buat semua sahabat tersayang,semoga apa yang korang rancangkan untuk tahun depan berjaya hendaknya..mungkin tahun ini tidak begitu indah jalan yang kita lalui,percayalah itu semua ada hikmahnya..sekalipun jalan yang dilalui sangat indah,jangan lupa untuk bersyukur kerana Dia boleh tarik semula keindahan itu pada bila-bila masa..ingatlah walau apa pun yang kita rancangkan, segalanya terletak ditangan Allah s.w.t..kita hendaklah berusaha,berdoa dan seterusnya berserah kepadaNya..
~
Allah s.w.t berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 159,maksudnya:
Dan apabila engkau telah berazam untuk melakukan sesuatu perkara, maka hendaklah engkau bertawakal kepada Allah.. Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bertawakal kepadaNya...
~
jangan lengahkan segala apa yang korang impikan..cubalah sebaik mungkin untuk menggapainya kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang..
~
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Kahfi, ayat 23 yang bermaksud :
Dan janganlah engkau katakan pada sesuatu perkara bahawa aku akan lakukannya pada keesokan harinya, kecuali kamu katakan juga InsyaAllah..
** gelang kayu sudah d'jumpai,alhamdulillah..sgt2 hepii :)
Dan janganlah engkau katakan pada sesuatu perkara bahawa aku akan lakukannya pada keesokan harinya, kecuali kamu katakan juga InsyaAllah..
** gelang kayu sudah d'jumpai,alhamdulillah..sgt2 hepii :)
No comments:
Post a Comment