sebelum baca apa yang ditulis kat bawah nie,harap korang tak mempertikaikan 'pesanan' yang cuba aku sampaikan kali ini..saje je nak share kegembiraan coz AKHIRNYA dapat jugak aku tengok movie saw yang ku idam-idamkan,hehehehehe.. [ ok,hati still bahagia walaupun dah beberapa jam berlalu (",) ]
aku sangaaaat suka tengok movie yang melibatkan pembunuhan kejam,darah yang sangat banyak dan mungkin juga melibatkan hantu,hehe..pendek cerita,movie yang genre nya seram dan ganas..18SG tanpa melibatkan 'aksi-aksi terlampau' ok...dah banyak movie 18SG yang aku tengok sampaikan kadang-kadang aku boleh teka dengan tepat siapa pembunuhnya,siapa yang jahat dan bagaimana jalan cerita nya..rasa macam diri ni director la pulak =P [ agak tidak seronok disitu coz dah tak suspen,haha..]
contohnya macam semalam,baru tengok cerita saw iv..1st time dalam hidup terasa tak sanggup nak ngadap cerita secara direct dari mata terus ke skrin seperti sebelum-sebelum ni,haha..terpaksa memegang bantal untuk menutup muka,aishhh..bukan sebab takut,tapi sebab loyaa~pengakuan yang memalukan,huhu..
bayangkan,untuk tidak mati dibunuh,korang terpaksa memotong apa-apa saja yang terdapat pada diri korang dan kemudian akan ditimbang beratnya..kalau timbangan korang lagi ringan,korang akan dibunuh..macam dalam cerita tue,sorang lelaki potong lemak kat perut dia untuk ditimbang,sorang perempuan ni plak pilih untuk potong tangan dia..tangan lebih berat,of course perempuan tue menang dan lelaki tue plak mati..
bayangkan korang terpaksa memilih untuk menyelamatkan salah 1 antara 2 orang yang korang kenal daripada mati digantung..yang mana korang pilih..??
bayangkan korang terpaksa pilih 2 daripada 6 orang untuk tidak ditembak mati oleh mesin yang korang sendiri boleh control..tapi untuk menyelamatkan 2 orang tue pun,korang terpaksa mencederakan diri korang sendiri..apa yang korang akan buat..??
amboih,berapa banyak bayangkan daa..haaaa,susa kan..tapi tue dalam movie la,tak mungkin kot boleh jadi realiti.. [ ade perkataan 'kot' disitu,maksudnya tiada apa yang mustahil,hehe..]
ok,setelah puas berkongsi kegembiraan,boleh la sampaikan pesanan..walaupun agak tiada kaitan dengan ape yang dibebelkan diatas ni,sorrryy..korang baca jela ek.. (",)v
pastinya dalam hidup ni kita tak boleh lari dari membuat pilihan..kena pilih nak pakai baju apa,nak makan apa,nak duduk kat mana,nak solat bila masuk waktu atau 'nanti-nantilah',semuanya kena pilih..dan pilihan tue terletak kat tangan kita sendiri..kalau salah buat pilihan,buruk akibatnya..tapi kadang-kadang akibat yang buruk tue boleh mengajar kita..at least kita takkan ulang kesilapan yang sama kan..
bagi aku la,kegagalan tue adalah permulaan bagi suatu kejayaan..em stakat buat pilihan nak makan apa,nak tido pukul berapa,tak la susah kan tapi camne kalau pilihan yang bakal kita buat tue menentukan masa depan kita..??
kalau pilihan yang sukar perlu dibuat,tiada jalan yang lebih baik melainkan melakukan solat istikharah =)
ramai yang salah anggap,ingatkan solat ini hanya perlu dilakukan apabila ia melibatkan soal jodoh..oh tidak sama sekali..yang pasti,hanya boleh beristikharah untuk perkara yang harus sahaja..perkara yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan sama sekali ok..
dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda : “ di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya ”
sabda Nabi Muhammad lagi : “tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat” (Hadith Riwayat Thabrani)
** bolehkah aku pilih untuk tidak memilih....??
No comments:
Post a Comment