pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, January 3, 2010

tiada gantinya~

masih lagi berada dirumah..rase berat mau tinggalkan family,ntah mengapa,huhu..ayah n ibu baru sampai dari jb slps m'hntar along pulang..terbias di wajah mereka keletihan walaupn sentiasa d'hiasi dengan senyuman..rase sedih..terharu..kerana slps ini mereka perlu menghantarku pula ke melaka..

mungkin ada yg mengata kami ank2 yg mengada2,tak leh b'dikari naek bas ke apa..tapi tue la ibu n ayah aku..mereka tak pernah tanya mau balik naik apa,inikan pula menyuruh kami sendiri menaiki bas..aku suka balik umah,tapi kalau tiba2 ada perkara yg menghalang aku utk balik,pd hjung mggu itu sudah pasti mereka datang melawatku..alhamdulillah jarak muar dan melaka dekat :) 

masa menyambut mereka pulang tadi,aku ada tawarkan diri utk memandu mlm ini..mereka hanya t'snyum..itu mknenye x pyah la tue..hmm,rasa bersalah pula..aku tau bagi ayah n ibu,anak2 tidak prnah mnyusahkan mereka..sgt2 bersyukur memiliki ayah n ibu seperti mereka..pastinya aku sgt merindui mereka slps ini..

sem ni,suda janji pada diri yg aku akn mengurangkan aktvti blik rumah..owhh,harap aku berjaya..ini semua utk m'bls jasa mereka yg suda t'lalu bnyak b'korban utk aku (T_T) aku mau berjaya...!!!! insyaAllah..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang… 

“Ya ALLAH…
Rendahkanlah suaraku bagi mereka…
Perindahlah ucapanku di depan mereka…
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…

Ya ALLAH…
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku…
dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku…
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku…

Ya ALLAH…
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-MU ya ALLAH…
hanya ENGKAULAH
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda…

Ya ALLAH…
Bila magfirah-MU telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka
memberi syafa’at untukku….
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-MU
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-MU,
ampunan-MU serta rahmat-MU…
Sesungguhnya ENGKAUlah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
ENGKAUlah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih…

Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…”

‘Abd Allah ibn ‘Amr r.a menerangkan bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata :

“ Sesungguhnya aku datang untuk memberi janji taat setia (bai‘ah) kepada engkau untuk berhijrah, akan tetapi aku meninggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan menangis ” Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, 
“ Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis "



No comments: