haippp..lepas subuh tak elok tido,hehe..ingat tak dulu saya pernah bagitau matlamat saya sepanjang musim exam nie,saya takkan tido lepas subuh? nampaknya setakat nie semua berjalan lancar..bak kata pepatah,alah bisa tegal biasa,alhamdulillah :)) moga lepas nie terus istiqamah untuk masa2 akn datang,amin..
so nak isi masa lapang lepas subuh tue antaranya saya jalan2 kat fesbuk..pagi nie sangat banyak input yang saya dapat so saya kongsi kat fesbuk..antaranya KTMB ada wat satu koc komuter khas untuk wanita untuk laluan sentul ke pelabuhan klang..tapi tak wajib pun wanita duduk dalam tue,ikot suka msing2 la..alahai,sah2 benda baek,kalo wanita2 nie tak tau nak guna,tak tau la kan,huhu..lebih suka berhimpit2 dengan lelaki kot..bak komen sahabat saya,bagus la takde wuduk batal..dan sahabat yang komen ini bukan wanita,tetapi lelaki ya,lelaki..baek budaknye,hehe.. :))) *kalo ko baca blog aku,ko tau ko sape,hoho..*
next,saya baca pasal solat dan 5 jenis manusia..insyaAllah saya akan kongsikan tentangnya dalam post akan datang sebab apa yang saya nak sentuh sikit arini sebenarnya ialah saya terjumpa satu page yang membe fesbuk 'like' iaitu tak semestinya aku free hair aku jahat..hah..??? page camni pon ade ek..saya bukan nak kondem page tue tapi macam agak menggalakkan orang perempuan free hair pulak,huhu..yang 'like' tue plak sekali lagi bukan wanita,tetapi lelaki..ok fine, mamat nie sangat kontra dengan sahabat saya tadi..patotnya dia tegur,bukan sokong..lelaki dayus sungguh! *emosi jap,tak layak wat husband dia nie,heh..*
bila saya tak sokong,bukan bermakna saya cakap yang free hair tue jahat..aishhh,tak de niat langsung..saya tahu ramai yang baek hati..kadang2 ada yang lebih baek dari yang bertudung.. betol! so kan lagi comeyy bila orang tengok korang sweet je bertudung, pastu baek hati pulak tue..haaaa,kan..? bila sebut tentang rambut,orang selalu cakap rambut tue mahkota wanita..bila mahkota,perlu la tunjuk kan..emm kan lebih elok kalau tunjuk pada suami atau pada yang selayak2nya tengok sahaja..tue kan lebih bermakna :)))
bagi saya la kan,nama pun mahkota,kena la simpan baek2 patotnya..takot orang pegang2 nanti rosak..tak gitu? fikir kan lah wahai wanita sekalian..ada sebab Allah mewajibkan kita menutup aurat..kena ingat jugak,kalau nak bertudung bukan niat untuk berfesyen atau ikut2an..niat dah salah..sebab tue bila musim bertudung dah abes,tudung pun dah tak melekat kat kepala,huhu..pulak tue sekarang nie banyak fesyen tudung yang ada..apa yang penting kena pandai buat pilihan..jangan nak nampak lawa je ye,hehe..cubalah berubah sikit2.. percayalah cakap saya, korang nampak lebih cantik bila bertudung, Allah pun suka ♥
Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)