pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)
Monday, May 31, 2010
biar gambar berkata-kata
Sunday, May 30, 2010
cerita kenduri kahwin
hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud: " Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya "
Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: " Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya "
2 kenduri yang saya hadiri ialah kenduri saudara saya sendiri. hari sabtu kami menjadi wakil pihak lelaki ke rumah pihak perempuan dan tadi pihak kami pula yang menerima kedatangan tetamu. oh ye,ini adalah perkahwinan yang kedua buat bapa saudara saya setelah dia kematian isteri tercinta setahun yang lalu.
ketika majlis akad nikah berlangsung,saya lihat dia menangis. anak-anak perempuannya juga begitu. sebak mungkin. teringat perbualan saya bersama sepupu beberapa bulan lepas, rindu dekat arwah mak,tapi kalau abah gembira,kita pun gembira kan.
ye,saya setuju. tak semua orang boleh menduda atau menjanda sehingga ke akhir hayat. ada yang perlukan teman dikala sunyi. so bila ada yang sudi jadi peneman,sekaligus buat si ayah tadi gembira,tak salah dia berkahwin buat kali kedua. kadang-kadang pelik juga bila fikir ada anak-anak yang tak suka ibu atau ayahnya kahwin baru setelah pemergian pasangan masing-masing. tapi bila suruh jaga ibu ayah, taknak. takut harta jatuh di tangan orang lain mungkin,hehe.
2 lagi majlis yang saya hadiri salah 1 darinya adalah kenduri anak kawan ayah, dan 1 lagi anak kawan makcik. masa ikut ayah semalam, ayah cakap, baguslah ikut ayah n ibu pegi kenduri ni at least orang tau ayah ada anak dara,tapi bukan lah niat nak promote anak,hehe. sempat je ayah melawak,haha.
selalu kalau dapat berita sedara mara nak bertunang atau berkahwin, saya suka bergurau dengan ayah. nanti masa kenduri angah kita guna daun pisang jela yah,jimat. takpun kita makan laksa,ha tak la tinggi sangat cost,haha. pastu ayah mesti melayan. a'ah,bagus la tu nanti kenduri angah kita buat. wah,bagus betol. memang sangat rendah bajet yang diperlukan ni kalo betol-betol jadi,hehe.
Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w : " Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing "
tapi dulu bila cakap camtu dengan membe, dorang cakap, taknak aku datang kenduri kau qila. tu bukan jimat,tapi kedekut namanya. eh,kedekut ke? kan tak elok membazir. daripada buat majlis besar-besar, baik duit tu guna buat beli rumah,kereta,bla bla bla. hahaha. saya selalu fikir macam tu. sape setuju dengan si pelik ini? (",)v
selamat pengantin baru buat semua pengantin baru :)
p/s : bila dah 4 kenduri dihadiri, nombor yang bakal ditunjukkan pada penimbang berat juga mungkin akan turut meningkat. yup,itu suda pasti,hehe.
Friday, May 28, 2010
besday adik saya.ke akak ;p
uish. dah 17 taon ekau ya,cepat nau membesa. dulu masa ibu bersalin,den ni la yang sibuk-sibuk dok tolong menggelabah sekali. dapat gak ekau merasa lahir kat klinik,tak macam den. tapi apa-apa pon den memang special dari ekau semua,hehe.
yang enjut buai ekau,sapo? den. yang joget-joget time ekau nangis,sapo? den. eh,ekau mano ingat semuo tu. ekau kecik lagi time tu,rambut pun tak bpo nak ado. apo laie? berterima kasih cepat. *den pon tak bpo ingat sbona eh,haha*
okeh. walaupun mokcik-mokcik kat sini sampai la kat kampung nun,even kat paso pun slalu confuse ekau yang akak ka den ni yang adik ka,ekau tetap adik den yang den sayangi slalu :) *ingat! rahsia awet mudo den,makan tempe bebanyak,hehe*
den doakan ekau berjaya untuk spm kali ni. den memang salute la tengok cara ekau study tu. semua gen kerajinan ibu n ayah dapat kat ekau agaknya,haha. den percaya,ekau boleh capai cita-cita ekau tu. moga jadi anak solehah, dapat berbakti kat ibu n ayah tu. moga dirahmati Allah slalu n maintain kan la kecomelan ekau tu jangan makan banyak-banyak pulok. *nanti gemuks,haha*
last sekali,wish penting ni. ingat pesan ayah, kalau nak imam mudo,jadi ustazah mudo dulu eh. *lariiikk*
awat senyuman afiq pelik ja tu,takpa lah yg penting ekau comey kan? ;p
p/s: ekau jangan marah dengan special post ni,ikhlas dari ati den tulih tau. kalau marah adiah takdak. *bajet den da bli kn ekau adiah je kan,adehh.* ibu,yok pi kedai rm2,lalala~
p/s : coti memang best! ekau semuo dok bz hias hantaran kat depan,den kat sini membebel pulak kn,haha..jap! den datang la ni :))
Thursday, May 27, 2010
melihatlah dengan hati
antara ramai-ramai yang menghadirkan diri untuk ujian, saya tertarik dengan seorang peserta yang kurang upaya iaitu cacat penglihatannya. tapi bila mendengar dia mengaji,subhanallah. lancar. siap hafal lagi. so kalau ada antara kita yang sudah besar panjang tapi bila bab mengaji merangkak-rangkak lagi,memang patut malu la dengan pemuda ni.
ayah saya pesan sebelum dia meninggal dunia, jangan dibedah mata saya ni. sekurang-kurangnya boleh elak melihat dosa. maksiat mata.
allahuakhbar! itu kata-kata pemuda buta tadi yang sempat dirakam jurukamera program. bertuah sungguh dia dilahirkan sedemikian. sebab tu setiap apa yang Allah jadikan, ada hikmahnya. kita lihat orang kurang upaya ni serba kekurangan,tapi sebenarnya Allah beri dia keistimewaan. Dia (Allah s.w.t) mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi (Surah Taha 20:7)
sebenarnya, dengan hatilah kita dapat 'melihat' dengan betul, melihat apa yang tak boleh dilihat oleh mata. kan? kita yang celik ni pun kadang-kadang salah guna nikmat yang Allah bagi, tak tahu nak bersyukur. bayangkan kalau bangun saja dari tidur, kita tak nampak apa-apa. lagi simple, bila takde bekalan elektrik waktu malam, berlanggar sana sini kita coz nak cari lilin. macam tu la hidup orang buta agaknya.
maka,bersyukurlah kita yang sempurna pancaindera ni :)
Tuesday, May 25, 2010
saya sakit apa? (episod 2)
dalam pukul 3 ibu balik, kitorang pun pegi la klinik. on d'way nak ke klinik tu saya tanya dengan ibu, nak cakap apa dengan doktor. badan pun dah tak panas lagi ni? *kan dah cakap demam saya pelik,datang sekejap-sekejap je* lepas tu saya bergurau, ntah-ntah kena buatan orang kot bu,pelik sangat gaya demam camni,tak penah-penah kena.
ibu terus tanya, ada sakitkan hati orang ke? ish,jangan. tak baik sakitkan hati orang. oh ibu,angah bergurau je pun,hehe. mintak-mintak takde la jadi camtu pada masa akan datang sekalipun. so lebih kurang 15min sampai la kitorang kat klinik. saya tengok lengang je,tak ramai orang. oh ye,antara sebab saya tak suka pegi klinik adalah disebabkan terpaksa menunggu.
ye,kali ni saya kena tunggu lagi. walaupun saya dan ibu tau dalam bilik doc tu takde pesakit. ish,ape jela yang doc tu buat? last-last tunggu bukan main lama, masuk dalam bilik doc tu tak sampai 5minit pun. haha. sabar jela kan. bila ibu bagitau yang dah 4 hari saya demam, terus doc tu nak bagi injection! wah, dah lama tak kena inject :p
padahal aritu ayah baru bercerita dengan kitorang, dalam 4 orang anak dia *masa baby dulu kan biasa memang kena inject* saya sorang je yang senyap bila di inject. along,yo n afiq masing-masing menangis. wah,tak sangka saya. dari kecik memang tabah rupanya,hehe. masa saya dok tersengih-sengih bangga tu,ayah pun cakap, tu pasal angah ni hati dia keras sikit. errk,ok itu kalau dipandang dari sudut -ve la. kan ayah?haha. *saya keras hati eh,keras cmne tu*
okeh,berbalik semula kat cerita tadi. lepas dah amek ubat,saya tengok la ubat apa je yang perlu dimakan. emm,eh? ada ubat selesema. saya tanya ibu bila masa pulak saya selesema? ibu cakap, biasalah tu, saja nak suruh orang bayar lebih. betol jugak. yang pasti saya takkan makan la ubat selesema tu,hehe. sampai la ni saya tak makan pun lagi ubat-ubat tu semua coz badan saya still sejuk n berpeluh. mungkin kesan dari injection tadi kot.
alhamdulillah,harap-harap esok n seterusnya badan saya dah tak panas lagi. setiap apa yang Allah jadikan tu, saya pasti ada hikmah disebaliknya. setiap ujian yang Dia berikan tu, ada sebabnya. kita dah berusaha,sekarang bertawakal sajalah. maafkan hambaMu ini Ya Allah andai aku selalu terleka.
kalo la buleh masok dalam bubbles tu n terbang dibawa angin ;p
p/s : macam drama la pule siap berepisod segala,hehe. yep,hidup ni memang macam drama. kita pelakonnya,dunia menjadi pentasnya,dan Allah sebagai pengarahnya (",)v
saya sakit apa?
tapi saya lalui hari-hari macam biasa. basuh baju,sidai baju. sarapan? makan kentang dengan air teh panas saja. takde selera kot. lepas tu saya jalan-jalan kat facebook. saya tanya kawan-kawan pasal demam ni, sekali yus sebut pasal demam denggi. denggi?? hari tu ada jugak rancangan kat tv dok bincang pasal denggi. tapi saya tak amek tau pon, walaupun masa tu saya sedang demam.
so tadi carik la pasal simptom-simptom demam denggi. terus meremang bulu roma saya coz antaranya ialah demam berterusan, kurang selera makan dan sengal-sengal sendi. tapi setakat tu je yang sama. mungkinkah saya kena demam denggi? jalan-jalan lagi di facebook, saya terbaca status yang di post oleh iluvislam.com iaitu
"Allah menghidupkan kamu dan mematikan dan menghidupkannya kembali, kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan. (Al-Baqarah, 28)
sangat kebetulan! okeh, saya sangat-sangat risau ni. saya akan pegi klinik hari ni jugak. sekarang dok tunggu ibu balik. doakan saya baik-baik saja ye :)
sekadar gambar hiasan : comey kot
p/s : cepatlah pulang wahai ibu.
Friday, May 21, 2010
calon-calonnya~
salam, post kali ni santai sket coz nak berborak kosong je. dah hampir 2 minggu rupanya dok kat rumah. cepat je masa berlalu kan. dalam masa 2 minggu ni je,banyak perkara dah berlaku. bila diingat semula,lawak juga. ish3.
macam biasa kalau dok rumah, berat badan mesti naek. eh saya tak faham la orang dok bising-bising nak kurus. bersyukur lah sket. tembam comey apa :) terima kasih kat 2 orang adik saya yang selalu bawak balik air jagung untuk akak dia ni tiap kali balik dari sekolah. angah sayang korang lebih la,haha.
terima kasih jugak kat aunty n ibu yang selalu masak lauk pauk yang enak-enak belaka. saya? tolong jugak,tapi lebih kepada tolong makan.hehe. terima kasih jugak kat ayah yang selalu bawak balik makanan dari masjid. semalam baru makan nasi lemak. peh,dah pukul 9 tu boleh layan nasi lemak lagi? tengok,saya memang yakin. bila lagi nak makan yang sedap-sedap.hoho. selagi tak berlebihan takpe :)
ha,saya nak cerita pasal iklan yang saya tonton kat tv tadi. pernah dengar tak pasal pencarian imam muda astro oasis? program ni anjuran astro oasis n jabatan agama islam wilayah persekutuan. dengar kata pemenangnya akan jadi imam kat masjid wilayah. em nampaknya dah dapat 10 calon tu. program ni akan bertemu penonton pada 27 Mei depan.
harap-harap niat program ni dibuat betol la. kadang-kadang stesyen tv ni saja dok amek kesempatan. saya dah tengok calon-calonnya. ada gaya la. tapi ada gaya pon, ilmu kena la ada kan. pastu tengok tempat dorang belajar, dari sekolah pondok sampai la ke universiti al-azhar. alhamdulillah. hebat jugak calon-calonnya. saya pasti ada calon yang kat luar sana lebih hebat,cuma dorang tak suka glemer je,hehe.
mesti makcik-makcik semua excited nak tengok program ni. yela kot-kot imam yang bujang lagi buleh dijadikan calon menantu,hehe. saya pon excited, tapi nak dijadikan menantu? anak pon takde lagi. eh,apekah? haha. okeh,maaf. sudah lari tajuk :p
korang dah tengok belum calon-calon imam muda tu? belum? ha,buleh tengok kat youtube n kat sini http://www.facebook.com/album.php?aid=6148&id=107064406001796&saved
p/s : agak-agak kena fire tak wat post pasal imam muda ni? takpe,yakin! haha.
gambar lagi?
okeh, ingat tak dulu saya penah sentuh bab gambar kat mana-mana laman sosial yang korang upload tu. uish, ada yang besar, ada yang kecik, ada yang sopan, ada yang seksi. uhuk-uhuk. maaf, terbatuk pulak. heh. kali ni nak tegur pasal orang yang boleh tengok gambar-gambar tu semua.
korang kasik sapa je tengok ek? everyone? friends of friends? friends only? ataupun korang tentukan hanya orang tertentu je yang boleh tengok? ha, kalo macam tu bagus la. macam yang saya penah nasihat dulu, bagi lah yang sama kaum maksudnya kalau anda kaum hawa, biar yang hawa je dapat tengok. kalau yang adam. err,ade orang kisah sangat ke dengan gambar anda? em minah yang admire anda la kot yang selalu tengok. tapi yang penting nasihat ni untuk kaum hawa la. dengan kata lain orang perempuan, lebih-lebih lagi yang muslimat.
pastu korang kena tengok gak, tak semua rakan perempuan yang korang pilih untuk tengok gambar-gambar korang tu boleh dipercayai. kadang-kadang ada yang menyamar jadi perempuan semata-mata nak dapat kebenaran tengok gambar. eeee,saiko! so korang jangan pulak janji dia perempuan,korang senaraikan je dia dalam group yang boleh tengok gambar. padahal korang tak kenal pun siapa dia.
ha,ni lagi satu trend. konon bangga la kawan dah sampai 6 7 ratus. heh. bajet korang kenal je dorang semua tu. aprrove kawan yang korang betol-betol kenal n paling koman pon yang boleh dipercayai la. coz zaman sekarang ni bukan boleh main-main. lagi-lagi bila korang bangga tayang muka korang untuk di komen. memang cun,ayu,jelita. tapi agak-agak la. yang dok pi tayang kat kaum adam tu buat apa? ehem-ehem. fikirlah sendiri. niat nak berkongsi tu pon agak-agak la ye :)
dengan membe sendiri pon kadang-kadang tak selamat. saya ada pengalaman sendiri,bilamana sorang kawan ni pi ambil gambar kat facebook saya untuk wat slideshow kelas,hehe. okeh takpe,selamat lagi. jangan sampai ntah kemana-mana pic saya sudah la ye. saya percaya kat korang. tolong jangan khianati kepercayaan ni.
yang saya dok membebel panjang-panjang ni sebab ape eh? korang baca la sendiri kat sini http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JeratmautFacebook/Article
Thursday, May 20, 2010
pelangi :)
sedar tak kita kadang-kadang hanya tahu menyalahkan tanpa cuba memahami? kita hanya nampak timbunan pengorbanan kita tanpa kita sedar orang lain turut berkorban.
kita hanya bersyukur bila sesuatu yang berlaku memberi kesan yang besar, tapi andai kesannya tak berapa dirasa, kita lupa nak ucapkan alhamdulillah.
selain tu kita juga lupa nak ucapkan terima kasih. lebih-lebih lagi bila perkara buruk yang berlaku. eh, tak semestinya 'terima kasih' diucap tatkala kita mendapat sesuatu balasan yang baik. kan?
Berterima kasih pada orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan kamu.
Berterima kasih pada orang yang menipu kamu kerana dia yang meningkatkan pengetahuan kamu.
Berterima kasih pada orang yang tak mengendahkan kamu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari.
Berterima kasih pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperhebatkan kebolehan kamu.
tapi berkata-kata memang mudah. memang lah. mulakan dulu dengan kata-kata, kemudiannya baru disertai dengan perbuatan. antara rahsia kebahagiaan ialah selalu berfikiran +ve. betol tak? :)
selain tu jangan lupa berdoa. ingatlah, Allah mengabulkan doa kita dengan 3 cara :
1. Apabila Dia mengatakan ya. Maka kita akan mendapatkan apa yang kita minta.
2. Apabila Dia mengatakan tidak. Maka mungkin kita akan mendapatkan yang lain yang lebih sesuai untuk kita.
3. Apabila Dia mengatakan tunggu. Maka mungkin kita akan mendapatkan yang terbaik sesuai dengan kehendakNya.
saya percaya, ada sesuatu yang lebih baik Allah rancang untuk saya. melalui pengalaman sendiri, bila Dia mengambil sesuatu pergi dari saya, Dia pasti akan beri yang lebih baik dari itu. terima kasih Ya Allah :)
perasaan dikala ini seperti pelangi, hoho.
tengok pic kek ni lama-lama, sumpah lapar, haha. seronok apabila sekali sekala menulis menggunakan bahasa melayu skema. okeh, ketawa lagi :D
p/s : ade yang salah faham dengan post saya kali ni,hehe. maaf kalau buat kamu risau, kamu memang sahabat yang baik :))
Monday, May 17, 2010
semuanya akan kembali tenang :)
selesai menyegarkan diri, aku baca semula apa yang aku tulis pagi tadi. hasil penulisan yang ke laut! aku delete, aku pasti tak siapa yang membacanya lagi. disini bukan tempat bicara mengenai hati :)
owh ye, sudah aku war-war kan di facebook tadi. kali ini ingin war-war kan disini pula. aku ingin pergi bertapa. mencukupkan ilmu yang tak pernah cukup didada. hasil penulisan pon semakin lari entah ke mana. oleh itu aku bakal tidak menulis untuk jangka masa yang aku sendiri tak pasti.
terima kasih kerana sudi singgah ke blog aku. walaupun mungkin ada yang singgah bukan untuk membaca karya aku yang panjang meleret nie,heh. sudi-sudi singgah lagi kerana aku pasti akan kembali, insyaAllah.
teringat kata-kata seorang kawan, walaupun kau masam mencuka,aku tetap nampak kau tersenyum. aku tau kau bergurau. masam tetap masam, cuka tetap cuka. ya cuka memang masam. tapi aku ambil serius kata-kata kau tue saat ini coz aku tak mahu dimasa aku sedang tersenyum, orang semua kata aku masam mencuka :)
ape-ape hal boleh coretkan di kotak formspring.me tepi blog ni. ada masa aku balas. doakan yang baik-baik saja.
p/s : pelan-pelan kayuh qila.
Saturday, May 15, 2010
khas buat cikgu ♥
post kali ini saya tujukan khas buat guru-guru yang sangat banyak berjasa dalam hidup sepanjang 17 tahun saya menuntut ilmu di dunia ini. tak terlalu awal untuk saya mengucapkan selamat hari guru buat mereka, terima kasih cikgu, jasa cikgu akan saya kenang sampai bila-bila :)
tadika pt. keroma : pastinya bukan pengalaman manis buat saya ketika masih berumur 5 tahun diminta untuk pergi ke sekolah dan belajar,haha. sebab apa saya cakap camtu, coz saya menangis di hari pertama persekolahan! dan berdirinya di pintu kelas, cikgu bedah. ya,antara guru yang pertama saya kenal dalam hidup. sangat baik hati dan tegas orangnya. bermula dengan abc,123 hinggalah alif ba ta. semuanya saya pelajari disini. terima kasih cikgu, saya sayang cikgu ♥
skpr : menghabiskan 6 tahun belajar disini membuatkan ramai guru yang saya kenal datang dan pergi dalam hidup. berkenalan dengan cikgu anis yang mengajar bahasa melayu semasa darjah 1 adalah pemenang anugerah ibu mithali kerana ke tujuh-tujuh anak beliau berjaya menjadi doktor. tengok dekat tv sambil menjerit-jerit itu cikgu angah,itu cikgu angah! haha. sampai kena tegur dengan along,bukan cikgu angah sorang,cikgu along jugak :p
tetapi yang betul-betul rapat dengan saya ialah cikgu umi. ya,guru pendidikan jawi saya. agak lantang suaranya dan kalau terkena cubitan berbisa dia,lebam kot,haha. banyak menasihati lebih-lebih lagi perihal agama cukup membuatkan saya sangat-sangat menghormatinya. selain cikgu umi, cikgu hamidah, cikgu ainah dan cikgu aisyah juga banyak membantu saya dalam pelajaran. alhamdulillah, saya pergi meninggalkan sekolah yang tercinta ini dengan keputusan yang memuaskan hati mereka semua. terima kasih cikgu, saya sayang cikgu ♥
sabgs : saya tak sangka akan sambung belajar ke peringkat menengah di sekolah yang semuanya adalah pelajar perempuan. antara pengalaman yang banyak membantu saya supaya lebih menjaga diri dan menjadikan siapa saya sekarang,alhamdulillah. disini saya berjumpa dengan lebih ramai guru yang pastinya memiliki pelbagai karakter.
tapi seorang guru yang paling saya ingat ialah mama bushra. dia merupakan guru kelas semasa saya di tingkatan 3 dan mengajar subjek pendidikan islam. mudah dibawa berbincang walaupun agak garang,hehe. kecil sahaja orangnya. dia banyak memberi kata-kata nasihat. saya masih ingat ketika dia menyerahkan slip keputusan pmr, sambil menggengam tangan saya dia berkata, tahniah awak cemerlang, saya bangga. sangat terharu masa tue,huhu. terima kasih cikgu, saya sayang cikgu ♥
kmj : kehidupan di matrik sangat seronok bagi saya. satu keputusan besar yang saya lakukan dengan berpindah dari kos sains fizikal ke kos perakaunan nyata bukan keputusan yang sia-sia. disini saya mendapat pensyarah yang terbaik, antaranya ayah aji dan puan syafinaz. mereka berdua membuatkan cinta saya kepada dunia akaun dan perniagaan semakin bercambah. mengenali mereka membuatkan hidup saya di matrik sentiasa penuh dengan gelak ketawa. betol! terima kasih cikgu, saya sayang cikgu ♥
uitm : melangkah kaki ke universiti adalah seperti impian menjadi realiti. disini lebih ramai pensyarah yang saya kenal kerana setiap sem akan bertukar subjek dan pensyarah. terlalu banyak nama andai ingin disebutkan. apa yang penting saya nak mereka tahu, saya sangat berterima kasih kepada cikgu, saya sayang cikgu ♥
last but not least, satu pengalaman yang paling tak dapat saya lupakan dalam hidup ialah belajar add math dengan en.wahid. guru tusyen saya semasa di tingkatan 5. walaupun dia bukanlah seorang guru tetapi kelebihan yang dia ada betul-betul banyak membantu saya. dari seorang yang sentiasa failed dalam test dan exam add math di tingkatan 4, saya mendapat keputusan yang sangat-sangat diidamkan semasa result spm diumumkan. alhamdulillah. terima kasih en. wahid, terima kasih banyak-banyak atas ilmu yang dicurahkan :))
selamat hari guru juga diucapkan buat ustaz tuah, ayah angkat saya di sekolah rendah, madam fong guru sejarah saya yang sangat comey, madam tan guru matematik saya, puan rohana mentor saya, puan saadiah guru bahasa melayu, en. hashim guru fizik, madam jeya guru biologi, madam lee guru kimia, miss tan guru english, cikgu katimon, cikgu ainon, cikgu sabariah, iaitu guru-guru sekolah agama saya dan en.zamri guru tusyen akaun saya. anda-anda semua memang yang terbaik!! Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua :)
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
-usman awang-
p/s : terlalu banyak ucapan terima kasih buat guru tercinta hingga terlupa pada 'guru' yang sangat sangat sangat banyak mencurahkan ilmu buat saya iaitu kedua ibu bapa saya. terima kasih ibu, ayah, angah sayang korang selalu ♥ terima kasih Ya Allah atas jalan hidup aku yang Kau tentukan setakat ini, segalanya indah belaka,insyaAllah moga sama untuk yang seterusnya :)))
Thursday, May 13, 2010
aku yang separuh lagi
saje,aku buangkan. rimas tengok lagi-lagi time gigi tengah sakit nie,adeh!
hampir seminggu da sakit. semua benda aku cuba buat tak kena.
tapi tue je yang aku mampu buat setakat nie selain berdoa supaya cepatlah gigi nie tumbuh dengan sempurna dan berhenti menyakitkan gusi aku.
sori,sekarang otak aku memang dok proses lagu tue je,haha.
tak makan, boleh kurang 2kg camni,heh.
kata ganti nama cun-cun guna saya dah guna aku semula.
nak cakap banyak-banyak sakit!
tapi nak bercakap gak, so takde tempat laen yang aku nampak melainkan bercakap melalui penulisan.
ya kat sini, kat blog nie, sekali lagi!
daripada menaip guna jari rasa nak menaip guna gigi lak,buleh?
lapar + sakit gigi = pengsan!
Ya Allah,dalam banyak-banyak ujian yang Kau bagi,aku rasa sakit gigi nie paling buat aku lemah,huhu.
mengape?
oh ye, hari nie episod akhir adamaya, nanti nak tengok semi piala thomas lak. nasib melihat guna mata, bukan guna gigi,huhu.
bersyukurlah sket qila, merungut jek tau. bersyukur! astaghfirullahalazim.
p/s : maaf,aku betol-betol sedang sakit :'(Wednesday, May 12, 2010
bercinta?
ini isu sensitif,saya tahu. tapi ada orang bagi saya nasihat ini dan saya rasa saya ingin kongsikan dengan korang semua. mari kita renung-renungkan bersama :)
***
Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta :
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNya.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidup yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNya.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin juga ia relevan kepada seseorang yang lain.
***
niat saya berkongsi sudah pasti bukan untuk menggalakkan orang bercinta, sebaliknya untuk mengingatkan apa yang kita sendiri kadang-kadang terlupa.
Jika tepat masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya - Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Tuesday, May 11, 2010
bukti kedewasaan?
kita terlalu asyik menikmati makanan manis sehingga kita abaikan kesannya pada gigi kita,pada kesihatan kita. walaupun berlubang,tampalkan saja. hinggalah hasil tampalan itu terbuka semula,menyebabkan pilihan terakhir yang tinggal adalah dengan mencabutnya.
apa kaitannya dengan kehidupan? saya melihat ia sangat berkaitan. kita bersuka ria,melalui hari-hari dengan penuh rasa gembira hingga kadang-kadang kita tak sedar kita terlalu sibuk dengan hal dunia. tibalah saat kita sakit,kita jatuh,baru kita mula menyesal. mula mengingati apa kesilapan yang pernah kita buat. akhirnya,alhamdulillah masih tidak terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan. sama seperti kita menampal semula gigi yang berlubang. kita baiki cara hidup kita.
andai semuanya sudah terlewat,samalah ibaratnya seperti keputusan terakhir yang kita ada,terpaksa mencabut gigi yang sudah rosak itu. mungkin sakitnya hanyalah seketika tetapi perlu diingat,ia mengambil masa untuk tumbuh semula. sama seperti kita, lupakan yang buruk,jauhkan diri darinya. jadilah yang baru,yang sihat,yang bersih. mungkin banyak cabaran yang terpaksa kita lalui sepanjang tempoh penyembuhan tetapi itulah tanda Dia menguji kerana menyayangi ♥ moga Allah permudahkan segala :)
p/s : mengapa post kali ini saya kaitkan dengan gigi? ini kerana saya sedang mengalami proses pertumbuhan gigi geraham bongsu @ wisdom teeth. owh,sangat-sangat sakit. segala apa yang dilakukan serba tak kena. hanya kesabaran yang mampu saya titipkan buat diri sendiri. bukti saya semakin dewasa! sudahkah kita lalui kehidupan setakat ini dengan perkara-perkara berguna?
Monday, May 3, 2010
apsal pulak saya yang kena masak?
masa makan dengan membe2 aritu,terkeluar la satu topik bab memasak..eh macam tak percaya je saya nak bincangkan hal kuali dan sudip nie,haha..al maklumlah,memasak pon tak seterer dan serajin orang laen :p
ha saya baru tahu yang tugas memasak tue sebenarnya adalah tanggungjawab suami..betapa ceteknya ilmu saya,huhu..ke korang pun ada yang tak tahu? boleh geng,hehe..em mula2 macam tak percaya..sangat! memang tak boleh diterima langsung coz macam tak patot je suami kena buat semua benda..eh apsal saya tak setuju nie,bukan patotnya saya suka ka? haha.. perlu ke suka? oh tidaakk.. *suka sket boleh?haha..* sangat bercita2 untuk masakkan laok yang best2 wat suami satu hari nanti..ulang skali lagi,satu hari nanti k..insyaAllah~
so saya wat sedikit research untuk lebih mengetahui hakikat sebenar tanggungjawab memasak antara suami dan isteri.. *waah!* akhirnya saya terjumpa ini..
***
Saya turut membaca buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor seperti yang disebutkan dalam soalan di atas. Buku ini merupakan himpunan fatwa Almarhum Datuk Syed Alawi al-Haddad (meninggal dunia 1962). Beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Johor (1934-1961). Pada saya, fatwa mufti itu kurang jelas menyatakan tanggungjawab siapa menjalankan kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian, memasak, menyediakan makanan, mengasuh anak, menyidai kain dan sebagainya.
Saya membaca lagi beberapa buah buku yang ada dalam simpanan saya untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang perkara itu. Saya dapati, kebanyakan menyatakan kerja-kerja rumah seperti yang disebutkan di atas adalah tanggungjawab suami.
Saya tersentak seketika apabila membaca kerja-kerja seperti itu termasuk dalam senarai kewajipan suami terhadap isteri, di samping nafkah utama yang meliputi makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan. Kewajipan isteri pula dinyatakan ialah melayani kehendak suami dan menyerahkan tubuh badan kepadanya serta menyahut panggilannya dengan segera bila diperlukan, sekalipun ketika dia sedang memasak di dapur.
Buku-buku itu antara lain menjelaskan lagi, isteri tidak harus berpuasa sunat, kecuali terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan suami, kerana khuatir nanti suatu panggilan kecemasan akan berlaku, sedangkan dia tidak dapat menyahutnya kerana berpuasa. Dinyatakan lagi, jika isteri tidur bermalaman, sedangkan dia dengan sengaja tidak melayani kehendak suaminya, maka sepanjang malam itu dia dilaknat Allah dan malaikat.
Kesetiaan isteri terhadap kehendak suami semacam boleh ditafsirkan dengan ada bayarannya, iaitu kerja-kerja rumah seperti mengasuh anak, memasak, membasuh pakaian, menyidai kain dan sebagainya hendaklah dijalankan oleh suami. Kecuali jika isteri dengan rela hati sedia melakukannya.
Saya tidak mempertikaikan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh al-Quran dan hadis-hadis sahih berhubung kewajipan suami terhadap isteri, seperti nafkah makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan yang wajib ke atas suami menyempurnakannya. Manakala kewajipan isteri terhadap suaminya pula hendaklah melayani sepenuhnya kehendak suami sebaik sahaja panggilan dibuat.
Persoalan yang berbangkit ialah mengenai kerja-kerja harian di dalam rumah seperti memasak, mengasuh anak, menyidai pakaian dan sebagainya, benarkah ia termasuk antara tugas suami? Isteri hanya boleh melakukannya secara sukarela atau suami sendiri menyempurnakannya sebagai tanggungjawab terhadap isteri. Begitulah apa yang saya faham daripada buku-buku yang saya baca.
Saya berpendapat hukum ini adalah hasil ijtihad ulama pada beberapa abad terdahulu. Ijtihad boleh berubah dari masa ke masa mengikut perubahan zaman, keadaan dan tempat. Ijtihad ulama juga tidak selalunya tepat dan betul, kadang-kadang boleh disanggah oleh ulama melalui ijtihadnya yang dihasilkan pada waktu dan masa yang lain pula. Dalam hadis menyebut: Sesiapa yang silap dalam ijtihadnya maka ia memperoleh satu pahala dan siapa yang betul, akan mendapat dua pahala.
Menurut mazhab Imam Malik, uruf dan kebiasaan dalam sesebuah masyarakat boleh dipakai bagi menurunkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya jika dia suka, tetapi bukan sebagai kewajipannya. Beberapa alasan berikut boleh dijadikan hujah:
Pertama: Allah berfirman kepada para isteri yang membawa maksud: Isteri menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik, suami juga dikehendaki melakukan kewajipan yang serupa (al-Baqarah: 228). Ini bermakna suami isteri sama-sama mempunyai tanggungjawab terhadap satu sama lain.
Saya beranggapan tidak adil jika urusan yang dilakukan di luar rumah seperti mencari nafkah makan minum, kediaman, pakaian, perubatan menjadi kewajipan suami sepenuhnya, kemudian kerja-kerja di dalam rumah juga menjadi kewajipan suami. Isteri seolah-olah tiada sebarang kerja, selain melayan suami dengan tubuh badannya sahaja. Cara yang lebih adil ialah kerja-kerja di luar rumah menjadi kewajipan suami, sementara dalam rumah pula hendaklah diambil tanggungjawab oleh isteri.
Kedua: Dalam pergaulan sesama manusia dan juga keluarga, setiap hak yang wajib ditunai hendaklah ada balasan yang diterima. Suami dipertanggungjawab memberi nafkah dengan jalan yang terbaik, seperti yang dinyatakan terdahulu. Apakah hak ini telah dibalas oleh isteri dengan cara yang terbaik juga seperti yang sepatutnya? Apakah kewajipan menyara hidup yang disempurnakan oleh suami terhadap isteri dan anak-anaknya itu dianggap sebagai percuma dan tidak perlu dibalas apa-apa? Islam dan juga budaya Melayu tidak menyatakan begitu.
Mungkin ada orang menjawab, tubuh badan isteri yang diserah kepada suami itu sendiri bayarannya. Suami berhak mendapat kepuasan sesuka hati dan pada bila-bila waktu sahaja. Alasan ini boleh ditolak dengan mudah, kerana kepuasan itu bukan hak suami semata-mata, tetapi hak bersama.
Jika tubuh badan isteri dianggap hak suami, maka tubuh badan suami juga boleh dianggap hak isteri. Sesetengah orang menyebutnya sebagai nafkah batin yang wajib disempurna oleh suami, sekalipun saya tidak setuju dengan istilah nafkah batin itu.
Ketiga: Suami dikira sebagai qawwam (pemimpin) dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap isteri, dengan itu isteri hendaklah menjaga kepentingan suaminya. Jika suami bertanggungjawab dengan memasak dan membasuh pakaian isteri, bermakna isteri sebagai pengawal suami. Ini bertentangan dengan maksud ayat 34 surah al-Nisa. Oleh itu jalan yang paling serasi dan bermuafakat dengan adat dan budaya Melayu ialah isteri bertanggungjawab dengan kerja-kerja rumah, manakala suami hanya membantu.
Mungkin ada suami yang bersedia melakukan kerja-kerja itu. Ada suami yang sangat berminat dengan kerja-kerja memasak, mengasuh anak dan menjahit pakaian sendiri, sementara isteri pula berminat dengan kerja-kerja di luar rumah seperti berniaga dan sebagainya. Amalan ini tidak salah dari segi hukum jika suami isteri rela dengan cara itu.
Keempat: Banyak riwayat menyatakan kehidupan harian para sahabat sebagai suami atau isteri, masing-masing memberi khidmat dan bantu-membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, Asma' binti Abu Bakar, isteri al-Zubayr Ibn al-Awwam, selalu membantu suaminya dengan memberi makan kuda, mengangkut air dari tempat yang berbatu-batu jauhnya. Tidak pula kedengaran Baginda Rasulullah melarang Asma' berbuat demikian dengan alasan semuanya itu adalah kewajipan suami.
Fatimah al-Zahra, isteri Ali Abu Talib dan puteri Nabi, juga melakukan sendiri kerja-kerja memasak dan membakar roti, menyediakan makanan dan mengisar tepung, sehingga menjadi pecah-pecah pada tangannya. Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi agar mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah atau khadimah.
Tetapi Nabi menyuruh agar Fatimah terus melakukan sendiri kerja-kerja itu. Baginda tidak pula mengatakan, serah saja kepada Ali, kerana itu tanggungjawabnya sebagai suami.
Mungkin ada orang menjawab, sumbangan Fatimah yang membuat kerja-kerja rumah itu hanya sukarela, bukan sebagai kewajipan atau tugas. Saya katakan, kerja-kerja itu adalah kewajipan Fatimah bukannya sukarela, kerana Nabi tidak menerima cadangannya untuk mendapatkan pembantu rumah bagi menjalankan tugas-tugas itu.
Jawapan Rasulullah s.a.w. kepada puterinya Fatimah adalah suatu perakuan yang dengan sendirinya menurunkan hukum yang bakal dipakai umatnya, iaitu dalam menentukan tanggungjawab siapa sepatutnya melakukan kerja-kerja rumah, suami atau isteri. Dalam ilmu Mustalah Hadis, perakuan ini disebut taqrir (perakuan Nabi).
Saya berasa penting juga dinyatakan di sini bahawa tugas isteri pada hakikatnya ditentukan oleh adat resam dan budaya hidup sesuatu bangsa itu sendiri. Masyarakat Melayu telah mewarisi satu budaya yang agak kukuh, iaitu kerja-kerja berat yang biasanya menjadi kewajipan suami, manakala kerja-kerja ringan biasanya menjadi tanggungjawab isteri.
Ditakdirkan ada isteri merasakan adat dan budaya Melayu ini tidak perlu lagi dipertahankan, sudah tiba masanya lelaki dan wanita disamakan. Suami harus menyediakan sendiri makan minumnya, membasuh dan mencuci sendiri pakaiannya. Bagaimana pula jika dia kesuntukan masa untuk melakukan kerja-kerja itu, lalu menyerahkannya kepada pembantu rumah atau orang gaji? Tidakkah hati tersentuh melihat orang lain berada di samping suami kerana menyediakan makan minum dan mencuci pakaian dan menyentuh barang-barang yang akrab dengannya?
Adat resam dan budaya Melayu tidak pernah menerima cara itu. Janggal sekali jika orang yang tidak ada kena-mengena itu bebas melakukan apa sahaja yang disukainya.
***
ini adalah jawapan kepada persoalan yang memusykilkan saya selama beberapa hari nie..dijawab oleh Dr. Abdul Hayei Bin Abdul Sukor (Akademi Pengajian Islam)
kesimpulan yang saya dapat bila baca, ya memasak tue bukan kewajipan bagi seorang isteri tapi adalah suatu bentuk bantuan yang dihulurkan buat si suami secara sukarela.. mudah saja sebenarnya,sebagai suami isteri apa yang penting saling bekerjasama..kalau semua benda suami kena buat,takut dia cakap bye2 je satu hari nanti :))) bak kata p.ramlee dan saloma, sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri,lalalala~ *erkk,cam xde kaitan jek,haha..*
ok lah,cukup setakat ini dulu ilmu yang saya baru dapat dan saya kongsikan dengan korang semua..kalau ada yang menarik lagi,nanti saya wat post laen..thanks sudi baca,kalau salah silap sila tegur..kalau kurang ajinomoto sila tambahkan,terima kasih (",)v
p/s : jangan pk bukan2 lak bila saya post pasal tanggungjawab suami isteri nie,hoho..ilmu tue kan kena kumpul dari sekarang,ye tak..?? lalalala~