pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, June 30, 2010

: wanita :

wanita yang matang biasanya bijak menguruskan perasaan. keyakinan diri adalah kekuatan dirinya yang menjadi santapan emosi.

wanita matang tidak akan membiarkan dirinya larut dalam tekanan perasaan hingga mengorbankan kreadibiliti peribadinya. wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau. sesungguhnya kebahagiaan itu setelah kesusahan.

~ dipetik dari majalah NUR~

persoalannya

sudah matangkah aku ini?

Tuesday, June 29, 2010

oh hujan~

saya suka hujan. bukan kumpulan hujan, apatah lagi noh hujan *err suka la sket,tak la suka sangat cam dulu* tapi ni betol betol hujan yang turun dari awan setelah mengalami proses kondensasi. yep,saya suka hujan yang itu. entah kenapa saya suka hujan. saya suka bau hujan. hujan ada bau ok. bau sesuatu yang segar. kan kan. ada sape sape yang suka hujan jugak macam saya? boleh geng dengan si pelik ini yang cintakan hujan :)

bukan hujan ni yang saya maksudkan,tapi cute pulak,heh.

bila asyik munculnya matahari, kita tertanya-tanya mana perginya hujan. bila asyik turunnya hujan, kita tercari-cari matahari. kita terlupa. setiap yang terjadi tu ada hikmahnya dari Dia. kita jarang bersyukur. tanpa kita sedar, kita terlalu banyak merungut sebenarnya. bukankah begitu?

" Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui ” (Al Baqarah : 22)

p/s : ini adalah post yang terhasil pada waktu hujan oleh si pecinta hujan

Monday, June 28, 2010

indahnya menjadi seorang wanita

salam semua.

kali ni nak kongsi something yang saya dapat masa tengok rancangan usrah~informasi berhikmah untuk kepentingan ummah kat tv9 yang disampaikan oleh Ustazah Asni Mansor setiap hari Jumaat,11.30 pagi. sangat seronok ok tengok ustazah ni bercakap. kagum betol dengan dia. suka suka :)

topik yang dibincangkan minggu lepas bagi saya sangat menarik. sebab tu nak share sikit dengan korang kat sini. topiknya ialah "indahnya menjadi seorang wanita". antara yang saya ingat :

1.  Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

3. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

4. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

5. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

6. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya.

8. Wanita yang memasak tanpa merungut dan dimulakan dengan bismillah, Allah akan berkatkan rezekinya.

9. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

allahuakhbar!! betol la cakap ustazah,wanita ni nak dapat pahala mudah sangat,tapi nak masuk neraka pun mudah. ia terbukti semasa Nabi Muhammad s.a.w mengalami peristiwa israk dan mikraj,dilihat 2/3 dari ahli neraka terdiri dari golongan wanita. nauzubillah. mengapa? fikir-fikir kan la.

lepas habis rancangan tu,saya baru tersedar indahnya menjadi seorang wanita ni. betol! sebelum ni tak pernah terfikir pun,huhu. lupa nak bersyukur -.- alhamdulillah,bersyukurlah bagi sesiapa yang dilahirkan sebagai seorang wanita. terima kasih Ya Allah kerana mencipta aku sebagai seorang wanita Ya Allah,Kau kuatkanlah iman kami,Kau berilah petunjuk dan hidayah kepada kami menuju ke jalan yang benar dan lurus. amin~

Saturday, June 26, 2010

jangan!!

.“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani” (Al-Hujuraat ayat 12)

.

Wednesday, June 23, 2010

sayang encik aminuddin~

salam semua. esok ulang tahun encik aminuddin yang ke 52. oh ye,beliau ayah saya :)

disebabkan anak-anak beliau takde duit beribu-ribu bagi membolehkan mereka membeli kerusi urut ogawa cam iklan dalam tv tu,so kitorang juz bagi hadiah setakat yang termampu la.

along tolong siapkan bantal. yep,kami kasik adiah bantal. tak kisah la ayah nak letak mana bantal tu hatta buat tido sekaligus melakar peta afrika diatasnya sekalipun,hahaha. buleh saja,asalkan ayah hepi.

saya? saya yang jakun dengan harta along kerana dia seorang pelajar jurusan fesyen dan pakaian,so barang jahit dia sangat banyak telah berkenan dengan satu proses jahitan ni. namanya jahitan sulam emm ntah ape ek. tapi sulam la. along kata tadi. so saya cuba la hasilkan beberapa benda yang orang panggil seni. *seni la sangat* khas buat ayah tercinta.

percubaan pertama. 

percubaan kedua. motif ape jahit perkataan ni,hoho.

percubaan sebenar. nak bagi ayah tengok esok :)

agak-agak ayah terharu tak?

haaa,tu lah hasilnya. memang tak cantik mana,tapi ikhlas dari hati tu buat. tak sia-sia belajar ekonomi rumahtangga masa form 3 dulu. walaupun hakikatnya ibu yang banyak tolong siapkan benda tu sume dulu-dulu tu pasal hasil sekarang tak cantik sangat,haha. *salahkan puan sa'adah yang baik hati pula,aissh* yela,mana mencabar maen jahit menjahit ni,kalo maen wayar,maen apit G,maen syelek segala,baru best ;p

ok berbalik semula kat cerita ayah. dah masuk 52 tahun ayah rupanya. sangat-sangat sayang kat beliau. paling tak boleh lupa cerita ayah,bila anak-anak beliau kecik dulu,sesapa yang selesama,ayah akan sedut guna mulut hingus anak beliau tu. perghh. ayah zaman sekarang ada ke wat cmtu? saya nak ke wat camtu bila jadi seorang ibu nanti? macam geli kan. tapi apa kata ayah,ala hingus anak sendiri. tak sanggup tengok anak asyik menangis tak selesa. 

sangat terharu ok dapat ayah macam ni. sangat sangat sangat sangat terharu! angah sayang ayah selalu. takde sapa buleh ganti tempat ayah dalam hati angah. semoga Allah panjangkan umur ayah,bagi kesihatan yang baek buat ayah coz angah nak hidup lama dengan ayah. tu pun kalau Allah panjangkan umur angah. insyaAllah~

ini lah encik aminuddin yang disebut-sebut tadi

Tuesday, June 22, 2010

saat itu kan tiba

Detik kematian by Inteam

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?


Ibn Mas’ud berkata, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “ Siapakah Mukmin utama? Jawab Nabi s.a.w : Yang terbaik budi akhlaknya. Dan Mukmin yang manakah yang terkaya? Jawab baginda: Yang banyak ingat mati, dan baik pula persediaannya ”

p/s : lagu yang yo dok dengar banyak kali sampai akak dia ni pun terlayan sekali. teros jdkn lagu blog :) tu pun baru perasan,blog sudah lama sunyi. aishh.

Monday, June 21, 2010

aku,ayam,minah dan bismut

" angah,tolong bagi ayam pakwe makan. campakkan je jagung tu dalam reban. kasik sekali ayam yang kat luar tu sket " 

pesan ayah kat aku pagi tadi. wohooo. kasik ayam makan? errr. arrr. aku bukan apa,korang tengok sendiri la nape aku nebes sangat nak bagi ayam ayam pakwe tu makan. tengok pic bawah ni. dorang tu ganas! ibu cerita,dia pernah kena patuk masa kasik ayam tu makan. aku dah la fobia dengan monyet. aku pernah kena gigit dengan minah pak seman kat muka masa umur 3 tahun,sampai la ni ada parut. tapi ayah kata aku cool je,tak nangis walaupun muka dah berdarah. eh eh. melalut ke laut plak. tadi cerita ayam,ntah mana datang kisah si minah. abaikan.

kesimpulannya ayam dan monyet kan haiwan jugak,so ada la kaitan dengan cerita aku pasni,hehe. layan~~

sebelum kasik ayam makan,aku kasik kucing aunty makan. korang tengok ayam sekor kat belakang tu,sebok nak join jugak. ayam nih memang jahat. suka curik makanan kucing kucing ni sumer. kalo takde orang jage kucing ni makan sampai habis,alamatnya makanan kucing tu akan berada dalam perut ayam la. ade ke patot. haaaishh.

ni aku dok nyorok tepi stor coz kalo ayam ayam tu nampak je kelibat manusia,dorang dah tak sabo-sabo nak makan. masing-masing maen tolak-tolak. seram aku tengok  -_-"

ha tengok,berapa ramai dah berator tu. siap maen tolak pintu. bergegar pintu tu. tak masal-masal aku kena serbu nanti. dah la ada angsa kat dalam tu jugak. perghh. korang tak percaya lagi yang dorang ni ganas? takpe. takpe. tengok bukti seterusnya.

nah. tengok! macam ada demonstrasi gamaknya. sekali je aku campak jagung dalam tu,semua kecoh semacam. takut woo nak masuk,tu aku campak dari luar je,huhu. ayam yang kat luar tu pon sama. macam nak kerumun aku dah. punya la gelabah,aku lari. alhamdulillah,selamat. kecoh punya pasal sampai tertinggal bekas cedok jagung warna biru tu. nampak?? hahahaha. 

si bismut ni jela paling senang nak jaga. kalau nampak dia berdiri melompat-lompat tu,tandanya dia lapar la tu nak makan. takdenye nak gigit-gigit orang. senyap jek. ikot perangai siapa la dia ni. ehem-ehem. lalalalalala~

kalau dok kampung,takde haiwan-haiwan ni sumer,tak rasa la mood kampung kan. haiwan ni cam manusia gak,makhluk ciptaan Allah. cuma akal je yang membezakan kita dengan dorang ni. so jangan nak aniaya dorang sesuka hati. berdosa. sayangilah haiwan kita :)

p/s : teringat kat sorang membe masa matrik dulu datang study group menangis-nangis. ingatkan kenapa. rupanya on d'way nak jumpa kitorang dia terpijak ekor kucing! terkejut punya pasal. alahai. (",)v

Sunday, June 20, 2010

wanita itu

salam semua.

post kali ni nak share sikit cerita yang saya dapat di ruangan tazkirah di facebook berkaitan muti'ah,wanita pertama yang masuk syurga. yep,seperti yang pernah saya nyatakan di post sebelum ni,siapakah muti'ah ni? bagaimana dia boleh menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga? mari sama-sama kita ambil pengajaran dari kisah ini sebagai panduan buat kita berusaha menjadi wanita solehah,insyaAllah.

***

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti'ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan
yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa'alaikumussalam ! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

" Saya Fatimah, puteri Rasulullah ". "Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya," terdengar kembali
jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan
pintu."

Sendirian, Fatimah ? "Aku ditemani Hasan". "Aduh , maaf ya," suara itu terdengar jadi menyesal. " Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki ".
" Tapi Hasan masih kecil". " Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang
lagi, saya minta izin kepada suami," sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali.
Selepas memberi salam dan dijawap gembira , Mutiah berkata dari dalam.
" Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin"
'Ya dengan Hasan dan Husain "
"Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin ?!
Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami," jawab Mutiah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
" Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya, "kata Mutiah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas mampan.
Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah, " suamimu kerja di mana?!
"Di ladang". "Sebagai pengembala?" soal Fatimah.
"Bukan. Bercucuk tanam".
"Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?"tanya Fatimah.
"Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami".

"Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu,"tanya Fatimah.
"Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar! ! ! dan tulus.

Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti'ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti'ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.

***


dari pembacaaan saya,muti'ah ini bakal menjadi pemacu kereta kuda puteri Rasulullah,Fatimah menuju ke syurga kelak. sikapnya yang sangat taat dan menghormati suaminya menyebabkan dia terpilih menjadi wanita pertama memasuki syurga. wallahualam~

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar Rum : 21)

Saturday, June 19, 2010

bila kenduri angah?

hampir nak tersembur nasi yang sedang saya makan,tatkala sepupu sulung saya bertanya bila kenduri saya nak diadakan. sudah lama rumah ni tak buat kenduri katanya sambil ketawa. oh tidak,mengapa saya yang kena? -.- along pun tak lepas lagi. nasib lepas saya jawab macamtu,terus dia cakap,betul jugak angah pun belajar lagi ek. tau takpeeee,saya jawab dalam hati.

hmm. umur baru 21 orang dah sibuk tanya bila kenduri,bila bertunang. siap nak kenalkan dengan orang tertentu pulak. eh,saya belum terdesak lagi! balik kampung baru-baru ni,along pulak yang kena. dengan slumber along jawab,bagi abang saudara yang ramai-ramai tu lepas dulu,haha. yep,setuju! saya ada ramai abang saudara. dan itu lah yang menjadi masalahnya kerana mereka lelaki. siapa nak bising lelaki kahwin lambat? lelaki takpe kahwin lambat,perempuan tak boleh,nanti takut tak laku. tu jawab makcik saya. *teori lama,huh*

untuk tahun ni je, ada 3 sepupu saya bertunang dan seorang yang berkahwin. siapa tak seronok cerita pasal kahwin? seronok! sampai boleh leka,melalut entah ke mana,lagi-lagi bila bercerita dengan membe. tapi sebenarnya bahaya,dibuai angan-angan je. subhanallah. pernah jugak dulu set target mahu kahwin setelah umur mencecah 25tahun. hinggakan saya cakap dengan membe,tak kisah la siapa masuk meminang,cukup je 25tahun,aku terima. tak nak jadi anak dara tua,haha. apekah kan.

tapi sekarang tak lagi. selagi belum ada kerjaya yang menjamin masa depan,kereta sebiji,rumah yang selesa untuk didiami,tak bergantung harap dengan family,kena fikir 10 kali baru boleh kahwin. bak kata ayah,kalau ada,ada la. tak payah lebih-lebih. jodoh tak kemana. betol la tue. lagi-lagi bila baca kes penceraian kat surat khabar, macam cendawan tumbuh lepas hujan kan? terus,cancel! kahwin lagi 6 7 tahun jela. mau cukup kan ilmu dulu,nak jadi isteri solehah seperti mu'tiah wanita pertama yang masuk syurga bukan mudah. semoga Allah membantu saya :) 

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud " Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak " (Hadith Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

kahwin bukan senang macam makan kacang. kahwin bukan setakat awak sayang saya,saya sayang awak,jom kita kahwin. kahwin bukan macam berjudi,untuk sabut timbul untung batu tenggelam. kahwin bukan setakat aku terima nikahnya sipolan binti sipolan dengan mas kahwin rm22.50 tunai. oh bukan! 

p/s : imam muda abe syara dah terkeluar. bukan rezeki dia. ape-ape pun aran still ade,hee~

Wednesday, June 16, 2010

cari cari carilah :)

.
.
.
“ Carilah hatimu di tiga tempat. Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati ” (Imam Al-Ghazali)
.
.
.

Monday, June 14, 2010

senyumlah~

lihat sekeliling. lihat. lihat. belajar dari kesilapan orang lain. belajar dari masalah mereka.
bersyukur kita tak lalui masalah yang sama tapi tak bermakna kita bagus.
mungkin saja simpan. simpan dalam-dalam. sape tau? kita sendiri je.
taknak orang lain tengok kita lemah. 
sebab tu masalah yang kecil tak perlu besar-besarkan.
jangan merungut. patutnya bersyukur. kata ayah.
orang sekeliling sentiasa tengok kita. mungkin ada segelintir yang suka bila kita jatuh?
biarkan mereka. teruskan jadi diri kita sendiri.
kita tak kacau orang dengan harapan orang tak kacau kita kan. insyaAllah.
kita ada Dia. dan Dia selalu ada untuk kita.
terima kasih Ya Allah untuk segalanya.
ayuh,senyum. senyum selalu. selalu :)
.
buat aku tersenyum 

Saturday, June 12, 2010

3 ayah 1 mak?

salam semua. siapa tengok cerita three dads and one mom kat 8tv setiap hari isnin sampai jumaat pukul 3 petang? hah,takde? ok,sekarang ni saya jela yang tengok eh. nampak sangat banyak masa lapang kat rumah,hehe. ok la tu,dari tidur di petang hari ;p

em berdasarkan tajuk pun korang boleh teka ceritanya pasal ape kan. mestilah tentang sorang budak ni ada 3 orang ayah tapi satu je mak. *cam translate dari tajuk ja* haha. eh,macam pelik je kan. kalau sorang ayah tapi 3 mak tu logik la kan. ni bukan ayah tiri tau,ni ayah kandung. itula,kalau korang nak tau kena tengok sendiri la camne leh jadi camtu. takkan saya nak cerita kat sini lak. adoi.

kita kaitkan pulak dengan hukum islam. sebab apa Allah benarkan lelaki berkahwin sampai empat dalam satu masa,tapi perempuan tak. cop! cop! ini bagi lelaki yang adil dan mampu okeh. sekali lagi,adil dan mampu. kalau tak mampu,sorang isteri cukup lah. aish.

" maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja ” (Surah An-Nisa’ 4 : 3)

macam dalam cerita ni,disebabkan budak tu ada sampai 3 ayah,so dorang ni keliru mana satu antara 3 orang tu ayah budak tu yang sebenar. haaa. cuba bayangkan kalau Allah benarkan perempuan kahwin lebih dari satu dalam satu masa,confirm  masalah camni boleh berlaku. kan? so setiap apa yang Allah tetapkan tu ada sebab musababnya. takyah nak pertikaikan. 

bukanlah Allah nak bertindak tak adil terhadap perempuan. tapi semua tu ada hikmahnya. pelik jugak bila ada yang memperjuangkan hak sama rata antara perempuan dengan lelaki. sampaikan yang tak logik pun nak sama rata. alahai.

comey oh watak utama cerita ni,he xuan :)

Thursday, June 10, 2010

usaha! usaha! usaha!

salam semua

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. keputusan peperiksaan untuk sem 2 tahun 2 uitm sudah boleh disemak. rasa berdebar jangan cakap la. nak tidur semalam pun tak lena. betul! pusing kiri,pusing kanan. entah pukul berapa saya terlelap pun saya tak tau.

walaupun keputusannya taklah hebat mana coz tak capai target pun tapi saya rasa sangat-sangat bersyukur sebab perkara yang tak diingini tu tak berlaku. alhamdulillah. ada lagi 4 sem yang perlu ditempuh dengan semangat!

owh. nampaknya untuk sem-sem akan datang kena lipat ganda ganda gandakan usaha kalau nak merasa naik atas pentas macam membe membe laen kan? insyaAllah. sama-sama la kita.

teringat pesan ayah baru sekejap tadi. selalu bersyukur kepada Allah,semoga kita semua berjaya dalam keimanan :)

amin ya rabbal a'lamin.

p/s : penantian memang suatu penyiksaan tapi ia juga bukti kesetiaan. hmm betul jugak ;p

Tuesday, June 8, 2010

saya dan mereka

salam semua. 

mood sekarang : sangat sangat gembira.

sebab : dapat jumpa membe lama satu sekolah. sape lagi kalau bukan haziqah,ruzita,azzakirat n fizah.

walaupun masing-masing study kat negeri yang berbeza coz ada yang tercampak kat terengganu cam cik azza n cik pza, kat selangor cam haziqah, kat johor baharu cam ruzita n saya kat melaka, tapi akhirnya semua dapat gak berkumpul kat 1 tempat yang dinamakan tanjung emas. kat mana lagi kalau bukan kat muo yang tercinta ni,hehe.

jumpa juz 2 jam,tapi puas hati jugak la coz dapat tau perkembangan masing-masing sambil makan abc,hehe. lepas rindu sekejap. semua dah lain. berbeza gaya,berbeza cara. yela,dah hampir 4 tahun kot tinggalkan zaman persekolahan,hehe. teringat lak status yang di post oleh cik pza kat facebook dia, " kawan-kawan saya semua sudah membesar dengan cantik " hahaha. budak sab memang suka perasan kan ;p

abc 2 hengget je :)

tapi tu lah,siapa kata tak best jumpa membe lama kan. membe yang ada masa susah n senang. banyak kenangan dengan dorang ni. yang tak boleh lupa,panjat pagar sekolah sama-sama semata mata nak pi hias kelas. lagipun sekolah perempuan,kalo kantoi pun dengan budak perempuan,takde hal la.

akhirnya terkantoi gak. tak masal kena marah dengan mak guard,haha. dah la ada antara yang buat perangai tu pengawas,hehe. sampai sekarang takde sorang pun cikgu sekolah yang tau kejadian ni. errr,yela kot melainkan mak guard tu ade cita,huhu. jangan tiru perangai buruk kami tu ye adik-adik. *bajet cam dalam rancangan kanak-kanak* 

setiap orang berubah,macam tu jugak dengan kami. yep,dah janji dah dengan mak guard takkan wat perangai tak senonoh tu lagi,hehe. so benda tu juz tinggal kenangan manis la wat kitorang. kalau umur panjang boleh cerita kat cucu cicit. buat teladan,haha. bagus kan?

okeh,cik qila sangat merindui masa-masa mudanya,hehe. ah sudah,baek saya berhenti disini sebelum semua sejarah disingkap kembali. dengan sejarah penubuhan sekolah sekali nanti saya cerita lak,hoho. thanks la buat korang yang sudi baca post kenangan zaman muda saya ni. *bajet dah tua sangat* 

“ When it hurts to look back, and you're scared to look ahead, you can look beside you and your best friend will be there ”

mood akan datang : nebes sampai paru-paru rasa nak terkeluar.

sebab : insyaAllah 10hb ni dah boleh check result. semoga keputusannya seperti yang diharapkan. amin~

p/s : ayah n ibu tersayang siap pi teman saya jumpa membe kat tanjung. sweet betul la dorang ni kan

Friday, June 4, 2010

kagum sangat

salam semua. sementara menunggu sambungan cerita nancy drew kat tv3, saya ambil masa untuk taip post ni. oh ye,nancy drew siapa tak kenal? boleh carik bukunya kat kedai buku,banyak kot. cerita bercorak penyiasatan memang saya suka. suka sangat sangat sangat :)

sambil sambil tu layan gak nightline dengan ayah. keluar berita pasal demonstrasi aman yang diadakan di luar kedutaan Amerika menyatakan kebencian terhadap perbuatan rejim zionis baru-baru ni. pastu ayah cakap,bagusnya kalau dapat joint. yup,saya setuju. teringat 1 ayat yang saya baca di blog seorang senior yang berbunyi

Ironinya, menyatakan bantahan umpama burung pipit yang cuba membantu Nabi Ibrahim a.s memadamkan api, BIARPUN TIDAK ADA IMPAK PADA MUSUH, TETAPI ADA NILAI DI SISI ALLAH. allahuakhbar!

oh,sebenarnya saya nak bercerita tentang program tv yang saya tonton malam ni. dimulakan dengan rancangan imam muda dan diikuti dengan program akademi al-Quran. seperti minggu lepas, sekali lagi tiada penyingkiran untuk imam muda. untuk akademi al-Quran, alhamdulillah nampaknya 12 peserta yang terbaik sudah dipilih. 

seorang peserta yang menarik minat ayah dan juga saya ialah seorang budak perempuan berusia 13 tahun. siti aisyah namanya. ya,peserta paling muda dan dia terpilih. serak-serak basah suaranya,sedap bacaannya. senang cerita seronoklah dengar bacaan dia. kagum! yup,itu sebenarnya yang saya rasa. saya kalau mengaji kadang-kadang pernah gak cuba baca berlagu, tapi main belasah je,hehe. hope satu hari nanti dapatlah peluang nak belajar lagu-lagu tu semua, cara nak bertaranum,tau apa tu qiraat,fasahah n tajwid dengan lebih baik,kan? insyaAllah.

banyak kelebihan baca al-Quran ni. ia terbukti dalam hadith,antaranya : 

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim )

Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain. ( Riwayat Bukhari )

Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan. ( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi )

so rajin-rajinkan lah diri baca al-Quran. sehari satu muka surat pun takpe. sama-sama lah kita :)

p/s : mau sambung tengok nancy drew. rasanya suspek yang saya teka adalah penjahat tu nampaknya betol,yeay! (",)v

Thursday, June 3, 2010

saya gembira begini :)

tersenyum bila difikir-fikirkan balik mengapa saya boleh berminat dan melibatkan diri secara tidak langsung dalam penulisan blog. sebab saya suka bercakap, tapi saya bukan jenis banyak cakap, so segala apa yang saya nak cakap, saya cakap saja di blog. tak faham? hehe. saya sendiri keliru.

pernah seorang rakan tanya pada saya, tak ramai pun ya yang komen post kau. saya senyum, lepas tu saya jawab, yelah blog aku ni ceritanya bukan menarik,hot kebabom,cerita air mata,cerita jiwang tu semua. macamana orang nak komen. kadang-kadang orang nak komen pun tak tahu nak komen apa. mungkin? :)

bila saya tengok semula post-post saya yang lama, komen paling banyak saya pernah terima ada la dalam 14 komen, tu pun campur komen saya,haha. ceritanya? anda sendiri boleh baca kalau anda rajin cari, tapi yang pasti bukan post berilmu,hehe. 

dengan jumlah followers yang tak sampai jari tangan campur jari kaki pun, saya tetap gembira untuk terus bercerita disini. berkongsi ilmu yang saya dapat n kadang-kadang terselit juga post merepek,hehe. saya tak pernah kesah orang nak cakap apa. saya bukan buang masa. 

tak payah nak kejar traffic tu semua, tak penting. apa yang penting, segala yang kita tulis, datang dari hati. asah bakat,mana tau satu hari nanti boleh jadi penulis? hehe. ilmu yang kita dapat, kalau kita kongsi insyaAllah kita sendiri mudah ingat n kita sendiri akan amalkan. jangan jadi orang yang lokek ilmu. dapat simpan,guna sorang-sorang. ish3.

diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah r.a berkata daripada Nabi Muhammad s.a.w : " Tidak dari seseorang lelaki hafal ilmu maka disembunyikannya dari orang lain, kecuali didatangkan dengannya pada hari qiamat digari (yakni, dirantai) dengan rantai (gari yang diperbuat) dari api neraka " [Hadith sahih Ibnu Majah]

daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “ Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara,iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya ”

so mungkin sedekah jariah kita tak cukup,doa anak yang soleh belum pasti,tak salah la kita kongsi ilmu yang kita dapat,semoga ia memberi manfaat buat sesiapa yang membaca dan mengamalkannya,kan.

satu sabda Nabi Muhammad s.a.w yang buat saya terus bersemangat menulis blog ialah "sampaikan daripadaku meskipun cuma satu ayat ". insyaAllah,walaupun penulisan saya tak sehebat mereka yang lain,sekurang-kurangnya saya cuba. berkongsi walaupun sedikit,itu lebih baik

 Wahai Tuhanku, sesungguhnya dengan ilmu yang Engkau
kurniakan pada kami, akan kami gunakan sebaik-baik penggunaan.
akan kami ajak manusia yang jahil ke arah kebenaran, akan kami
seru umat manusia agar menyembahMu, sujud syukur
pada-Mu, akan kami ajak manusia beriman padaMu, pada
RasulMu dan pada hari kemudian, pada syurga dan
nerakaMu, akan kami ajak lagi manusia agar berfikir tentang
keagungan dan kehebatanMu menjadikan alam yang luas
terbentang ini 

kau kuatkanlah iman kami Ya Allah, kau tabahkanlah hati kami

.amin.

harta terpenting

semua orang ade harta yang paling disayangi kan? so kali ni nak share dengan korang harta yang paling aku sayang. sayang sangat sangat. kalau hilang,boleh nangis berguling-guling dibuatnya. ni cakap berdasarkan pengalaman,hoho.

1. sesiapa yang kenal qila,patut tau barang paling penting dalam hidup dia n akan di bawa ke mana saja dia pergi ialah lotion pink tu,haha. betol tak? tak silap aku, lebih 10 tahun dah guna lotion ni. macam-macam saiz botol ada,tu pun kalau di simpan layak sangat dah masuk malaysia book of records. tak percaya? sila percaya :)

2. barang kedua terpenting ialah jam tangan tu. dah 3 tahun pakai, tu pun lepas jam fevret yang 5 tahun dah dipakai terputus talinya. sangat kecewa ok,huhu. so jam ni adalah hadiah besday dari ayah bagi menggantikan jam yang dah tak boleh digunakan lagi tu. thanks ayah :)

3. barang ketiga terpenting adalah gelang kayu. sebenarnya aku tak tahu pun dari mana asal gelang tu. ntah la,aku rasa yakin bila ada something kat pergelangan tangan, so takkan nak pakai gelang batu bersinar tu semua. tak rock la,haha. yang penting gelang tu memang sangat-sangat aku sayang! sampai ayah pun dah salah faham tentang keistimewaan gelang kayu tu ;p

4. barang keempat terpenting pastinya incik nokia yang dibeli lepas spm. hadiah dari ibu n ayah. memang comey. pilihan encik aminuddin,hehe. akan ku jaga sampai bila-bila :)

5. barang kelima terpenting ialah cik puan sony. ni beli pakai duit sendiri. aku sayang sebab apa? bukan sebab ade 3g coz tak guna pon,haha. tapi sebab kameranya. puas hati la amek gamba pakai kamera cik puan sony ni. pengubat hati yang lara setelah rosaknya cik canon,huhu.

6. barang keenam terpenting yang sepatutnya jadi barang pertama terpenting disebabkan isinya adalah dompet ijau lumut tu. sebenarnya aku tak pernah ada dompet sampai la tiba hari nak masuk matrik. kat mana nak letak ic,kad atm,duit tu semua? so, pi la mintak jasa baek yo,bagi pinjam dompet dia tu. ya,tu bukan dompet aku sebenarnya,tapi nampak dah macam wat harta sendiri kan,lalala~

7. barang ketujuh terpenting ialah beg belang-belang yang dibeli kat dataran pahlawan. kalo takde beg ni,nak isi 6 barang terpenting tadi kat mana kan,hehe. nasiblah terer tawar menawar,dapat beli dengan harga rm18. berbaloi la tu :)

8. barang kelapan terpenting semestinya incik acer hadiah dari ayah. kalau tak kat mana la aku nak taip post ni bagi korang baca? hoho. walaupun tak berapa nak jaga dengan baik hingga menyebabkan badannya tercalar n pernah membiarkan dia hidup tanpa ditemani cik antivirus selama 2 bulan, aku tetap sayang incik acer ni :)

9. last sekali, barang paling penting dalam hidup aku ialah frame gambar hadiah dari akak angkat. macam-macam gambar ada kat situ. nak bagi korang tengok? aish,mana boleh,haha.

okeh,cukuplah 9 harta paling penting dalam hidup aku yang dapat kongsikan dengan korang semua. kenapa tak cukupkan 10? sebab aku suka nombor 9. jangan mempertikaikan keputusanku ini,haha.

bosan ke post kali ni? maaf lah,taip pon masa tengah bosan,hehe. sebab tu terhasilnya post yang tak penting untuk korang ni kan. takpe,yang penting ia penting bagi aku (",)v

Keinginan kepada harta tidak terbatas,padahal hidup sendiri terbatas. Kalau manusia tidak membataskan seleranya,sampai mati pun dia tidak akan merasa puas dengan apa yang dia ada.(Hamka)

p/ s : harta yang paling paling paling penting bagi kita semua sebenarnya ialah family kita, betol tak?  

Wednesday, June 2, 2010

cinta bukan segalanya!

salam semua. alhamdulillah khabarnya rakyat malaysia yang terlibat dalam misi bantuan kemanusian ke Gaza semuanya selamat. tapi untuk post kali ni saya bukan nak cerita pasal tu sebaliknya nak cerita pasal satu berita yang saya baca di surat khabar petang tadi bertajuk 'tergamak curi barang kemas ibu'.

rasa nak gelak terguling-guling bila baca berita tu. hai,bila la segelintir budak perempuan zaman sekarang ni nak sedar yang cinta tu bukanlah segala-galanya. camni beritanya, seorang budak perempuan berusia 17 tahun dikatakan mencuri barang kemas yang dianggarkan bernilai rm13,000 ketika ibunya sedang nyenyak tidur, kemudian menggadaikan semua barang kemas tersebut semata-mata untuk membelikan motosikal, hadiah buat teman lelakinya yang berusia 16 tahun untuk membuktikan kesetiaan cintanya. 

eh, apeke halnya la sengal sangat budak perempuan tu. nak kasik hadiah pon pakai duit sendiri la, ikot kemampuan. ni pi belikan mamat poyo tu sebijik moto! kalau hang anak datuk takpa gak. tapi memang lawak kan. saya pelik la kalau ada perempuan yang sanggup bergolok gadai untuk pakwe yang belum tentu jadi laki sendiri. mamat tu tak buat apa untuk dia, dia pi sebok-sebok nak tanggung mamat tu. alahai! jangan la jadi b***h. cinta bukan segalanya. sampai sanggup kecewakan ibu bapa sendiri. ibu bapa sendiri ok! mamat tu sapa? belum tentu mak ayah tu berkenan.

menurut apa yang saya baca, budak perempuan tu, membe dia yang dok tolong gadai barang kemas tu n teman lelaki dia sudah ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan. kan tak pasal-pasal jadi kes polis. ish3. memalukan. tapi yang bagusnya mak budak perempuan tu sendiri yang buat report polis. bagus la, jangan di biarkan anak macam ni. saya percaya, tindakan mak dia ni memang yang terbaik. budak zaman sekarang tak boleh dimanjakan sangat. 

teringat cakap-cakap orang yang selalu saya dengar n confirm wat saya gelak. masa sebelum kahwin ni memang la cinta segalanya, kalau kekasih hati jatuh tersepak batu, batu yang dimarahnya. bila dah kahwin, jatuh tersepak batu, mata kita dikatakan buta. hahaha. tapi tu berlaku kat orang lain la. harap tak berlaku kat saya,awak, n sesiapa yang baca post ni kan ;p

cukup-cukup lah berkorban untuk si jejaka wahai wanita sekalian. selagi dia belum menjadi milik kita yang sah, selagi tu kita kena tau setiap sesuatu yang kita lakukan ada batasnya. jangan banyak sangat berkorban andai belum tiba masanya. kita memang hebat merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. ingat! selalu lah letak family, rasulNya n Allah s.w.t di tempat yang tertinggi di hati kita

Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana. insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa.

Tuesday, June 1, 2010

siapa yang paling jahat?

semalam kecoh apabila kapal yang membawa bantuan untuk penduduk Gaza diserang rejim zionis. keluar berita sana sini kerana ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian tersebut. ada yang terkorban, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan mungkin ditempatkan di kalangan yang mati syahid,wallahualam. besar pengorbanan mereka kerana pergi membantu saudara seIslam kita disana hingga mengorbankan nyawa. kita? pernah tak kita terfikir,apa yang kita buat untuk bantu mereka disana?

saya teringat satu kisah yang saya baca tentang 3 orang penjahat. pada 1 malam,dorang bertiga ni keluar dan berborak. antara dorang bertiga, siapa yang paling jahat. setelah beberapa minit bertengkar dan ditambah pula dalam keadaan mabuk, lalu seorang wanita dihadapan mereka. untuk membuktikan dia yang paling jahat, penjahat pertama pun terus mendekati wanita terbabit dan merentap tudung yang dipakai wanita itu, menariknya ketepi lalu memperkosanya. setelah itu,dengan bangga dia berkata, lihat! akulah yang paling jahat antara kita semua.

penjahat kedua tak puas hati kerana dia merasakan dia yang paling jahat. lalu dia pergi pada wanita itu dan mula memperkosanya sekaligus membunuhnya dengan menikam wanita itu menggunakan pisau bertubi-tubi sehingga koyak rabak perut sehingga terburai isinya. dengan bangga dia berkata, tengok! siapa lagi jahat? akulah paling jahat antara kita bertiga. penjahat pertama pun mengakui bahawa penjahat kedua itu paling jahat.

tiba-tiba penjahat ketiga berkata, tidak! kamu berdua bukanlah yang paling jahat. yang paling jahat adalah aku,aku! dengan penuh rasa bangga dia berkata. kedua-dua penjahat tadi pun berkata, eh engkau tidak berbuat apa-apa,bagaimana kau boleh katakan yang kau paling jahat antara kami semua? kemudian si penjahat ketiga itu pun berkata, ya sebab aku tak berbuat apa-apa lah aku paling jahat antara kita semua. korang tahu tak siapa wanita yang diperkosa dan dibunuh itu? dia lah adik perempuanku. sambil ketawa dia berkata. terdiam lah kedua-dua penjahat tadi dan mengakui dalam hati bahawa penjahat ketiga itulah yang paling jahat diantara mereka semua.

so ape pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah 3 penjahat ni? apabila kita hanya berdiam diri melihat saudara kita ditindas dan dibunuh di Palestin sana tanpa berbuat apa-apa,ya kita juga sama seperti penjahat ketiga tadi. sedar tak,kitalah yang paling jahat antara semua. nauzubillah.

ingatlah,mungkin kita tak berkuasa untuk menentang rejim zionis tu tapi kita boleh membantu saudara kita disana dengan berdoa. berdoalah sesungguhnya itu senjata orang mukmin. Janganlah kita lalai, jadilah golongan yang membuat sesuatu walaupun sedikit. kita tidak boleh membiarkan alasan - alasan duniawi mengikat kita. bantulah mereka nescaya Allah akan membantu kita semasa kesusahan.

“ Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar ” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

“ Tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah s.w.t akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan ” (Hadis riwayat Imam Abu Daud)

http://www.lifeline4gaza.org/