pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Tuesday, May 11, 2010

bukti kedewasaan?

kali terakhir gigi saya dicabut ketika darjah 4. itulah yang pertama dan yang terakhir buat masa ini. masih saya ingat lagi sebabnya,berlubang. tak silap saya tampalannya tercabut, maka tanpa rasa segan silu saya bertanya kepada si doktor supaya menampalnya sekali lagi,bukan terus mencabutnya. si doktor mengatakan tidak. em sudah pasti gigi tersebut rosak teruk hingga tiada jalan lain lagi melainkan dengan membuangnya. sakit! ya,sudah pasti.

kita terlalu asyik menikmati makanan manis sehingga kita abaikan kesannya pada gigi kita,pada kesihatan kita. walaupun berlubang,tampalkan saja. hinggalah hasil tampalan itu terbuka semula,menyebabkan pilihan terakhir yang tinggal adalah dengan mencabutnya.

apa kaitannya dengan kehidupan? saya melihat ia sangat berkaitan. kita bersuka ria,melalui hari-hari dengan penuh rasa gembira hingga kadang-kadang kita tak sedar kita terlalu sibuk dengan hal dunia. tibalah saat kita sakit,kita jatuh,baru kita mula menyesal. mula mengingati apa kesilapan yang pernah kita buat. akhirnya,alhamdulillah masih tidak terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan. sama seperti kita menampal semula gigi yang berlubang. kita baiki cara hidup kita.

andai semuanya sudah terlewat,samalah ibaratnya seperti keputusan terakhir yang kita ada,terpaksa mencabut gigi yang sudah rosak itu. mungkin sakitnya hanyalah seketika tetapi perlu diingat,ia mengambil masa untuk tumbuh semula. sama seperti kita, lupakan yang buruk,jauhkan diri darinya. jadilah yang baru,yang sihat,yang bersih. mungkin banyak cabaran yang terpaksa kita lalui sepanjang tempoh penyembuhan tetapi itulah tanda Dia menguji kerana menyayangi moga Allah permudahkan segala :)

p/s : mengapa post kali ini saya kaitkan dengan gigi? ini kerana saya sedang mengalami proses pertumbuhan gigi geraham bongsu @ wisdom teeth. owh,sangat-sangat sakit. segala apa yang dilakukan serba tak kena. hanya kesabaran yang mampu saya titipkan buat diri sendiri. bukti saya semakin dewasa! sudahkah kita lalui kehidupan setakat ini dengan perkara-perkara berguna? 

4 comments:

Anonymous said...

saba ye cik qila hadapi dugaan ni.. cik zaty dpt rase kesakitan tu jg..hehe.. wlupun sy tak alaminya lg..(",)

qila~ said...

mmg,sabo jela yg mmpu :) hope sakit ni bkn utk spjg cuti,huhu..

Anonymous said...

selagi kita masih di beri kesempatan dan waktu adalah lebih baik klu kt memanfaatknnya dgn sbaik2nyakan..

adanya peluang ke2 merupakan tnda kshNya kpd kt..(-surah an-naziat) ayt 46 Allah swt telah merakamkan d dalm ayt al-quran "bhwa dunia ini hny x smpai shri dan akhrt adalh dunia sbnr kt" jdi ada lbh baik klu kt mbuat ssuatu yg lbh bhrga ktika d dunia ni utk tmpoh lma kt d akhrtkan..

p/s anjakan mmg mbwa kpd plbi cbrn,tpi skirnya kt mmpu mguasainya,mghrunginya,menghdapiny,mnmpuhinya maka kita lah insn yg bjya jg bhgia..insyaAllah (^_^)

qila~ said...

thnks pkcik :)
insyaAllah sy igt tue smua.. Allah bg ujian sbb Dia syg,kita pula kne hdpinye dgn tabah..