pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Tuesday, August 31, 2010

saya jatuh cinta!

dah lama 2 biji novel 'ketika cinta bertasbih' milik adik saya terperap kat rak buku di rumah. tak mampu saya habiskan baca. tak ada masa. tapi tahu jalan ceritanya sangat menarik. semalam saya berpeluang tengok cerita tu. akhirnya! tak kesah la kalau ketinggalan zaman sekalipun. janji dapat tengok. apa yang saya cuma mampu kata : 5 bintang! satu-satunya cerita yang betul-betul puas hati saya tengok. sangat puas hati. kalah cerita 'ayat-ayat cinta'. *maaflah buat peminat ayat-ayat cinta,hehe*

banyak scene yang berjaya buat airmata saya mengalir. sampai ditegur rakan kenapa mata saya bengkak,haha. andai kita menangis kerana Allah kan lebih baik. itulah selemah-lemah manusia, lebih-lebih lagi saya. mudah menangis ;p so antara scene yang membuat hati saya tersentuh ialah scene Azzam lulus peperiksaannya di Universiti Al-Azhar setelah 9 tahun belajar disana, scene Vivi menerima lamaran Azzam menjadi tunangannya, scene Anna sujud syukur setelah mengetahui bakal dinikahkan dengan Azzam dan sudah semestinya scene ibu Azzam meninggal dunia. aissh,banyak lagi sebenarnya. anda tontonlah sendiri :)

pengajaran utama yang saya dapat dari cerita ni ialah kalau dah jodoh, takkan kemana. betul, Allah tu Maha Berkuasa, walau macamana hebat dan bersungguh pun usaha kita, kalau bukan dia jodoh kita, bukanlah. sudah ditetapkan di Luh Mahfuz siapa dia. oh ye, buat rakan yang ku sayangi, jangan kecewa dan bersedih hati andai pilihan anda tak menjadi, sebab pilihan Allah tu pastinya yang terbaik buatmu.


tak silap saya pelakon untuk watak utama cerita ni memang khas dicari melalui ujibakat di serata Indonesia. memang tidak popular,kacak atau secantik mana tapi percaya lah korang akan terpikat dengan mereka hingga boleh jatuh cinta,errkk~ watak Azzam dan Anna digarap dengan sangat baik serta dibantu pula dengan pelakon sampingan yang tidak kurang juga mantapnya membuatkan cerita ini menjadi sebutan ramai pihak dan pastinya menambat hati saya dan mungkin anda juga setelah menontonnya nanti,hehe.

sekalipun cinta telah kuuraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cinta ku datangi, aku jadi malu pada keterangan ku sendiri ~ Anna Althafunnisa.

p/s : korang dengarlah ost cerita ni bertajuk 'haramkah' nyanyian Melly Goeslow. lirik yang mendalam,saya sangat sukee >.<

Sunday, August 29, 2010

berbuka bersama.

salam semua. Alhamdulillah dah 19 Ramadhan, semalam baru berpeluang berbuka puasa dengan family tercinta setelah sekian lama menghitung detik dan masa. tak puas lagi melepas rindu sebenarnya tapi nak buat camne esok dah kena balik semula ke Melaka coz ada 5 hari lagi yang memerlukan saya dan rakan-rakan ke kelas menuntut ilmu sebelum bercuti raya.

owh ye,tadi ikut ibu,along n yo pergi carik tudung untuk baju raya kat baitulmal. sangat ramai orang. sampaikan saya tiba-tiba rasa nak pitam. cepat-cepat ajak ibu balik. pelik jugak, tak pernah saya macam tu. masa balik rumah semalam saya p timbang berat. tak sangka, dah laaama tak merasa tengok nombor tu. takkan laaa. selera makan pun dah kurang. sebungkus laksa 3 kali makan pun tak habis, bayangkan. sakitkah saya? emm,saya harap saya sihat-sihat saja. doakan ya :)

alhamdulillah semua barang dah dapat sebelum kejadian tu then kitorang pun terus balik. mesti ada hikmah di sebalik kejadian tu kan. dapat elak kami dari berbelanja lebih,hehe. akhirnya dapat la saya 2 pasang tudung n sehelai jubah untuk raya. dah besar-besar ni tak rasa sangat nak bergaya lebih time raya. masa kecik-kecik dulu yela. tak matang lagi kan. matang la sangat,haha. teringat kata-kata ustazah, raya tu satu hari ja sebenarnya. tapi kita ni dok sebok sambut sampai sebulan. lebih-lebih pulak. tak payah tengok jauh. tengok kat rumah kita sendiri ja. kalau rumah tak cat baru paling koman pun mesti tukar langsir baru kan? ;p

yang pentingnya bulan Ramadhan, bukannya Syawal. lepas tu nak beli itu ini sampai ada yang membazir, kan tak elok. kalo niat dah salah, jadi niat nak menunjuk-nunjuk pulak. nauzubillah~ em betul la kata ustazah tu. so mulai sekarang,sama-sama la kita muhasabah diri. walaupun raya tu setahun sekali n masa tu jela nak bergaya meletups-letups sampai orang semua toleh n puji, kena la ingat Ramadhan pun setahun sekali. kalau pergi shopping raya berjam-jam tak penat, tengok shopping complex n segala bazar pun penuh, takkan nak meramaikan majlis tadarus kat masjid tak sempat n buat tarawikh berjemaah pun tak boleh kan :)

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari)

bulan Ramadhan tak lama lagi ja nak tinggalkan kita :'( semoga dipanjangkan umur dan kita terpilih untuk dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar itu. amin~

Wednesday, August 25, 2010

jawapan : bahaya cinta!

salam semua. alhamdulillah dah 15 Ramadhan pun. bersyukur sangat Allah bagi peluang untuk kita terus bernafas . post kali ini pendek ja, bagi menjawab persoalan yang mungkin masih berlegar-legar lagi di fikiran pembaca blog berkaitan dengan post saya sebelum ini yang bertajuk bahaya cinta!

saya ni bukan lah pakar kaunseling cinta, tapi disebabkan hati sendiri pun tertanya-tanya mungkin ada jalan lain yang boleh kita dapat untuk mengatasi masalah ini, akhirnya saya temui jawapan apabila membaca blog ukhti syakila. betul-betul tepat keluarnya artikel itu sehari selepas kita semua masih keliru. Allah Maha Besar. mungkin ini salah satu cara Dia ingin menunjukkan jalanNya pada kita.

so disebabkan ilmu saya yang masih banyak sangat kurangnya ni, saya tak berani nak komen apa-apa. korang sendiri boleh baca, fahamkan, tanya pada yang lebih pakar berkaitan perkara ini dan jangan terlalu cepat menilai. saya sekadar membantu :)

korang boleh baca jawapan kepada persoalan yang korang cari tu disini :

1. blog a muslimah meddie - ukhti syakila
2. halaqah.net
3. blog episod sebuah perjuangan
4. forum al-fikrah.net
5. forum iluvislam.com

lepas korang baca semuanya di atas ni, korang bagitau la apa pendapat korang ye. saya rasa ada jugak betulnya lebih-lebih lagi di zaman yang penuh pancaroba ni. tapi pastikan dah betul-betul bersedia la. nampak macam mudah kan. niat kena betul, bukan semata-mata untuk menghalalkan yang haram. tepuk dada tanya iman kita. wallahualam~


: popia basah :
gambar tak berkaitan
tapi sentiasa dalam ingatan
('',)v

Sunday, August 22, 2010

bahaya cinta!

bahaya cinta sebelum kahwin

- pasti kelak diriku ibarat lembu yang di tarik hidung oleh nafsu.
- menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya melupakanku daripadaNya.
- hati akan terseksa dengan barah rindu.
- rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
- cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
- aku boleh jadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
- fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
- jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
- jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

nauzubillah!

(di petik dari buku pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin)

okeh,tak ada masalah dengan semua point yang di senaraikan, cuma dah 2 orang rakan saya yang bertanya maksud point yang terakhir tu. emm buat saya terfikirkan sesuatu. korang terfikir tak?

air jagung,air tembikai : apa bezanya?

alhamdulillah, hari ni dah masuk 12 Ramadhan pun. ni nak tanye sket. apekah perbezaan yang kita nampak dan rasa sepanjang 11 hari dah kita berpuasa berbanding hari-hari sebelumnya ni?

adakah bezanya cuma pada waktu siang iaitu kita hanya menahan lapar dan dahaga?
adakah bezanya cuma disetiap petang kita sibuk memasak juadah berbuka ataupun ke bazar saja?
adakah bezanya cuma kita dah mula excited dengar lagu raya padahal tak sampai separuh pun lagi bulan Ramadhan kita?
adakah bezanya cuma kita akan bermain mercun dan meriam di sana sini tanpa menghormati orang yang sedang beribadat di malam hari?
adakah bezanya cuma kita dah mula sibuk memikirkan fesyen apa yang bakal digayakan pada hari raya nanti?


eh eh,setakat itu kah perbezaan yang dapat kita cari. mana letaknya perbezaan tingkat ibadah kita? tidak ditambah lebih sedikit dari hari-hari biasa ka? sedikit pun jadi la, daripada takda. em di mana silapnya? adakah kita menganggap puasa itu sebagai suatu adat sahaja dan bukan satu kewajipan special yang dilaksanakan semata-mata atas suruhanNya?

pergi duduk sorang-sorang kat tempat yang sunyi, tanyakan persoalan ini pada diri sendiri. betul atau tidak. cuba senaraikan perbezaan hari kita dalam bulan Ramadhan dengan hari-hari biasa. kalau sama saja dan bezanya cuma seperti apa yang saya senaraikan di atas tadi, kita sudah berada dalam kedudukan yang bahaya. perbaiki diri. hidup di dunia ni cuma sekali, kalau tak sedar dan berubah hari ni, bila lagi?

Rasulullah s.a.w telah bersabda tentang mimpi yang pernah beliau saksikan :
“Sampai ketika aku berada di tengah gunung, tiba-tiba terdengar suara-suara yang sangat keras. Maka aku bertanya, “Suara apa ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah teriakan penghuni neraka.” Kemudian dia (Jibril) membawaku pergi, tiba-tiba aku telah berada di hadapan suatu kaum yang digantung dengan kaki di atas dan sudut mulut mereka terkoyak, dari sudut mulut mereka bercucuran darah. Maka aku bertanya, “Siapa mereka?” Jibril menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang berbuka puasa sebelum sampai waktunya.”
(Shahihut Targhib wat Tarhib: 1/420)

nasihat di atas bukan untuk menyindir. tidak! tapi sebagai peringatan buat anda dan pastinya buat diri saya juga. kita manusia tidak sempurna. perubahan memerlukan sokongan dan semangat
semoga ibadah puasa kita diterima olehNya,amin~

p/s : tajuk post yang macam takde kaitan, sekadar penambah perisa,hehe. yang penting adalah pada perkataan 'apa bezanya' :)

Thursday, August 19, 2010

indahnya wanita itu.

nak update laju-laju coz petang tadi baru buat satu post,hehe. esok,lusa n tulat saya bakal bz dengan kuiz dan juga test. confirm la tak ada masa nak buat post baru. so ni nak cerita pasal pengalaman pergi bazar Ramadhan tadi. bazar yang popular kat bandar Melaka tu la satu, dekat Taman Cempaka depan Tesco dekat dengan bank islam. ha,orang Melaka mesti tau kat mana. sangatlah ramai manusia. kalau datang pukul 6 petang, alamatnya bersesak la. berselisih bahu punya,huhu. so datang lah awal, dalam 4.30 tu kira okey la coz tak ramai orang lagi. selesa la, jalan pun tak sangkut-sangkut.

satu la keburukan yang saya jelas nampak bila kita perlu berhimpit-himpit di bazar ni iaitu takut bersentuhan antara lelaki dengan perempuan. walaupun memang tak sengaja tapi sebaik-baiknya elakkan. so pandai-pandai la jaga tangan tu untuk elak tersentuh mereka yang bukan muhrim. disini lah jelas nampak kelebihan menutup aurat. suruhan Allah tu mesti ada sebabnya, bukan untuk suka-suka apatah lagi menyusahkan kita.

nampak pulak tadi sekumpulan wanita berjubah dan berpurdah turut membeli juadah berbuka. sebelum ni tak pernah nampak mereka. lama saya perhatikan, mereka sangat cantik walaupun hanya nampak mata. betul la, yang tertutup itu memang indah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “ Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘ hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu. ” (surah al-Ahzab ayat 59). teringat kisah yang saya baca mengenai pengalaman penulis buku 'pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul' berkaitan pemakaian tudung labuh. anda boleh bacanya disini.


saya setuju sangat bila penulis kata bertudung labuh itu sebagai pelindung diri. walaupun saya hanya memakai tudung segi tiga biasa biarpun tak labuh, saya dapat rasakan yang orang lebih menghormati dan tidak akan menganggu bila kita menjaga aurat kita, selari dengan firman Allah tadi. oh bukan penghormatan yang dipinta tapi memang itulah keistimewaan yang kita dapat bila menutup aurat. bukan melabuhkan pakaian semata-mata untuk mendapat pujian tapi kerana itu adalah suruhanNya. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah) nauzubillah~

bukakanlah pintu hati kami Ya Allah.
tunjukkanlah kami jalan yang benar dan lurus,
jalan yang diredhai Mu.
amin.

ujian undang-undang.

alhamdulillah,selesai test law yang pertama tadi. test dua lepas naik raya rasanya. masing-masing saya lihat khusyuk memuntahkan segala hujah-hujah mereka di atas kertas jawapan. tak terkecuali ada yang tertoleh ke kiri dan kanan gaya leher zirafah panjangnya,hehe. saya? boleh la jawab, tapi nak dapat 100% tu macam tak mungkin la kan,huhu. ada ka orang dapat 100% jawab law? sangat hebat! law a.k.a undang-undang. saya suka subjek ni. lebih-lebih lagi bila dapat lecturer yang best. setiap kali kuliah, ada ja santapan rohani untuk para pelajar. bukan setakat ilmu duniawi, ilmu untuk bekalan akhirat pun dapat :))

ya,itu nama lecturer law saya

bila dah masuk bab undang-undang, mestilah ada melibatkan hakim dan peguam. masa kecil-kecil dulu pernah dengar orang kata, jangan jadi lawyer, nanti kau kena bela orang yang salah macamana? berdosa lepaskan orang yang bersalah dari hukuman. ya,betol jugak. tapi masa tu saya kecil lagi, so anggukkan saja. tapi sekarang, saya akan jawab, hukuman dunia kalau terlepas pun, masih ada hukuman akhirat. yang tu memang tak boleh lepas la. teringat pulak tazkirah ustazah semalam. dibacakan hadith ini :

Sayyidatina Aisyah r.a berkata :
"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ''Pada hari Kiamat, manusia dibangkitkan dalam keadaan berkaki ayam dan bertelanjang.'' Aku bertanya: ''Ya Rasulullah, tidakkah orang-orang lelaki dan perempuan pandang memandang antara satu sama lain?'' Jawab Rasulullah SAW; ''Wahai Aisyah, keadaan hari itu lebih besar, lebih dahsyat untuk (tidak) menyebabkan seseorang itu ingin melihat kepada yang lain." [HR Bukhari]

sampai macam tu sekali kan. memang masa tu kita juz fikir pasal diri sendiri ja,cukup ka amalan kita sampai dah tak hairan dengan orang lain, sekalipun yang bertelanjang. tak dapat bayangkan la keadaan masa tu,allahuakhbar!

hari ni sudah 9 Ramadhan. dah berapa banyak bakul ibadah yang kita dah kumpul? sedih. kadang-kadang hal dunia lebih diutamakan. ni saya cakap berdasarkan pengalaman sendiri. terlalu sibuk dengan assignment n study untuk test n kuiz sampai tak gunakan betul-betul bulan Ramadhan ini untuk merebut semua ganjaran yang dijanjikan Allah,huhu. saya tahu, masih banyak yang perlu diperbaiki. jom,sama-sama kita muhasabah diri.

Tuesday, August 17, 2010

mengeluh dan rindu.

salam semua.
awal minggu yang sungguh sibuk. sibuk dengan test,kuiz dan assignment yang datang bertubi-tubi. macam ni kah kehidupan pelajar tahun 3? oh tahun ke 4 nanti macamana pulak ye,hehe. alhamdulillah, selesai sudah 2 test dan 1 assignment, tinggal lagi 3 test dan 1 kuiz untuk dihadapi minggu ni. semoga Allah permudahkan jalan saya. bila dah alami keadaan macam ni, tak terlepas la dari mengeluh. penat la, banyak sangat kerja la, macam-macam.

tapi betul la, manusia memang suka mengeluh. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh " - Al Maarij (70:19). macam tak tau bersyukur pulak ek kalau suka mengeluh,huhu. terbaca kat blog azzariyat.com. betol kata penulis. kalau tak dapat buat perkara-perkara yang baik tak pulak kita mengeluh. kan kan. kita yang kena berubah sebenarnya. berhenti dari mengeluh. bila dah guna ganti nama 'kita' saya merujuk pada diri saya juga. berubah tu tak sukar, tapi yang sukar ialah istiqamah dalam perubahan, kata penulis lagi. ya,saya setuju! semoga kita semua istiqamah dalam setiap apa perkara baik yang kita lakukan,amin.


okeh, lupakan sebentar cerita kuiz muiz, mengeluh ni semua. saya nak cerita sikit pengalaman berpuasa di perantauan. err maksud saya pengalaman orang yang merantau macam saya ni puasa, bukannya perantauan cam study kat overseas tu,hoho. saya ingin buat pengakuan disini bahawasanya inilah Ramadhan yang pertama buat saya, berpuasa tanpa keluarga disisi. kalau tahun lepas, ada jugak masa saya dapat balik rumah. tapi setakat ni, dah 1 bulan saya tak balik rumah dan akan balik hanyalah seminggu sebelum raya. emm kira-kira lagi dalam 2 minggu lebih.

yo saja bagitau yang ibu teringatkan saya masa tengok roti jagung favourite saya tu. along pun sama, dia bagitau yang ayah teringatkan saya waktu berbuka aritu. saya faham, buat masa sekarang ni saya sajalah anak mereka yang tak tinggal bersama-sama. saya tau seperti ada kekosongan disitu bila anak-anak tak semua ada depan mata. saya faham perasaan mereka kerana saya juga merasakan perkara yang sama. eh eh, tak bermaksud saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa kerana saya sendiri belum ada anak,haha. tapi saya faham perasaan mereka yang rindu tu sebab saya pon rindukan mereka. korang faham jugak kan. saya tahu korang faham :)

so sekarang bila tengok orang semua sibuk balik kampung, saya rasa jeles. sangat jeles. tapi takpa, saya bukan tak balik sebab nak berseronok di bumi Melaka ni, tapi saya tak balik kerana ada tanggungjawab yang perlu saya pikul. saya gembira kerana housemate saya sentiasa ada disisi. berbuka bersama, bertarawikh bersama, dan pastinya bersahur bersama. pengalaman ni bukan senang nak dapat. alhamdulillah sangat bersyukur dapat housemate camni.

kehadapan housemateku : zaty,farah,zaimah n fatin. tanpa segan silunya saya nak tanya, nanti lepas grad, masing-masing dah kerja, saya nak jadi housemate korang lagi boleh tak? kalau korang dah kahwin pon, saya nak jadi jiran korang,boleh? hehe. permintaan macam kelakar kan. harap korang baca, saya tak main-main tau. saya serius ni

terimalah sahabatmu dengan segala kekurangannya
sebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnya.
terimalah sahabatmu kerana jika ia menyakiti
lain kali ia akan membahagiakan.
siapa mencari sahabat tanpa cacat,
nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat.

Sunday, August 15, 2010

sudahkah anda melakukannya?

salam semua.
nak masuk hari yang ke 5 puasa. macamana? cukup tak puasa korang?hehe. alhamdulillah buat masa ni saya dapat berpuasa penuh. sangat seronok! dan tak lengkap lah puasa tanpa solat tarawikh kan. sepatutnya dah 5 malam solat tarawikh dilaksanakan. kadang-kadang kita tak nampak kelebihan sesuatu tu sampai la kita buat. sama jugak macam solat tarawikh. bila kita tak buat, kita tak dapat rasa kenikmatannya. saya tahu ni hanyalah solat sunat tapi pada bulan Ramadhan ja kita dapat peluang untuk lakukannya. kalau tak buat sekarang, kita pasti ka akan dipanjangkan umur untuk melakukannya pada Ramadhan yang akan datang? tak kaaan. so rebut la peluang tu sekarang :)

kalau tengok wayang sanggup beratur panjang-panjang beli tiket, kalau dah seharian berpuasa sanggup beramai-ramai berhimpit di bazar Ramadhan mencari lauk berbuka, kalau dah bershopping sanggup berjam-jam sampai tak ingat dunia, takkan buat solat tarawikh tu pun nak berkira? tepuk dada tanya hati kita. bagi saya solat tarawikh ni pada awal Ramadhan ja kita rasa penat tapi alhamdulillah setakat malam ke 5 ni, saya rasa ia semakin mudah dan tak ambil masa yang lama pun. sekejap ja dah habis. tak penat, percayalah.

jangan jadikan alasan rumah jauh dari masjid atau surau untuk tidak melakukan solat tarawikh. dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Allah tidak pernah membebankan hambaNya. kat rumah pun boleh buat. antara nak dengan tak nak. bukan kuantiti yang dikejari tapi kualiti yang dicari. lagi sekali, tepuk dada tanya hati kita.


satu kelebihan yang saya jelas lihat
bila kita melakukan solat tarawikh, lebih-lebih lagi di masjid atau di surau, ikatan persaudaraan kita semakin bertambah. berkenalan dengan mereka mereka yang turut berjemaah bersama betul-betul buat saya seronok. bertambah lagi jalinan ukhuwah antara kita, alhamdulillah. melihat adik adik kecil turut bersemangat melakukan solat tarawikh bersama membuat saya lebih kagum. malu rasanya kalau budak kecil yang tak sampai umurnya 7 tahun berkobar-kobar bertarawikh sedangkan kita mengeluh penat lah, mengantuk lah, itu dan ini,hehe. mereka sangat comel! sangat bagus dan tahniah saya ucapkan buat ibu bapa yang melatih anak mereka dari umur semuda itu untuk pergi bertarawikh bersama. moga semuanya menjadi anak yang soleh dan solehah ketika besar kelak,amin.

so apelagi, buat anda yang belum lagi berkesempatan melakukan solat tarawikh, jom lah curi masa anda yang 24jam tu untuk melakukan solat ini. tak sampai 2 jam pun :)) insyaAllah semoga mendapat rahmat dan redha dariNya.

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a:
" Bahawasanya Nabi s.a.w. bersolat di masjid, maka bersolat pulalah bersama-samanya beberapa orang. Pada malam yang kedua baginda bersolat lagi, maka banyaklah orang-orang yang mengikuti solatnya. Kemudian orang ramai berkumpul di masjid pada malam yang ketiga atau yang keempat, tetapi Nabi s.a.w. bersabda: Aku telah melihat apa yang kamu lakukan semalam. Tidak ada yang menghalangi aku keluar kepada kamu kecuali kerana aku takut ia diwajibkan ke atas kamu. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan "
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya no: 1129 -

p/s : hormatilah mereka yang sedang bertarawikh. jangan bergurau atau bercakap-cakap semasa orang lain sedang solat,huhu. semoga kita istiqamah, jangan pada awal Ramadhan ja masjid atau surau penuh ekk >_<

Friday, August 13, 2010

sebab nak kurus ekk?

nak tanya sket, apa tujuan kita berpuasa? jawapannya mudah sangat, macam maksud niat puasa yang kita selalu baca lepas sahur tu.
" sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala "
ya,kita berpuasa kerana Dia. hanya Dia. bukan sebab terpaksa. orang lain puasa, aku pun kena puasa. jangaann. ikhlas kan hati kerana Allah :)

kadang-kadang kita tak sedar, bilamana kita cakap " bulan puasa ni nak turunkan berat badan la dalam 4-5kg ka ". ha,tu niat puasa sebab nak kurus ka sebab memang tanggungjawab kita sebagai umat Islam?hehe. tak perasan kan. maybe betul la, niat kita sambil. sambil puasa sambil nak kurus. tapi tanya pada hati, moga-moga niat kita yang sebenar tak terpesong supaya puasa kita diterima olehNya.

pernah suatu masa dulu, ajak kawan buat puasa sunat. tiba-tiba dia cakap " ni puasa sebab nak kurus ke apa? " tersentak jugak, nak ajak buat baik pun salah ka. tapi bila renung kembali kata-kata dia tu, terus saya tak jadi nak terasa. mungkin betul jugak kata dia coz dulu selalu cakap, " bagus la puasa ni, boleh kuruskan badan ". kan kan. sape tak pernah cakap camtu? ;p

buat kamu kawan,thanks kerana sedarkan saya dulu. sayaaang kamu sesangat. mulai sekarang, ikhlas kan hati dalam melakukan apa jua perkara, pastikan niatnya betul. lebih-lebih lagi ketika melakukan perkara sunat di bulan yang mulia ni. bak kata seorang rakan di facebook ~ perbanyakkan perkara sunat maka kamu akan lebih di cintai,bukan mengejar fadhilat hanya ingin mencari redha Ilahi

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

berbuka di masjid negeri,sangaat seronok ;))

suasana dalam masjid al-azim,melaka

malam yang indah~

semoga Kau panjangkan umur kami Ya Allah untuk menempuh bulan Ramadhan kali ini sepertimana kami melaluinya seperti tahun-tahun yang sebelum dan semoga Ramadhan kali ini lebih beerti dan bermakna buat kami.
amin Ya Rabbal'alamin~

Thursday, August 12, 2010

bacalah al-Quran.


ambill dari sini brotherhood arts

warna oren tu penting ya :))

bulan Ramadhan ni bulan yang sangat digalakkan buat kita memperbanyakkan amal ibadah. salah satu darinya ialah dengan membaca al-Quran. so kalau hari biasa tu kita baca al-Quran 4 mukasurat, at least masa bulan Ramadhan ni kita gandakan ia. set kan target untuk khatam dalam masa 1 bulan, tapi pastikan tajwid semua betul. jangan semata-mata nak khatam ja tapi bacaan tunggang langgang,huhu. 

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : " Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf " ( Riwayat Ad Darimi Tarmizi)

" (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil) " (surah al-Baqarah; 2:185)

   

selesai bulan Ramadhan nanti, di harapkan amalan ini berterusan. tak mau lah al-Quran tu jadi perhiasan ja kat rak kan ;p
semoga kita istiqamah dalam melakukannya :)

Wednesday, August 11, 2010

pengumuman. pengumuman.

salam semua.

1 hari sampai 2 post nampaknya,hehe. bukan apa,sebab saya rasa perkara ni perlu disebarkan dengan kadar segera. sebelum ni kan saya ada bagitau nak post tentang kelebihan melaksanakan solat tarawikh setiap hari? tapi baru sekejap tadi saya terima komen dari cik pika *sila klik nama untuk ke blog beliau* berkaitan perkara ni.

dikatakan yang hadis berkaitan kelebihan solat tarawikh tersebut adalah hadis palsu. wallahualam. untuk penerangan lebih lanjut, sila klik ini http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka" (Bukhari,Muslim)

thanks again cik pika ;)

doa.

Doa by Nice

Pernahkah dikau rasa
Bagaikan berputus asa
Fikiran bak gerhana
Menanti terbit cahaya..

Kepayahan hanya dengan sementara
Berkat doa kan berakhir..

Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu, usah hilang pengharapan
Pintalah di ketika
Hidup dikelam nestapa
Semoga dikuatkan
Hati dengan kesabaran..

Kepayahan hanya dugaan sementara
Berkat doa kan berakhir jua
Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu, usah hilang pengharapan..

Sesungguhnya setiap manusia
Ada ketikanya resah menempuh usia
Pohonlah semoga kau berbahagia
Berserah kepada Yang Maha Esa..

Di kala kesulitan
Tabahkan dirimu kawan
Tadah tapak tanganmu
Di situlah ketenangan
Percayalah..

** antara nasyid yang saya sangat sangat sukeee dengar

insyaAllah akan post fadhilat solat tarawih untuk setiap hari sempena Ramadhan :)

- Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
- Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Allahuakbar!! semoga Allah panjangkan umur kita semua untuk melalui bulan Ramadhan ini sehingga selesai waktunya. amin~

Tuesday, August 10, 2010

ujian dunia cuma

12/8 : Test 1 Maf
15/8 : Test 1 Ais
16/8 : Test 1 Tax
17/8 : Test 1 Ibm
19/8 : Test 1 Law
20/8 : Kuiz 1 Far
21/8 : Test 2 Ais
27/8 : Kuiz 2 Far

* tertakluk pada pindaan

antara segala jenis test dan kuiz yang bakal berlaku di bulan Ramadhan. kalau nak ikutkan perancangan awal, hujung minggu ni nak balik umah tapi jadi plak kelas ganti yang hari sabtu tu. lagi best hari ahad tetibeee ade test. seronok kan, padahal dalam hati menangis sedih. masih terkejut coz ahad pon ade kelas walaupun juz test tapi still kena datang kampus. adoila. banyak betol mengeluh hari ni,huhu. takpe,saya percaya perancangan Allah tu lebih baik :)

ni baru ujian kat dunia. belum kat akhirat nanti kan. saya berharap sangat-sangat dengan datangnya Ramadhan kali ni dapat mengajar diri saya supaya lebih banyaaak bersabar. ye, saya sangat berharap >.<

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: " Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) : " Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku " Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi "
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

ni nak buat satu pengakuan, saya sangat merindui ayah,ibu,along,yo n afiq insyaAllah seminggu sebelum raya angah balik ye :))