pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Sunday, April 18, 2010

tak habis2 dengan biz~

“ Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu,kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu..Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, Jika masih jauh dekatkanlah.. Berkat waktu duhaMu, keagungan,keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ”

~amiin~

salam..selamat pagi semua..kalo korang baca post nie waktu petang,nasib la..masa aku taip nie,pukul 7:12 a.m..maka, sobahul khair :)))) okeh,doa yang di atas ni adalah doa lepas solat sunat dhuha..hayati maksudnya,indah sangat2 kan.. segala2 yang indah itu milik Allah..subhanallah~

sebab apa aku mulakan post kali nie dengan doa nie..? sebab nak sentuh sikit cerita pasal punca rezeki :)))

b4 tue aku nak share dengan korang,semalam on d'way nak balik rumah sewa,ada la sorang nyonya nie tegur, tanya mau keja tak..eh macam tau2 je aku memang nak keja time cuti nanti,hehe..so setelah berlaku sedikit perbincangan, akhirnya dia cakap kalau mau keja carik je dia kat the store sebelah umah nie..1 jam bayarannya rm3.50..emm,nanti i fkir2 kan la auntie ye..bajet nyonya tue baca blog nih,haha..

actually aku mau mintak keja kat kdai buku..rasa2nya sume membe rapat tau cita2 aku satu hari nanti mau bukak kedai buku sendiri kan,insyaAllah..sebab tue dari sekarang kena kumpul duit..tue yang aku penah cuba wat macam2 biz secara kecil2an..sampai kan ada yang bertanya, eh biz baru ka..? apa cerita biz lama..? hehe..aku tak kesah pun orang nak kata aku nie hangat2 tahi ayam ke apa..baru buat biz sket da tak jalan..buat yang laen pulak..

bagi aku tue la namanya berani mengambil risiko..dah kata nak jadi bizwoman yang berjaya satu hari nanti kan..mestilah kena kumpul sebanyak yang boleh pengalaman..satu je yang aku pegang dalam biz nie..hadis nabi yang bermaksud : " 9/1o dari pintu rezeki adalah dari perniagaan.. " :)))) 

walaupun tak la aktif mana aku b'biz, at least aku cuba..itu yang penting..gagal setelah mencuba lebih baik dari gagal terus untuk mencuba kan..tak kisah la apa orang nak kata,mulut manusia bukan boleh ditutup, ye tak..masa menguap pun lupa nak tutup,inikan pula masa mengata..heh..

Nabi Muhammad s.a.w pun pernah berniaga..masa tue la baginda bertemu jodoh dengan Siti Khadijah r.a.. eh eh tapi tak la bermaksud aku wat biz nie dengan tujuan untuk bertemu jodoh.. tapi untuk kelangsungan hidup.. ada jugak yang berkata, buat apa penat2 belajar accounting tapi akhirnya nak jadi bizwoman..? better jadi accountant, gaji pun meletupss :p

aku teringat kata sir ismail, buat apa duit banyak2..buat kita leka..kalo lelaki, duit banyak sket mula la nak tambah lagi satu..so baek biase2 je janji bahagia..kalo perempuan lak,ada duit lebih sket mula la nak b'shopping.. yep,aku setuju dengan kata2 sir.. tersengih2 aku n membe masa dengar dia cakap camtu,hehe..lagipun,aku percaya tugas sebagai seorang accountant n auditor nie banyak sangat cabarannya..sapa belajar ethics dengan sir ahmad daud tau la kan apa yang aku maksudkan :))

bila cakap tentang nak murah rezeki, jangan lupa bangun pagi2 n pastikan tak tido semula lepas solat subuh pun adalah salah satu caranya..walaupun yang tulis ni kadang p belasah tido semula,tapi tue la hakikatnya kan,hehe..so untuk study week kali nie aku da janji tak mau tido lepas subuh..tue yang aku kat sini..nak p joging tak jumpa tempat,kalo p lari pusing2 kat bawah nie confirm anjing2 pun join sekali..tak nak la camtu kan,huhu..pointnye, rezeki bukan sekadar berkaitan duit, tapi juga berkaitan kejayaan dlm pelajaran, dsb..so yokk bgun pagi2~~

selain dari tue,selalu mendoakan kesejahteraan ibu bapa pun boleh murahkan rezeki kita,insyaAllah..ingat lah pada hadith nabi yang berbunyi : " Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari.. "

oleh itu sahabat2 ku sekalian, jangan lupa rajin2 doakan ibu bapa kita ye..lagi satu rajin2 la wat solat sunat dhuha..cam post aku yang sebelum2 nie,aku penah bagitau hikmah solat dhuha kan..untuk murahkan rezeki.. kita dah berusaha,tunggu jela Allah nak bagi ke tak..apa yang penting usaha..! insyaAllah.. Dia kan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani :)))

okeh..cukup lah sampai sini dulu.. kesimpulan untuk post kali nie ialah berniaga itu suatu ibadah..seperti firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 75 yang bermaksud : " dan Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.. "

Sesunguhnye s'baik2 pekerjaan utk memperolehi pendapatan adalah pendapatan para peniaga, d'mane apabila b'cakap mereka akan b'cakap benar dan tidak b'dusta, apabila mereka d'beri amanah, mereka tidak akan mengkhianatinya, apabila berjanji mereka tidak memungkirinya, apabila mereka m'beli, mereka tidak m'cela ape yg d'beli oleh mereka itu, apabila mereka m'jual, mereka tidak akan m'muji2 b'lebih2an barang2 yg mereka jual tersebut.. Jika mereka d'suruh utk m'bayar hutang mereka, mereka takkan b'dalih2 dan apabila org yg b'hutang lambat m'bayar nya, mereka tidak akan menyempitkan si penghutang

p/s : ade orang pesan suruh beso kan tulisan kat blog nie..yela2,beso kan la nie,huuu~

p/s : incik blog arini panas badan,abes sume bckground x kua,sian dia..pnat gak aku godeh..so kalo mse korang baca post nie,bckgroundnye suda kua,2 tanda berkesan la air badak yang aku kasi kat dia tadi.. get well soon incik blog syg :)))))))

4 comments:

♥SYAFIQAH ♥ said...

kak qila kite baru je nak cte pasal kelebihan solat dhuha kat blog tau..skali akk da advanced dulue..btw,thanx for the info ya :)

qila~ said...

wlcome dik :)) xpe2,bleh tlg topup ape yg kurang yek..

Anonymous said...

adik bermnt buat bisnes ye?klu buat bisns tu,bsnes jual buku?suka jual buku jns yg mcm mna ya?buku akademik au apa2 shj?(^_^)
maaf byk tnya..apapun itu 1 niat yg murni..smg bjy dlm hdp dn mcpai sgl hsrt dn cita2..truskn menulis ya..

p/s klu da ada kdai buku tu kan kira senang sikit nk berunding,nnt blh la tempah buku byk sikit utk student pkck..sbb pljr sllu kata : "cikgu xada duit la..buku rujukan mahal sgt" lps tu ckgu dia akn jwb: " xapa2 korang bg nama dgn cikgu,cikgu p bli nnt blh dpt murah sikit try runding2 dgn pjual bukunya" stdnt : "ok ckgu"..(^_^)
situasi yg biasa berlaku..^^

qila~ said...

2 la,impian nk bukak kdai bku sndrik :) mcm2 bku la jnji buku..
thanks pkcik ats doa 2,moga t'cpai la cita2 ku..