pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, May 12, 2010

bercinta?

ini isu sensitif,saya tahu. tapi ada orang bagi saya nasihat ini dan saya rasa saya ingin kongsikan dengan korang semua. mari kita renung-renungkan bersama :)

***

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta :

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidup yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin juga ia relevan kepada seseorang yang lain.

***

niat saya berkongsi sudah pasti bukan untuk menggalakkan orang bercinta, sebaliknya untuk mengingatkan apa yang kita sendiri kadang-kadang terlupa.

Jika tepat masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya - Ustaz Pahrol Mohd Juoi

3 comments:

Anonymous said...

(^_^) teruskan menulis ye..Allahuakhbar..

ada kajian menunjukkan ramai pasangan yang mendirikan rumah tangga tidak mampu bertahan dengan lama..ini d sebabkan salah 1 nya ialah di sebabkan hubungan itu telah d mulai dengan sesuatu yang tidak mendapat redhanya atau d mulakan sebelum selayaknya ianya d berikan^^
p/s memberi selepas itu byk hikmhnya andai kita duduk merenunginya..(^_^)

qila~ said...

skdar b'kongsi ape yg sy dpt dri org len,insyaAllah.. em btol gak..tak perlu b'kongsi segalanya krn nnt tiada apa istmwa yg tinggal :)

Silent said...

yup.aq setuju ngan semua tuh.setuju sesangat!