pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Monday, April 12, 2010

mereka yang bahagia buat aku gembira :)

aku selalu lihat dia mengucup dahi isterinya..aku selalu lihat dia membantu isterinya membuat kerja rumah..dengan bangga sambil mengelap tangan isterinya yang berminyak kerana baru selesai makan,dia bertanya,pernah nampak orang lain buat macam nie tak..?ouh...smbil tersenyum,aku pula yang terasa malu..

dia pernah bercerita sewaktu anak2nya masih kecil dan dalam keadaan tidak sihat manakala isterinya sedang bekerja, dia yang bersusah payah membawa mereka ke klinik,menjaga mereka,mendodoi mereka..dia yang selalu mengimamkan solat maghrib tika anak2 masih tinggal bersama,selalu mendoakan kesejahteraan keluarga dalam doanya..dia yang selalu memberi kata2 nasihat kepada isteri dan anak2,selalu bersabar melayan kerenah mereka dengan senyuman..bagi aku dia lah segalanya..

tika anaknya yang sulung mengalami alahan kulit,dia bersama isterinya sanggup datang dari jauh semata2 untuk menjemput si anak pulang dan membawanya ke klinik..tika anaknya yang kedua sedang mengalami sakit kepala ditengah2 malam,lalu mengetuk bilik si ayah meminta bantuan,bangun lah dia walau dalam keadaan mengantuk ketika itu untuk memicit kepala si anak tadi..tika anak ketiganya yang selalu kehilangan barang kerana kesilapan sendiri tercari2 barangnya,dia bersama2 turut serta bantu mencari sambil menggeleng kepala melihat tingkah si anak..tika anak yang bongsu meminta itu dan ini,dia cuba untuk penuhi agar si anak tadi pulang membawa senyuman bukannya pulang dengan tangisan menitis dipipi..

si isteri pula,bersusah payah membawa kandungan selama sembilan bulan untuk ke empat2 anak mereka..bangun diwaktu pagi menyiapkan sarapan,menguruskan keperluan anak2 tanpa mengeluh sekalipun kerana dia tahu itu tugasnya sebagai seorang isteri dan juga ibu..sentiasa sabar melayan telatah anak2 yang berbeza2 gaya..sentiasa setia menemani suaminya ke mana jua..ku pasti dia sangat2 bahagia memiliki seorang suami yang sangat memahami dan penyayang,jadi apa yang dia mahukan lagi..cukuplah setakat ini..

selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 24 ayah dan ibu, angah sayang kamu berdua sangat2..!! (>_<)

semoga Allah sentiasa memberkati pasangan ini kerana mereka lah ayah dan juga ibu ku.. terima kasih kalian atas segalanya,kerana mendidik dan membentuk kami menjadi insan yang berguna..akanku balas jasamu,jangan kalian ragui tentang itu,insyaAllah..terima kasih ya Allah kerana memberi aku ibu bapa yang terbaik dan sebuah keluarga yang sangat2 bahagia..alhamdulillah,terima kasih

p/s : aku tidak meminta lebih,cukuplah andai di kurniakan seorang pembimbing diri ini ke jalan Ilahi,seorang teman serta sahabat yang baik hati,iaitu seorang suami yang cukup memahami seperti ayah ku ini disuatu hari nanti..semoga Kau lindungi kami...amiin ya rabbal a'lamin~~ 

5 comments:

yusrianna said...

semoga permintaan anda dimakbulkan.
amin :)

The lady said...

harini ke Qila??

qila~ said...

yus : thanks,amin :))
una : eh xla,10/4 aritu..post delay,haha..

Anonymous said...

buat aku nak balik sgt..thanks btw for a great reminder =)

qila~ said...

sabo le,nnt bln 6 anda blik kan :)
wlcome2,thanks sudi singgah blog nie,hehe..