ayah dan ibu,mereka sentiasa ada untukku,terima kasih kalian kerana memahami..aku sangat mencintai kalian,maafkan aku kerana mungkin telah mengecewakan..aku sudah buat yang terbaik,betul kata dia..aku sudah berdoa,mungkin ini belum masanya untuk Allah kabulkan,aku percaya..dan aku telah bertawakal dan inilah hasilnya..tapi aku mungkin tidak berjaya memuaskan hati kalian,maaf :'(
sekali lagi aku bermuhasabah diri,dimana silapnya..adakah salah pilihan yang aku buat selama ini? akhirnya aku yakin,Allah berikan ujian itu kerana Dia sayang kan aku..aku antara insan yang terpilih menerima ujian dariNya..ya,semoga aku sentiasa berfikiran positif,tabah dan cekal menghadapi bukan sahaja ujian ini bahkan ujian-ujian lain yang akan datang,amin..
Dia tak akan menguji jika aku tidak mampu menanggung ujianNya itu..terima kasih Ya Allah,itu tandanya Kau kasihkan aku,Kau tahu aku boleh menghadapinya dan Kau tahu aku akan berusaha untuk mencapainya..setiap apa yang berlaku itu,aku pasti ada hikmahnya kerana semua tahu Kau Maha Adil..
Rasulullah s.a.w berfirman :
barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya,nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan..(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
** apa yang Kau tetapkan Ya Allah,aku pasti itulah yang terbaik ('',)
No comments:
Post a Comment