pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat. pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah. pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa. tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah. dugaan itu suatu tarbiah kehidupan :)

Monday, August 9, 2010

bersedekah : mee goreng hongkong

salam semua :)

jumaat lepas p shopping barang dapur kat maydin giant, tetibe perut housemate saya lapar. eh kebetulan perut saya pon lapar, so kitorang ambil keputusan p makan kat food court kat situ sambil tengok cite kartun phines and ferb. takde kaitan kan tapi saja nak bagitau sebab saya rindu kat budak yang suka tengok kartun tu bersama-sama dengan saya setiap petang dirumah :'(

ok,berbalik semula kat pengalaman yang saya nak kongsikan kat korang semua ni. masa saya bayar makanan saya, orang tu cakap " telur goreng ni memang percuma ya dik, setiap hari jumaat memang camni ". saya senyum je sambil cakap terima kasih. oh ye, saya makan mee goreng hongkong coz giant dalam cerita doraemon tu kan kartun hongkong jepun. erk,takde kaitan abaikan.

point pentingnya ialah terdetik dalam hati saya, eehh bagusnya owner kedai tu buat camtu. bersedekah, buat amal jariah di hari jumaat. penghulu segala hari. bagusla. bagus. sampai dah kat meja pon kitorang dok puji n cakap-cakap pasal kedai tu coz membe pon beli makanan kat situ gak. harganya bagi saya berpatutan, sedap pon sedap. Alhamdulillah la :) berapa ramai orang kita yang sanggup buat camtu ek, ada yang takut takde untung. kita lupa yang rezeki itu datang dari Dia sebenarnya.
Ibnu Qayyim berkata : “ Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan sedekah pada enam hari lainnya laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya ”.

Hadits dari Ka’ab z menjelaskan : “ Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya ”. (Mauquf Shahih)

saya percaya Allah akan memurahkan rezeki hambaNya yang suka memberi. bukankah tangan yang di atas itu lebih baik dari yang di bawah. semoga owner kedai tu dimurahkan rezekinya, dimudahkan segala urusannya,amin~

Dari Abu Umamah r.a.,Nabi saw. bersabda :
“Wahai anak Adam,
seandainya engkau berikan kelebihan dari hartamu,
yang demikian itu lebih baik bagimu.
Dan seandainya engkau kedekut,
yang demikian itu buruk bagimu.
Menyimpan sekadar untuk keperluan tidaklah dicela,
dan dahulukanlah orang yang
menjadi tanggung jawabmu.”
(Muslim)

mee goreng hongkong tanpa togey + sambal tempe
hehehe ;p

No comments: