pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Wednesday, April 28, 2010

tahukah korang maksudnya?

petang2 yang damai nie buat saya teringat pengalaman masa sekolah petang a.k.a sekolah agama..masa dulu aktif,jadi pengawas..ibu siap buatkan kain hijau lagi,pengawas laen tak pakai pun..saya yang berkobar lebih,heh..kenangan join pertandingan hafazan,belajar mengaji dengan ustaz,memang best..pergi kedai makcik esah beli makanan ringan perisa jagung..beli aiskrim 10sen..beli keropok lekor makcik kantin..menyelinap pegi sekolah menengah beli donut gebu dengan air 60sen kat mesin..macam2 lah..eh eh,banyak cerita pasal makanan nie terbukti saya memang kuat makan,haha..

sebenarnya saya nak tanya,berapa ramai antara kita tahu maksud bacaan dalam solat yang kita lakukan 5 kali sehari tue? sila angkat tangan.. emm masa sekolah agama dulu,saya rasa cikgu ainon pernah bagitau pasal nie,tapi masa tue budak2 kan..pegi kaco kawan sebelah kanan,pegi kaco kawan sebelah kiri,last2 ape yang cikgu ajar tak diambil peduli..tapi tue bukan saya tue budak lain..saya dulu pendiam kat sekolah,haha..rindu pula kat cikgu ainon n cikgu katimon :)

oleh tue kali nie saya nak kongsi dengan korang sume maksud2 bacaan dalam solat..insyaAllah sama2 lah kita berusaha menghafal dan memahaminya supaya solat kita lebih khusyuk dan lebih bermakna

Doa Iftitah

Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik…
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku.
Rahmatilah daku.
Kayakan daku.
Angkatlah darjatku.
Rezekikan daku.
Berilah aku hidayah.
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .

usai membaca maksud bacaan dalam solat nie,apa perasaan korang? indahkan.. sangat sangat sangat sangat sangat indah..!! harap sangat2 dapat hafal maksud bacaan nie.. insyaAllah selesai exam nanti saya mula..sape mau join? hehe..

kalau lah setiap umat Islam dalam dunia betul2 menghayati maksud bacaan dalam solat nie, confirm2 takde yang berani mencuri dalam solat n solat sekadar ikut2an..pastu,nak solat pun rasa tak sabar2 kan :))) moga saya,anda dan kita semua yang membaca dikuatkan iman setiap hari dan dicambahkan rasa cinta pada Allah setiap detik,amin~ 

3 comments:

phateen89 said...

aq rse aq nk join ko...plg mnarik phatian aq maksud bacaan ketika duduk di antara 2sujud 2...aq start kn hafal maksud bacaan 2 dulu...heh,bleh ke cm2 ek?

Anonymous said...

memang ok cra mcm ni..salah 1 cra utk mdptkn khusyuk dalm solat ialah mmhmi sgla bcaan yg d bca..dulu ms sy kcil2 ustz sy jg pnh suruh hfl mksd bcaan..bermula dgn al-fatihah..setiap hri ustz sy tnya..jd sblm p sek agama kna memastikan dri da hfl klu x kna rotan..he2.
p/s mmg bgs praktikkan cra ni..mula perlhn2 lama2 nnt dpt byk..insyaAllah..(^_^)

qila~ said...

fatin : wah,sme la kita..aku pn ske mksd bcaan dduk antra 2 sjud tue :) eh boley je,mne2 la nk hfl..moga kita istiqamah,amin :))

pkcik : waa,kalo la cgu skola sy dlu sgarang ustaz pkcik,cnfirm skrg sy da hfal sume nie,hehe..