pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Monday, December 7, 2009

apabila dua hati disatukan dengan izinNya~

sabtu yang lalu aku ke johor baharu..dua pupu ku bersanding iaitu anak kepada sepupu ayah.. aku doakan semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat,amin..wlaupun aku tak kenal abang nie,tapi takpe yang penting kita bersaudara,hehe..

dilahirkan dalam keluarga yang cukup besar membuatkan aku tidak berapa mengenali beberapa individu yang hadir..memalukan,tapi aku bersyukur memiliki ahli keluarga yang ramai,alhamdulillah.. meriaaaahh bak kata orang,hehe..

ada yang tidak ku jumpa bertahun-tahun lamanya,alih-alih sudah ada anak..dulu masa jumpa masing-masing masih kecil,tapi sekarang sudah banyak bezanya,seiring dengan diri yang semakin meningkat dewasa..emm,sungguh cepat masa berlalu (",)

sehingga kan seorang pakcik menegur aku  'yang ni dah bertunang ke..??' owh,aku anggap gurauannya sebagai satu doa..insyaAllah suatu hari nanti jika sudah sampai seru..aku takkan lupa mejemputmu pakcik,hehe..

sebenarnya walau jauh mana pun kita dipisahkan,bagi aku hubungan persaudaraan tetap utuh..jangan sesekali kita memutuskan hubungan silaturrahim..kerana “Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan..” (Hadith Riwayat Al Bukhari dan Muslim)..

seperti kisah dizaman Nabi Muhammad s.a.w yang mana disuatu majlis,baginda bersabda "Jika di majlis ini ada orang yang memutuskan silaturrahim,silakan berdiri, jangan duduk bersama kami.." selepas itu,hanya seorang saja yang  berdiri lalu pergi tetapi kemudiannya dia datang semula..kemudian Rasulullah s.a.w bertanya mengapa dia berkelakuan begitu..dan lelaki itu menjawab,setelah mendengar sabda baginda dia segera bertemu dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengannya untuk saling bermaaf-maafan..

setelah mendengar cerita lelaki itu tadi,baginda terus bersabda "Kamu telah melakukan perbuatan yang baik, duduklah, rahmat Allah tidak akan turun ke atas suatu kaum jika di dalamnya ada orang yang memutuskan silaturrahim.."

oleh itu,sama-sama lah kita menjaga hubungan persaudaraan..semoga kita mendapat rahmat daripada Allah s.w.t seperti yang dijanjikan dalam firmanNya yang berbunyi “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat..” (QS. Al Hujuraat : 10)

kerana segan,inilah hasilnya,maaf,gambar terlalu jauh,hehe..

Hawa dijadikan dari rusuk Adam
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Bukan pula dikaki untuk dijadikan pengalas
Tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup
Dekat dengan lengan untuk dilindungi
Dekat dengan hati untuk dicintai

** teringin mengumpulkan seluruh ahli keluarga dari sebelah ibu dan juga ayah, mungkinkah mencecah ratusan..? =P

2 comments:

sinarcahaya said...

mmg seronok bila ada family besar dan ramai...
mampukah kita skrg nie menjadi mcm org dulu2? kahwin, memiliki anak yang ramai dan terdidik menjadi anak yg baik dan soleh.

qila~ said...

tau xpe,hehe..
insyaAllah,smuanya ats khndk Allah n kita pn sme2 b'usaha utk m'jd ank yg soleh utk m'lhirkn ank2 yg soleh juga =)