pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Saturday, April 10, 2010

kisah yakjuj dan makjuj~

salam..untuk usrah yang terakhir aritu,topik yang dibincangkan ialah 10 tanda2 besar kiamat..saya pasti ramai yang sudah tahu mengenai 10 tanda besar tersebut..jadi kali ni saya nak highlight kan 1 sahaja tanda besar kiamat yang bila mana diceritakan oleh kak nora dan kak fiza,betul2 buat bulu roma saya meremang dan rasa takut sedikit sebanyak menguasai diri,huhu..

bukan kisah dajjal,seperti yang banyak dibincangkan tapi saya pilih kisah Yakjuj dan Makjuj.. menurut apa yang mereka ceritakan,Yakjuj dan Makjuj adalah satu bangsa dari keturunan Nabi Nuh..anak kepada Yafis,iaitu anak Nabi Nuh yang ingkar..Yakjuj dikatakan besar seperti raksaksa manakala Makjuj kecil seperti siput dan mereka memiliki rupa yang kurang sempurna..mereka juga mempunyai nafsu makan yang sangat2 kuat..hinggakan apa sahaja tumbuhan yang mereka makan,akan terus mati dan apa sahaja minuman yang mereka minum akan terus habis..dan ini menyebabkan Nabi Zulkarnain membina satu tembok besar bagi menghalang mereka untuk terus melakukan kemusnahan pada beribu2 tahun dahulu..

dan sekarang,tembok itu dighaibkan dari pandangan mata kita,sebaliknya ia akan dimunculkan apabila hampir tiba hari kiamat nanti..itu janji2 Allah.. Al-kahfi [98] " Setelah itu berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.."

bayangkanlah,Yakjuj dan Makjuj yang dikepung dalam tembok tue beribu2 tahun dahulu,sekarang pastinya sudah membiak2..ingatlah,Yakjuj dan Makjuj bukan hanya 2,tapi ianya adalah satu bangsa..! sangat2 ramai,takutnya Ya Allah..bila tiba masa mereka dibebaskan,apa jadi dengan dunia nie..? ya,ibarat padang jarak padang terkukur,huhu..

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s. “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”

Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi..Nabi Isa a.s. dan pengikutnya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu yg mana bermaksud  kekurangan makanan yang terlampau..Maka berdoalah Isa a.s. dan pengikutnya supaya Yakjuj Makjuj dibinasakan.. Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj dan Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus..

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat kosong, melainkan dipenuhi oleh bangkai busuk.. Maka berdoalah Nabi Isa dan pengikutnya kepada Allah supaya bangkai busuk itu hilang, lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah..lalu Allah turunkan hujan lebat, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin..

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” masa tue, sekumpulan orang kenyang juz dengan makan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya..Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang.. ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka..Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam.. Maka tinggallah orang-orang jahat,lalu di kala itu terjadilah kiamat..

kisah Yakjuj dan Makjuj ini telah pun disebut dalam al Quran dan yang saya tulis ini adalah menurut Riwayat Muslim..semoga menjadi iktibar buat kita semua untuk sentiasa bersedia menghadapi hari kiamat..kadang2 terfikir juga untuk memohon kepada Allah supaya diambil nyawa ini sebelum kiamat berlaku kerana takut memikirkan bencana2 yang bakal terjadi,huhu..semoga iman kita semua semakin kuat seiring dengan pertambahan hari,amiinn~

diharap kisah yang sedikit dikongsikan ini mendatangkan banyak manfaat,insyaAllah :))))

3 comments:

Anonymous said...

sungguh m'insafkan..hrap mberi ksan d hti pda ssiapa yg mbcnya.. truskan dakwah jg menulis..
Allahuakhbar..
(^_^)

qila~ said...

amiiinn..insyaAllah,skdar b'kongsi ilmu yg bru d'mliki :) allahuakhbar~~

Anonymous said...

(^_^) sya mnnti hasil tulisan saudari yg strusnya..