pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Friday, December 31, 2010

jawapan kepada persoalan : bercouple dalam Islam.

Bismillahirrahmanirrahim.


memilih topik ini sebagai penutup tirai penulisan saya bagi tahun 2010 bukanlah suatu yang dirancang. ditambah pula topik yang diminta pandangannya dari saya bukanlah suatu topik yang asing bagi kita, saya pasti. takut bosan pula, harap tidak la ye.

jawapan bagi persoalannya pula, sudah terang lagi bersuluh yang mana jawapannya adalah TIDAK ADA. tidak ada istilah couple yang dibenarkan dalam Islam. yang dibenarkan adalah bernikah. tapi confuse juga siapa anonymous ni sebab macam mana dia nak tahu saya dah jawab soalan dia? kalau memang blogger juga kenapa tak tinggalkan saje link. err kalau anda terbaca post ni, sila la bagitau anda siapa ya, terima kasih.

saya memberi pendapat berdasarkan pengalaman oke. em tak dapat nak dielakkan, sebab rasa cinta tu fitrah manusia. sejauh mana kita mampu mengawal rasa cinta, itu lebih penting. si dia bukanlah segala-galanya. kalau sudah berjanji untuk setia, tiada apa yang perlu dirisaukan. sejauh mana pun kita, bila tiba masa akan bersatu juga. tak perlu melebih-lebih. buat mereka yang sudah punya pilihan hati, ini nasihat saya :

1. ingat janji Allah, kalau dah jodoh takkan ke mana.
2. elakkan berjumpa dengan kerap. setahun sekali, cukup. 
3. anda patut berterima kasih padanya andai si dia jarang mesej sebab itu dapat mengelakkan dari 24/7 teringat kat dia. tambahan : tak perlu sampai misscalled berpuluh kali buat si dia bangun dari tidur semata-mata untuk balas mesej anda.
4. ditujukan khas buat kaum hawa : elakkan berbual di telefon dengan nada lemah lembut, gemalai yang bisa mencairkan hati lelaki. bila cakap dengan mak boleh pula jerit-jerit kan. adoila.. takyah 'gayut' selalu la abes cerita.
5. jangan berkongsi password! perlu ada privacy, bukan semua perkara mesti dikongsi. sharing is not always caring, kan kan? haa..
6. tak perlu nak laporkan setiap pergerakan anda, meminta izin apetah lagi kan. ingat, si dia bukan suami pon.
7. gambar. sangat penting, tak pelik kot di sepanjang perkenalan tiada gambar bersama. gambar anda pon, cukup bagi bakal mak mertua tengok dah la. tak perlu banyak-banyak.
8. khas buat kaum adam : kumpul duit sebab bila hati sudah berkenan, bole datang rumah hantar rombongan. 
9. menuntut ilmu kekeluargaan. berkahwin bukan semata-mata untuk menghalalkan yang haram, ingat tu!
10. percepatkan ke peringkat seterusnya seperti bertunang sebagai tanda janji itu telah terpatri, seterusnya bernikah :)

mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya. bukan niat untuk mengalakkan sesiapa bercinta, tidak sama sekali. ini adalah pesanan buat mereka yang bagi saya sudah berjumpa dengan calon yang sangat sesuai. sebab tu saya nasihatkan supaya berusaha untuk percepatkan segalanya. kalau niat dah baek nak bina masjid, InsyaAllah Allah permurahkan rezeki. 

Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bermaksud :
 " Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu " 

kepada anda yang single kalau belum bersedia nak pikul tanggungjawab membina sebuah keluarga, sekadar nak maen-maen, isi masa lapang,  jangan nak bercinta kerana ini hanya menyusahkan diri, si dia dan keluarga. tak baek le..


yang penting kena percaya bahawa jodoh kita Allah dah pun tetapkan. elakkan dari melakukan perkara yang sia-sia. kadang-kadang walau macam mana kita berusaha pertahankan hubungan pun, rupanya jodoh kita bukan dia. ha kan buang masa. sebab tu biasa-biasa sudaa. beri masing-masing kebebasan selagi tiada ikatan yang sah. 

" Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang "
(Ar-Rum 21) 

ada sesiapa nak tambah? sangat digalakkan, sebab ini sekadar pandangan biasa dari saya. tak nak dikatakan tahu memberi alasan saje. niat berkongsi sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan mengingatkan yang laen juga agar tidak terleka.

..ye, suda punya pilihan...


p/s: agak-agak kalo nasihat bunyik macam peliik, jangan ikot. 


Thursday, December 30, 2010

ahad.isnin.selasa.rabu

Assalamualaikum w.b.t


Bismillahirrahmanirrahim. digalakkan makan kerepek pedas ka roti jagung ka makan biskut cecah teh O panas ka sambil baca post kali ni sebab sangat laa panjang cerita saya. cerita suka hati katekan. 


em kepulangan ke Muar terpaksa di tundakan, insyaAllah bertolak awal pagi esok. manusia merancang tapi Allah yang tentukan. ikutkan hati memang nak sangat balik hari ni. dah 5 hari kot kat KL. banyak perkara yang saya belajar, banyak perkara yang saya fikirkan. kesimpulannya tinggal di ibukota memang tidak ada langsung dalam perancangan masa depan saya. ye! tinggal di ibukota, bukan saya. saya tak sesuwai ;)


antara peristiwa menarik sepanjang minggu.


Ahad. bertolak selepas Zuhur dari Muar menuju ke rumah saudara di Cheras bersama makcik dan adik, ibu ayah tak ikot. perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa 2 jam menjadi berjam-jam kesan daripada perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Indonesia yang bakal berlangsung malam tu. sesak di tol menghala ke Stadium Sukan Bukit Jalil. melihat pelbagai aksi dari para penyokong Harimau Malaya di jalan raya membuat saya terleka. yang berkereta memasang bendera Malaysia di tingkap, yang sekadar menaiki motorsikal mengibarkan bendera Malaysia di sepanjang perjalanan. (tak lenguh ka tangan?) bersemangat sungguh. nyata hujan dan kesesakan lalu lintas bukan penghalang dan kehadiran mereka di stadium bukanlah suatu yang sia-sia. 3-0 tuu *senyum bangga*


aksi penunggang motorsikal yang dirakam afiq

Isnin. ke karnival upin&ipin di Shah Alam Convention Centre buat saya rasa saya sudah tua. (eh memang pun kan?) dikelilingi adik-adik comeeel sangat menyeronokkan. ingatkan tak ramai pengunjung memandangkan hari itu hari Isnin tapi tak pon. sangatlah ramai orang. macam-macam ada. sapa kuat makan coklat macam saya, memang tak rugi datang. sangat banyak kiosk menjual coklat. yang penting buatan Malaysia. *senyum bangga lagi* 

" ipin takde rambut la angah, ingat tu " kata yo.

ceh, saya selalu confuse mana satu upin mana satu ipin. kalau dapat anak kembar nanti confirm serabut. (apekah?!) masa ni ada sesi bergambar dengan maskot upin&ipin tapi kena beli kupon bergambar. tak berbaloi sebab tak dapat soft copy, maka saya dengan yakin pon curik la gambar si ipin masa dia lalu depan mata. kebetulan, asalnya saya berdiri kat kerusi putih tu tapi nampak ja benda alah ni besar semacam terus lari ke tepi,haha.. satu ja nak cakap, char kuey teow kat sacc tak best ;p

Selasa. pergi IKEA. rambang mata kot. kalau saya dah berduit suatu hari nanti, nak hias rumah sendiri dengan barang kat sini jela. macam berangan kan tapi itulah dipanggil perancangan. (wah!) duit macam air yang mengalir ja kat sini,haih. nasib la bukan duit saya, semekin katakan.

dapat 1 set confirm time cuti sem pon saya akan study bersungguh.
(oke tak baek tipu)

malamnya. 1st time jejak kaki kat istana budaya. tengok teater muzikal Siti di Alam Fantasi. sebelum pergi better anda baca etika berpakaian kat web dorang. takut tak boleh masuk. macam kerek kan tapi apa bole buat. peraturan tetap peraturan. segan mulanya nak pergi, yela kanak-kanak sesuai la tengok teater ni. buat si tua macam saya baek tengok Natrah ka, Tun Mahathir ka (erk?) tapi habis ja persembahan, asyik la menyanyi lagu-lagu dari cerita tu,haha.. " dia cantik, aku cantik. dia kaya, aku kaya " perghh terserlah 'keribenaan' saya di situ kan. yang tak di sangka-sangka bole pulak satu panggung dengan vc uitm, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. *lagi laaa tersenyum bangga* Dato' pon layan Siti di Alam Fantasi, comeeel kot :)

lebah yang sangat sangat comel! geram ja tengok~

patutnya kena off phone masa masuk panggung tapi biasa la orang keras kepala macam saya mana nak dengar kata. silent sudaa. kan kan? ni pon curik-curik amek gambar lepas tamat persembahan. berbaloi la bayar duit tiket tengok persembahan dorang ni. dah besar makcik tak mau belanja, camnii la kan. padahal memang segan pon dah tua-tua ni nak orang belanja lagi. tapi bab makan, makcik belanja la. serious cakap, datang KL ni saya sangat banyak makan. tak sabar nak balik rumah timbang berat badan,hee..

Rabu. siangnya p shopping kat jalan TAR. teman kazen beli barang bertunang. peniiing cari barang. baru bertunang kot. pegang ini tak mau, pegang itu tak mau. jangan mahal sangat. macham-macham. adeh, memang sangat menguji kesabaran la kan,hehe.. nasib dia belanja lunch. yang penting dapat sambar 2 helai tudung bawal n 1 kemeja. puas hati sangat :) 

malamnya tak laen tak bukan duduk tercongok depan tv tengok game malaysia lawan indonesia sambil makan keropok lekor. setiap kali bola berjaya di selamatkan oleh encik golie, excited tepuk tangan macam budak kecik tengok magik,haha.. bising-bising lupa diri sedang berada di rumah orang. buruk perangai haih. walaupun gamenya tak sebest macam kat Malaysia aritu, tetap rasa bangga dengan dorang, bukan senang kot. mental n fizikal mesti mau kuat. yang penting jangan bila menang ja di puji, bila kalah pula dikeji. 

pendek kata sejak malaysia dapat p final ni, yang tak minat bola pon jadi minat bola. yang tak pernah cakap pasal bola pon dok bercerita pasal bola. perasan tak? kat mana-mana ja especially kat fb tu,hehe.. takpe, yang penting semangat! oke, esok akan update lagi insyaAllah. ada kazen laen nak belanja makan lak malam ni, seronok betul ada saudara mara ramai 

p/s : saje guna font keciik, sian korang sakit mata. eh ade ka yang bace? hoho..


Wednesday, December 29, 2010

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

Assalamualaikum w.b.t


minggu yang bz memandangkan minggu ni minggu terakhir cuti sem. makanya beberapa hari yang tinggal telah digunakan dengan membawa diri ke Kuala Lumpur bermula pada hari Ahad lalu, sampai la sekarang masa taip post nih, saya masih lagi di Key Elll (oke,over).


di pendekkan cerita, ni baru ada masa nak berlari-lari (tak nyempat nak berjalan dah) 
di blog yang biasa saya terjah sebab jadual sangat padat dengan aktiviti berjalan-jalan sambil mengemukkan badan,haha.. macam banyak benda nak bercerita dan di minta untuk bercerita kat sini.


tiba-tiba terperasan yang saya telah di tag oleh cik pika untuk join GA encik eqbal. 1st time kot join GA ni. laaa simple ja rupanya. takyah jawab soalan ke hape, so saya pon join la. selesai kan dulu benda ni. orang dah jemput, kena la buat leklok, thanks cik pika. peminat barang comeel ye kita  ;)



tapi tapi cerita yang lagi menariknya pagi tadi saya baru pergi IKEA ! (eh tetiba kan) 
ha tak tipu. nampak tak, macam ada jodoh di situ,hehe.. nak tahu apa kaitan saya pergi IKEA dengan jodoh saya bersama GA ni sila la tanpa ragu dan malu lagi klik pada gambar di atas ni oke. terima kasih.


ha amek bukti saya pergi IKEA dan biasa lah bila berjalan tak ambil gambar tu bukan cik qila namanya. amek pic ni pon sebab dah terjatuh cinta dengan bed sheet yang comeel ni. eeeh macam sesuai ja di padankan dengan hadiah utama GA tu kan kan, hehe..


lagi bukti. karipap IKEA, melampau tak?

erkk cukup lah tu. qila kalau bercerita tak bole yang pendek pendek ek. terserlah kelemahan di situ,hee.. padahal post ni special untuk join GA encik eqbal kot. yela.. 1st time join, jakun la sikit. (eceh!) so dengan ini secara rasminya saya join la GA ni ye encik eqbal.

tag lagi sorang blogger : cik yusrianna ibrahim. macam tak biasa kan  :)

Thursday, December 23, 2010

khabarkan pada angin

Bismillahirrahmanirrahim.


hidup disulami cabaran itu indah.
buat aku lebih kuat.
punya mereka yang sentiasa menemani.
buat aku tersenyum sendiri.
*bahagia*

pandang langit.
khabarkan pada angin yang aku sayang.
khabarkan pada angin yang aku bersyukur.
khabarkan pada angin yang aku akan terus tabah.

sampaikan wahai angin kepadaNya.
terima kasih Ya Allah atas segala yang Kau beri.
walau sekadar pinjaman
ini yang Kau bagi, pastikan ku hargai.

:)


Tuesday, December 21, 2010

aku mahu ikhlas.

Assalamualaikum w.b.t.


Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain.


itulah kata-kata yang jika dihayati mengundang makna yang begitu besar kepada diri kita. di mana kita? adakah mata kita masih melihat kejahatan orang lain? adakah telinga kita masih suka mendengar cerita-cerita buruk tentang orang lain? dan mulut kita masih gemar menuturkan kejahatan orang lain? 


jika semua ini masih wujud dalam diri, usahlah anggap anda sudah cukup melakukan kebaikan!


jika anda melakukan kebaikan sekalipun, usahlah merasa anda hebat dan mendambakan sanjungan kerana ia hanya akan mengundang rasa riak. jika ibadat anda melebihi orang lain, usah berbangga dengan diri kerana ia mengundang ujub, sukar dikesan dan dirawat.


bukan mudah untuk ikhlas. makin dicari makin misteri. lakukanlah semua perkara kerana Allah. itu yang dinamakan IKHLAS.


tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya yang berjudul Di Mana Dia Di Hatiku? agak terkesan pada diri saya. pada anda juga kah? 


em mari bertanya pada diri, sudah cukup ikhlas kah aku? bagaimana untuk mengetahui yang kita sudah cukup ikhlas atau tidak? tak penting bagi saya untuk kita mengetahui sama ada kita sudah cukup ikhlas atau tidak, kerana Dia Maha Mengetahui.


kadang-kadang bila memuji, ada yang bertanya kembali, " eh ikhlas ka puji ni? "
nak menjawab ya saya ikhlas, balasannya " eleh, ni mesti ada apa-apa " ha, tak percaya pula.


situasi begini pasti pernah berlaku bukan? bila nak mengaku yang kita betul-betul ikhlas macam tak layak sebab yang tahu hanyalah Allah s.w.t. em balasan saya biasanya, " tak nak percaya sudah " :)



berbalik semula pada kenyataan di atas tadi bahawa orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang laen, siapa setuju? yep, saya sangat setuju! bagi saya bila kita sibuk mencari kesalahan orang laen, hakikatnya kita sekadar hendak bersaing untuk menunjukkan siapa yang terbaik, bukan begitu? sekali lagi, di mana letaknya ikhlas kita?


ingatlah pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya :


Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang "


dan ingat, janganlah pula kita menjaja kebaikan yang telah kita lakukan semata-mata untuk bermegah diri ataupun untuk mendapatkan penghormatan dari pihak laen. ingatlah, kebaikan yang dijaja ceritanya tiada nilai di sisi Allah. belajarlah untuk ikhlas. mari muhasabah diri.


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 
" Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api "

anda fikir anda ikhlas? tanyalah pada hati dan anda akan temui 

Sunday, December 19, 2010

ahli baru keluarga kami.


Bismillahirrahmanirrahim.


Allah sentiasa menggantikan dengan sesuatu yang lebih baek apabila
 Dia mengambil sesuatu yang laen itu pergi.


kan kan? :)

 

bismut dalam kenangan.

 mood : merindui :')


demath hadir sebagai pengganti.

lebih hiper dan nakal daripada bismut si pemalu.


ahli keluarga kami paliiiiiing latest!

masih malu-malu arnab ;p


demath pujuk tanpa nama (TN) makan.

alolololo sangat sweeet, maybe TN merindui kampung halaman
ataupun kekasih hati yang terpaksa di tinggalkan. errk~ :)



sambil menjeling manja.

akhirnya TN mau makan juga, BERJAYA..!



sangat comeeel.....!

mata bulat kecil bulat kecil bulat la besar~
wawawawa, saaangat suka. suuuka sangat..!!

Allah ambil bismut pergi, Dia gantikan dengan si hiper dan si comeel.
terima kasih Ya Allah :'')
aturanMu begitu indah 

TN = tanpa nama sebab baru beli petang tadi,hee..
so sesiapa ada cadangan nama apa yang best nak bagi kat TN?
tinggalkan di ruangan komen oke, thanks!

Friday, December 17, 2010

jangan ngumpat la geng.

Bismillahirrahmanirrahim.


" Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan) ; dan jangan pula wanita-wanita (memperolok-olokkan) wanita lain, boleh jadi wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada wanita (yang memperolok-olokkan) " 
(al-Hujurat : 11)

cara untuk menjauhkan diri dari mengata dan mengumpat


1. jika anda duduk di dalam apa jua pertemuan, mohonlah pertolongan dari Allah s.w.t agar lidah anda tidak tergelincir dari memperkatakan sesuatu yang buruk tentang seseorang dan mohonlah perlindungan dariNya supaya hati anda dilindungi daripada godaan syaitan laknatullah.


2. minta rakan-rakan untuk berjanji bahawa dalam perbualan nanti tidak akan ada mengumpat sesiapa pun. tapi bila ada di antara mereka yang tergelincir lidahnya untuk mengumpat, minta dia berhenti bercakap. jika dia tak mahu juga menghentikan ceritanya, maka tidak ada jalan laen kecuali meninggalkan sesi perbualan tersebut.


3. setiap kali anda mengumpat atau mengata yang buruk tentang seseorang, bayangkan anda sedang memakan daging orang yang anda umpat itu mentah-mentah. errk! mesti anda jijik bila mulut dipenuhi dengan daging mentah dan masih berdarah. kan?? mudah-mudahan cara ini dapat membantutkan cerita (umpatan) anda itu.


4. mohonlah kepada Allah dalam doa setiap kali anda selesai solat supaya Dia memelihara lisan kita dari setiap ucapan yang tidak diredhai Nya. 


5. biasakan diri untuk berkata-kata dalam kadar yang sedikit melainkan anda ingin bercerita hal yang baik, yang mendamaikan orang yang bersengketa atau ucapan nasihat yang diredhai Allah bila kita melakukannya.


sumber : buku pesanan penting untuk wanita | jangan terpedaya



kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita sedang mengumpat. saya pun selalu rasa saya kuat bergosip ja,hehe.. bercakap perkara yang sia-sia bila dah tak tahu nak buat apa,haih. saya pasti anda pun sama, kan kan? itulah silap kita sebab bergosip ni kadang-kadang boleh terrrmasuk dalam kategori mengumpat jugak. lebih-lebih lagi bila keluar cerita buruk pasal seseorang. yela, syok sangat bergosip, sampai tak sedar diri. walaupun sekadar tadah telinga jadi pendengar, kita dah di kira bersubahat,huhu..


situasi no.2 selalu terjadi dan saya lebih suka menyedarkan pihak yang seronok mengata tu secara berseloroh. " eh eh ni dah kira mengumpat ni " ha saya selalu cakap macam tu ja sambil gelak-gelak. tapi kalau pihak tu tak berhenti juga sebab tak faham yang dia telah di perli, saya memilih untuk sekadar menjadi pendengar sahaja. aha! terserlah silap saya di situ,huhu..


oke, lepas ni kita dah tahu la apa yang patut kita buat kan ;) pendek kata, elakkan dari bercakap yang sia-sia. insyaAllah dapat elakkan diri dari terjerumus dalam aktiviti mengumpat ni. banyakkan berkata-kata perkara yang baek lagi berfaedah yep. ape kata, jadikan ia sebagai azam tahun baru? 


setakat ni alhamdulillah tak pernah dapat cerita saya di umpat sesiapa. ( nama pun mengumpat kan, mana nak tau,hee..) ni saya nak pesan, kalau ada yang berniat tu, ghenti kan aje le. tak payah la nak mengata saya sebab daging saya tak sedap mana pun. dah lah tak berkhasiat (spesies tak makan sayur) haha.. oke, gurau ;p


" Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya "
(al-Hujurat : 12)

sehubungan dengan masalah mengumpat (ghibah) ini ulama ada membahaskan bahawa cara bertaubat bagi orang yang telah mengumpat, si pelaku hendaklah bertekad untuk tidak mengulangi perbuatannya dan harus meminta maaf kepada orang yang diumpatnya. tetapi ulama lain mengatakan bahawa tidak di syaratkan meminta maaf kerana sesungguhnya bila di beritahu hal itu kepadanya, mungkin dia merasa lebih sakit hati.

sebagai penyelesaian, si pelaku ghibah hendaklah memuji di tempat yang sama sewaktu dia mengumpat. kemudian, hendaklah dia membela orang yang telah diumpatnya bersungguh-sungguh, agar pembelaannya menjadi tebusan dari umpatan yang dilakukannya. wallahualam.

semoga perkongsian kali ni memberi banyak manfaat buat semua 

pesanan buat sahabat : tegur saya kalau anda rasa lidah saya hampir nak tergelincir oke.

p/s : apelagi cara untuk jauhkan diri dari mengumpat. cadangan anda?
p/s lagi : nak balas kunjungan/blogwalking buat masa ni tak bole sebab line problem (sangat!) nanti da oke, saya singgah blog korang ye,insyaAllah.. terima kasih kerana membaca :))


Wednesday, December 15, 2010

cover your aurat campaign | show your support!

                              


        
Assalamualaikum w.b.t

kali ni curi masa sikit untuk sertai satu kempen yang di anjurkan oleh thepotpetking. tak kenal pun dia ni sapa tapi disebabkan tersinggah kat blog dia dan terbaca pula tentang kempen yang di anjurkannya, hati saya terdetik, apa salahnya join. mungkin ini salah satu cara menunjukkan kita peka pada masalah semasa dan tahu tanggungjawab kita sebagai seorang muslim terhadapnya. maka, mari sama-sama kita sampaikan walau satu ayat :)

cover your aurat campaign

sertainya disini : 

nak bercakap tentang aurat, sampai bila-bila pun tak habis. sampai di padang mahsyar pun nanti kita masih di tanya tentang aurat, saya pasti. lagi pun benda yang sama kot kita dok ulang. nak komen panjang-panjang pun orang tak suka baca, malas katanya. tapi kalau pasal gosip laju ja kan korang baca. (saje bagi terasa sebab saya nak korang baca jugak! haha..) takpun mesti ada yang kata "ala aku dah tahu la, tak payah la nak membebel" 

aha! kalau dah tahu kenapa tak tutup? ini di tujukan buat semua ya, tak kira kaum adam mahupun hawa. lebih-lebih lagi di tujukan buat kaum hawa la, dan juga peringatan buat diri saya sendiri sebab tuntutan menutup aurat buat kita para muslimah Allah bagi special. kalau berjaya ikut seperti yang disuruhNya, insyaAllah ganjarannya ialah syurga. nak rambut cantik, pakai tudung. nak kaki cantik, pakai stoking. tapi tutup bukan 'janji tutup' ja ye. ada syarat-syaratnya. 

perlu ka di beritahu lagi apa syaratnya? rasa tak perlu kot sebab masing-masing dah besar panjang. dah akil baligh, boleh fikir punya lah. belajar sampai universiti takkan tak tau aurat dari tang mana sampai tang mana. takkan tak tau cara tutup yang betul-betul tutup kan. nanti esok-esok anak ang dok tanya surah apa dalam al-Quran yang dok cerita pasal aurat, sebab apa dia kena tutup aurat, apa buktinya, ang nak jawab apa?

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


 [Surah An-Nur, Ayat 31]

setakat dok tunjuk dan bacakan surah ni bole la, tapi bila depa kata : oh faham dah, tapi awat mummy tak tutup aurat pon? ha masa tu ang nak bagi alasan apa lagi. daripada malu di kemudian hari, baek malu dari sekarang. bukan malu kat orang ja tapi malu kat Allah yang penting. kita mula sikit-sikit. dari yang tak pakai tudung dah mula bertudung. dari pakai seluar pendek atas lutut dok sebok sepak bola atas padang, apa salahnya pakai seluar panjang. ha, macam mana? jom :)

tutup aurat tu ibarat gula-gula. bila gula-gula tu berbungkus cantik ja semua orang tau mesti dalamnya tu bersih, makan pun selamat. tapi bila jumpa gula-gula yang dah terbuka sampulnya, mesti kita fikir gula-gula tu dah tercemar, dah kena gigit dek semut, kena hurung dengan lalat lagi, eee tak memasal kena taun kan? huhu..

makanya marilah jadi seperti gula-gula yang terbungkus rapi. jangan jadi gula-gula yang berbungkus tapi semut masih boleh masuk pula ye ;p

untuk penerangan yang lebih jelas dan lagi best boleh di baca disini : 

nak doa untuk elak di cabul dan di rogol? ha boleh amalkan sama-sama. disini : 

post kali ni saya cuba untuk tidak tulis se skema mungkin sebab tak ramai yang rajin baca kalau ayat skema memanjang. ada orang tak bole terima kot. then kena tag 3 orang untuk sebarkan kempen ni. buat la kalau ada masa ye. show your support :) saya pilih mereka sebab pendapat mereka juga pasti hebat-hebat belaka :


yang laen kalau nak join, sangat dialu-alukan. jangan baca kemudian buat tak tahu saja, malu. walaupun tiada paksaan untuk sertai kempen ni tapi kan bagus kalau anda luang kan sedikit masa untuk menyertainya. yang baek kita sebarkan 

p/s : selamat berkempen = berdakwah  ;)
p/s lagi : tahniah kepada pihak penganjur, semoga kempen ini mendapat keberkatan dan rahmat dariNya.


Monday, December 13, 2010

malu? biarlah bertempat.

Di sebuah kampung tinggal seorang pemuda yang diberitahu di sebuah kawasan lapang yang tanahnya gersang, tertanam harta karun yang dalamnya 6 kaki. lalu dia mula menggali dan di sepanjang masa itu ada saja penduduk kampung yang lalu sekadar memerhatikan apa yang di lakukan sambil mentertawakannya. 


sehinggalah selesai 5 kaki dia menggali, datang seorang budak menegur, " kerja bodoh dan sia-sia apekah yang kau lakukan ini? mana mungkin tertanam harta karun di tanah yang gersang ini " sambil ketawa berdekah-dekah lalu berlalu pergi meninggalkan si pemuda yang sekadar menundukkan mukanya dari tadi. 


akibat malu dengan teguran budak kecil itu tadi, pemuda tersebut pun berhenti dari menggali lalu meninggalkan saja tempat itu. datang seorang pemuda lain menyambung pekerjaan pemuda tadi dengan menggali 1 kaki lagi. akhirnya, dia bertemu dengan harta karun dan harta itu akhirnya menjadi miliknya.


Bismillahirrahmanirrahim.


saya mulakan post kali ini dengan satu kisah teladan yang mungkin anda pernah dengar atau terbaca tentangnya. oh saya mengetahuinya daripada satu drama yang saya tonton Sabtu lalu. sebenarnya saya pernah menonton drama tu tak silap semasa di tingkatan 5 dan drama itu sedikit sebanyak membantu saya untuk bangkit semula selepas gagal banyak kali dalam ujian untuk kertas Matematik Tambahan, 5 tahun lalu dan hasilnya alhamdulillah dengan izin Allah :) 


so apa pengajaran yang kita dapat dari kisah pemuda di atas? simple ja, jangan malu tak bertempat. jika anda yakin dengan apa yang anda percaya dan apa yang anda tahu, mengapa perlu memikirkan kata-kata orang. bila kita terlalu sibuk untuk berasa 'malu' dan 'berputus asa' kejayaan pasti semakin menjauhi kita. ya, drama itu memang keluar semula tepat pada masanya. ia mengingatkan saya supaya jangan berputus asa.


kisah 3 orang sahabat yang mengharungi pahit getir dalam mengejar cita-cita untuk menjadi pelajar undang-undang yang berjaya sangat menyentuh hati saya. semoga saya dan sahabat semua terus kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar seperti mereka yang sekarang telah pun berjaya mencapai cita-cita masing-masing. (drama itu adalah berdasarkan kisah benar) insyaAllah.


ujian di alam pekerjaan nanti dan pada masa akan datang sudah pasti lebih hebat. maka bersyukurlah kerana kita sudah mula di beri ujian dari sekarang. mungkin Allah menguji agar kita terbiasa dengan segala ujian dariNya nanti, bersangka baik lah. Allah sentiasa ada untuk kita  sekarang kata-kata hikmah dari drama tersebut akan terus saya pegang sampai bila-bila iaitu 


don't give an inch until 
the final buzzer sounds!

p/s : sekarang bukan masa untuk malu tak bertempat, kan?
p/s lagi : terima kasih buat sayangss ku sekalian yang ada di saat saya memerlukan. kamu semua sangat baik lagi comeel  ;)