dapat cerita saya di umpat sesiapa. ( nama pun mengumpat kan, mana nak tau,hee..) ni saya nak pesan, kalau ada yang berniat tu, ghenti kan aje le. tak payah la nak mengata saya sebab daging saya tak sedap mana pun. dah lah tak berkhasiat (spesies tak makan sayur) haha.. oke, gurau ;p
" Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya "
(al-Hujurat : 12)
sehubungan dengan masalah mengumpat (ghibah) ini ulama ada membahaskan bahawa cara bertaubat bagi orang yang telah mengumpat, si pelaku hendaklah bertekad untuk tidak mengulangi perbuatannya dan harus meminta maaf kepada orang yang diumpatnya. tetapi ulama lain mengatakan bahawa tidak di syaratkan meminta maaf kerana sesungguhnya bila di beritahu hal itu kepadanya, mungkin dia merasa lebih sakit hati.
sebagai penyelesaian, si pelaku ghibah hendaklah memuji di tempat yang sama sewaktu dia mengumpat. kemudian, hendaklah dia membela orang yang telah diumpatnya bersungguh-sungguh, agar pembelaannya menjadi tebusan dari umpatan yang dilakukannya. wallahualam.
semoga perkongsian kali ni memberi banyak manfaat buat semua ♥
pesanan buat sahabat : tegur saya kalau anda rasa lidah saya hampir nak tergelincir oke.
p/s : apelagi cara untuk jauhkan diri dari mengumpat. cadangan anda?
p/s lagi : nak balas kunjungan/blogwalking buat masa ni tak bole sebab line problem (sangat!) nanti da oke, saya singgah blog korang ye,insyaAllah.. terima kasih kerana membaca :))
No comments:
Post a Comment