Alhamdulillah berpeluang bernafas lagi hari ni. Semalam sakit kepala yang amat terus tidur, semua benda tertangguh. So pagi-pagi lagi dah busy kemas barang nak bawak balik rumah. Beg ja dah 2, tambah 1 file.. Tetiba dapat call dari ibu tanya bila saya nak balik. Saya cakap tak pasti mungkin petang kot, biaselaa Muar dengan Melaka bukan jauh sangat kan so beli tiket bas on time sudaa..
Mari kita layan sekejap dialog ibu dan anak dibawah
Saya : Banyaklah ibu barang nak bawak balik, bukan satu dua hari tapi seminggu ni, nak berstudy week kat rumah. Rindu,heee..
Ibu : Baju tak payah lah bawak balik....
Saya : Memang tak pon, ni semua buku lah ni..
Ibu : Laaa yang bawak buku banyak-banyak kenapa, bukan study pun nanti balik tido aje..
Errrk!
Kalau dah namanya ibu, mengandungkan kita 9 bulan pulak tu, taksah kalau tak memahami anak dia..
Kan??
Style tak..? Penuh dengan ilmu nih. Tengah pk camna nak bawak balik =.=''
Selamat mengulangkaji pelajaran kawan-kawan. Jangan kejanya dok tengok movie kat laptop lak (eh ni cam nasihat untuk diri sendiri). Oke dah jangan banyak main!! Selamat berusaha semua. Semangat! Semangat!
Biar susah dahulu, insyaAllah senang kemudian. Biar serabut dulu nanti happy kemudian. Lipat gandakan usaha bagi Allah s.w.t nampak yang kita betul-betul bersungguh baru lah Dia nak kasik ganjaran best. Tu pasal kena ikhlas, study kerana Dia. Tapi kalau hasilnya nanti tak dapat macam yang kita nak, ingat Allah pasti ada perancangan yang lebih baik buat kita. Pasti! :)
Bittaufiq wannajah ♥
Update : Ayah call cakap nak datang amek (tetibe!) Bole bawak banyak barang camnii.. Oh ayah memang yang terbaek :')
Update : Ayah call cakap nak datang amek (tetibe!) Bole bawak banyak barang camnii.. Oh ayah memang yang terbaek :')
2 comments:
Bittaufiq Qila :)
teringin nak jumpa qila...
syukran,same goes to u dear :)
yep! yep! nnt kita da grad ade mse free bole jmpe..teringin gak >.<
Post a Comment