pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Saturday, May 15, 2010

khas buat cikgu ♥

post kali ini saya tujukan khas buat guru-guru yang sangat banyak berjasa dalam hidup sepanjang 17 tahun saya menuntut ilmu di dunia ini. tak terlalu awal untuk saya mengucapkan selamat hari guru buat mereka, terima kasih cikgu, jasa cikgu akan saya kenang sampai bila-bila :)

tadika pt. keroma : pastinya bukan pengalaman manis buat saya ketika masih berumur 5 tahun diminta untuk pergi ke sekolah dan belajar,haha. sebab apa saya cakap camtu, coz saya menangis di hari pertama persekolahan! dan berdirinya di pintu kelas, cikgu bedah. ya,antara guru yang pertama saya kenal dalam hidup. sangat baik hati dan tegas orangnya. bermula dengan abc,123 hinggalah alif ba ta. semuanya saya pelajari disini. terima kasih cikgu, saya sayang cikgu

skpr : menghabiskan 6 tahun belajar disini membuatkan ramai guru yang saya kenal datang dan pergi dalam hidup. berkenalan dengan cikgu anis yang mengajar bahasa melayu semasa darjah 1 adalah pemenang anugerah ibu mithali kerana ke tujuh-tujuh anak beliau berjaya menjadi doktor. tengok dekat tv sambil menjerit-jerit itu cikgu angah,itu cikgu angah! haha. sampai kena tegur dengan along,bukan cikgu angah sorang,cikgu along jugak :p

tetapi yang betul-betul rapat dengan saya ialah cikgu umi. ya,guru pendidikan jawi saya. agak lantang suaranya dan kalau terkena cubitan berbisa dia,lebam kot,haha. banyak menasihati lebih-lebih lagi perihal agama cukup membuatkan saya sangat-sangat menghormatinya. selain cikgu umi, cikgu hamidah, cikgu ainah dan cikgu aisyah juga banyak membantu saya dalam pelajaran. alhamdulillah, saya pergi meninggalkan sekolah yang tercinta ini dengan keputusan yang memuaskan hati mereka semua. terima kasih cikgu, saya sayang cikgu

sabgs : saya tak sangka akan sambung belajar ke peringkat menengah di sekolah yang semuanya adalah pelajar perempuan. antara pengalaman yang banyak membantu saya supaya lebih menjaga diri dan menjadikan siapa saya sekarang,alhamdulillah. disini saya berjumpa dengan lebih ramai guru yang pastinya memiliki pelbagai karakter.

tapi seorang guru yang paling saya ingat ialah mama bushra. dia merupakan guru kelas semasa saya di tingkatan 3 dan mengajar subjek pendidikan islam. mudah dibawa berbincang walaupun agak garang,hehe. kecil sahaja orangnya. dia banyak memberi kata-kata nasihat. saya masih ingat ketika dia menyerahkan slip keputusan pmr, sambil menggengam tangan saya dia berkata, tahniah awak cemerlang, saya bangga. sangat terharu masa tue,huhu. terima kasih cikgu, saya sayang cikgu

kmj : kehidupan di matrik sangat seronok bagi saya. satu keputusan besar yang saya lakukan dengan berpindah dari kos sains fizikal ke kos perakaunan nyata bukan keputusan yang sia-sia. disini saya mendapat pensyarah yang terbaik, antaranya ayah aji dan puan syafinaz. mereka berdua membuatkan cinta saya kepada dunia akaun dan perniagaan semakin bercambah. mengenali mereka membuatkan hidup saya di matrik sentiasa penuh dengan gelak ketawa. betol! terima kasih cikgu, saya sayang cikgu

uitm : melangkah kaki ke universiti adalah seperti impian menjadi realiti. disini lebih ramai pensyarah yang saya kenal kerana setiap sem akan bertukar subjek dan pensyarah. terlalu banyak nama andai ingin disebutkan. apa yang penting saya nak mereka tahu, saya sangat berterima kasih kepada cikgu, saya sayang cikgu

last but not least, satu pengalaman yang paling tak dapat saya lupakan dalam hidup ialah belajar add math dengan en.wahid. guru tusyen saya semasa di tingkatan 5. walaupun dia bukanlah seorang guru tetapi kelebihan yang dia ada betul-betul banyak membantu saya. dari seorang yang sentiasa failed dalam test dan exam add math di tingkatan 4, saya mendapat keputusan yang sangat-sangat diidamkan semasa result spm diumumkan. alhamdulillah. terima kasih en. wahid, terima kasih banyak-banyak atas ilmu yang dicurahkan :))

selamat hari guru juga diucapkan buat ustaz tuah, ayah angkat saya di sekolah rendah, madam fong guru sejarah saya yang sangat comey, madam tan guru matematik saya, puan rohana mentor saya, puan saadiah guru bahasa melayu, en. hashim guru fizik, madam jeya guru biologi, madam lee guru kimia, miss tan guru english, cikgu katimon, cikgu ainon, cikgu sabariah, iaitu guru-guru sekolah agama saya dan en.zamri guru tusyen akaun saya. anda-anda semua memang yang terbaik!! Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua :)

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
-usman awang-

p/s : terlalu banyak ucapan terima kasih buat guru tercinta hingga terlupa pada 'guru' yang sangat sangat sangat banyak mencurahkan ilmu buat saya iaitu kedua ibu bapa saya. terima kasih ibu, ayah, angah sayang korang selalu terima kasih Ya Allah atas jalan hidup aku yang Kau tentukan setakat ini, segalanya indah belaka,insyaAllah moga sama untuk yang seterusnya :)))

2 comments:

Anonymous said...

(^_^) gembiranya dpt student mcm ni..hehe.klu ada 1o lgi mcm ni psti smua nk jdi ckgu la..he2 ^^

qila~ said...

insyaAllah nnt ade la student pkcik yg wat post cmni gak,hehe.. slmat hari guru pkcik!