pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Monday, December 14, 2009

sudah miliki kamus yg baru =)

ketika menantikan masuknya waktu zuhur tadi,boleh dikatakan aku sedang termenung ketika itu..tiba-tiba,adikku menyerahkan sebuah buku yang agak tebal,bertajuk la' tahzan~jangan bersedih~don't be sad karya Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni kepada aku..sambil menghulurkan buku itu dia berkata 'jangan bersedih'.. [masih sempat lagi kamu bergurau ya,haha..]

owh,terharu sungguh aku rasa masa itu,coz aku memang teringin sangat membaca buku itu saat ini,tak sangka ibu saudara ku memilikinya..sangat berterima kasih kepada kamu cik nur alya kerana bagi buku ini untuk aku baca,kamu sangat memahami =)

jangan kamu risau,aku tidak lagi bersedih,cuma masih lagi dalam proses memulihkan semangat yang sedikit hilang,hehe..aku yakin aku boleh..! dan aku pasti dengan berlakunya ujian sebelum ini,ia berjaya mendekatkan lagi aku kepada Maha Pencipta dan menjadikan aku seorang insan yang baru..aku seperti baru tersedar dari lamunan yang panjang..masih tidak terlambat bukan,hehe..

aku sendiri dapat rasakan yang aku sudah sedikit berubah..aku semakin menghargai sesuatu dan semakin mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan..dan aku semakin percaya dengan segala apa yang berlaku ada hikmah tersembunyi..bukanlah bermaksud selama ini aku tidak bersyukur atau tidak percaya tetapi rasa itu semakin bertambah..ya,aku sangat pasti =)

indahnya ujianMu itu ya Allah,terima kasih kerana memilih aku untuk menghadapinya,Alhamdulillah..

masih lagi dalam proses menghayati isi kandungan buku ini,sangat indah (",)

** mungkin ada yang berkata aku sudah ketinggalan kerana baru hendak mula membaca buku ini....owh tidak mengapa,tiada istilah 'ketinggalan' dalam kamus hidup aku yang baru =P

2 comments:

gewd-gurL perhaps said...

qila sayang, jangan bersedih lagi. betul ape kamu cakap tu. u deserve it, hanya ALLAH yang tahu. kan3..?

qila~ said...

a'ah,sgt tidak b'sedih lagi..dun worry =) bile bce bku ni,mmg rse diri sgt b'tuah,hehe..